Agihan Kerusi MN-PN & Parti2 Politik: Potensi PRU15 dlm Okt'20-Mac'21

CG Sponsors




aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,947
Reaction score
779
Points
121
kha nordin 1 lg mangkuk yg 1sen x guna kpd agama & bangsa
kecik2 x mampos, dh tua pecah belahkan ummat
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,482
Reaction score
11,773
Points
1,906
Ketiga-tiga parti memerlukan satu sama lain, katanya mengulas hubungan antara Umno dan Bersatu yang masih diperkatakan.

1606134619998.png



Mohd Amar: PAS tak ke mana tanpa Umno dan Bersatu


Diterbitkan Hari ini 3:09 pm

Dikemaskini Hari ini 3:24 pm



Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kerjasama Dengan Umno dan Bersatu tidak terjalin.
Dia berkata PAS, Umno dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain.

"Pada padangan kita, kalau kita dengan Umno sahaja tak akan ke mana, kalau dengan Bersatu saja pun tak akan sampai ke mana.
"Kita perlukan gabungan ketiga-tiga parti ini. Sebab itu pentingnya Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Ketiga-tiga parti ini ada kekuatan tersendiri," katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN Annuar Musa yang kini dilihat menimbulkan konflik di kalangan pimpinan Umno.
Annuar dilaporkan berkata PAS bertegas bahawa Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu pada PRU akan datang.

Susulan itu beberapa pimpinan Umno antara naib presidennya, Mohamed Khaled Nordin, tampil menyanggah kenyataan Annuar itu.

Khaled antara lain menyatakan keyakinan betapa PAS tidak akan memaksaUmno supaya terima Bersatu.

Sementara itu Mohd Amar berkata, apa yang berlaku itu merupakan masalah dalaman Umno yang perlu diselesaikan.

"Isu ini kalau kita tengok di media melibatkan kalangan Umno, kenyataan Annuar dijawab oleh pimpinan Umno yang lain.

"Kita harap Umno boleh selesaikanlah, kami tak boleh nak campur (tangan), ini masalah dalaman parti. Pandangan-pandangan dalam kalangan pimpinan Umno.

"Pandangan saya sepatutnya masing-masing duduk semeja dan tidak buat kenyataan terbuka. Hari ini isu besarnya masing-masing buat kenyataan terbuka," katanya yang juga anggota dewan undangan negeri (Adun) Panchor.

Tambahnya, berbeza pandangan itu perkara biasa, tetapi lebih baik duduk sekali dan berbincang untukmencari titik pertemuan.

"Tapi kalau kita masing-masing bercakap kepada media, kita beri mesej yang salah dan persepsi kepada pengundi serta menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong parti," katanya lagi.


 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
2,602
Reaction score
639
Points
81
Rakyat pun dh kenal baik sapa umno, xkn rakyat nak tertipu smp 61 thn lg kan hahaha
sbb rakyat dh kenal umno la diorg dpt buat hatrik berturut2 dlm prk..haha..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,482
Reaction score
11,773
Points
1,906
"Kita ada penyokong kita di peringkat akar umbi yang perlu kita beri keutamaan sebelum kita fikir hubungan kita dengan orang lain."
#AWANInews #AWANI745 #PolitikMalaysia

Sudah tiba masa BN keluar dari keadaan hari ini - Hishamuddin


November 23, 2020 23:19 MYT
Sudah tiba masa BN keluar dari keadaan hari ini - Hishamuddin

HISHAMMUDDIN: Kita ada penyokong kita di peringkat akar umbi yang kita perlu beri keutamaan sebelum kita fikir hubungan kita dengan orang lain. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional (BN) meletakkan kepentingan akar umbi untuk kekal relevan kepada rakyat.
Demikian jelas Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Hussein selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin.

Ujarnya, kepentingan dan suara akar umbi amat penting dan perlu diambil perhatian berbanding persahabatan dengan parti lain.
"Ini menunjukkan bahawa kalau kita mampu menunjukkan kepimpinan, keikhlasan, kejujuran dalam apa kita lakukan dan buktikan pada rakyat... akhirnya rakyat akan tentukan jatuh bangun kita.

"Kalau itu kita dapat buktikan kepada rakyat, saya rasa BN boleh keluar daripada keadaan hari ini kepada keadaan yang lebih kuat.
"Itu semua kemungkinan dan tidak perlu kita tentukan hari ini, yang penting akhirnya kita ada penyokong kita di peringkat akar umbi yang kita perlu beri keutamaan sebelum kita fikir hubungan kita dengan orang lain. Kita kena jaga rumah tangga kita dulu," katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,482
Reaction score
11,773
Points
1,906
Sementara itu, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata mesyuarat BN malam ini turut membincangkan mengenai sokongan dalam pengundian RUU Perbekalan 2021

1606147584550.png


Hishammuddin: Pemimpin BN boleh beza pendapat asal dalam satu saf
Diterbitkan 23 Nov 2020, 11:58 pm

Dikemaskini Hari ini 12:02 am


Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein berkata pemimpin BN boleh berbeza pendapat asalkan masih bersama dalam "satu saf."
Dia menjelaskan spekulasi mengenai mesyuarat BN, memberi gambaran walaupun dalam keadaan politik yang pelbagai kemungkinan namun katanya, pertemuan malam ini berlangsung dengan "semangat kekeluargaan."

"Apa yang dibincang dalam BN merupakan satu perkara yang bukan sahaja dibincang secara biasa tetapi memandangkan landskap politik hari ini secara telus...
"Petanda bahawa BN bukan saja relevan tetapi keselesaan antara kita yang dah lama dalam rangkaian ini masih lagi wujud.

"Ini saya nampak dari persefahaman, keikhlasan, kejujuran sesama kita.

"Ini satu petanda yang baik. Kita tahu lanskap politik di luar itu pelbagai kemungkinan tetapi asalkan kita berada dalam satu saf.

"Boleh berbeza pendapat tetapi akhirnya kita letakkan kepentingan parti dan kepentingan parti mestilah bersandarkan kepada apa yang terbaik untuk rakyat. Dan ini kelebihan pada BN yang kita tak tegaskan dan buktikan," katanya kepada pemberita di lobi Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, selepas mesyuarat BN malam ini.

Sementara itu, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata mesyuarat malam ini turut membincangkan mengenai dukungan ahli parlimen gabungan itu dalam pengundian RUU Perbekalan 2021 yang dijangka berlangsung Khamis ini.

"Ini mesyuarat biasa BN, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuklah sokongan kita kepada Belanjawan 202 dan begitu juga dengan perkara perkara dalam sesama parti.

"Jadi, bagi saya ini adalah mesyuarat biasa dan dalam keadaan ini kita memperkukuhkan BN dan dalam masa yang sama melakukan yang terbaik untuk negara kita," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada mesyuarat BN malam ini mencapai kata sepakat mengenai sokongan mereka kepada Belanjawan 2021.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata ahli parlimen BN konsisten menyokong Belanjawan 2021 jika dua permohonan utama gabungan itu diluluskan.
Jelasnya Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mempunyai masa sehingga Khamis ini untuk mempertimbangan permohonan tersebut.

“(Belanjawan 2021) juga dibincangkan dan mengenai Belanjawan tentunya kita masih lagi menyatakan bahawa kita mengokong belanjawan dan sokongan kita juga meminta agar dua permohonan utama akan diluluskan dan kita ada sehingga Khamis ini untuk pertimbangan menteri kewangan,” katanya.

Walaupun tidak menyebut dua permohonan utama BN itu, namun Ahmad Maslan dipercayai merujuk kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong BN Najib Razak berulang kali menegaskan, BN hanya akan menyokong belanjawan sekiranya terdapat lanjutan moratorium pinjaman dan kebenaran individu mengeluarkan sehingga RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Difahamkan mesyuarat yang dijadual bermula jam 8 malam di ibu pejabat Umno di PWTC itu akan disertai presiden, ketua wanita dan ketua muda setiap parti komponen serta kepimpinan Dewan Tertinggi BN.
Selain itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) BN juga dikatakan akan menyertainya.

Mesyuarat BN sebelum ini menjadi perhatian kerana terdapat anggota parlimen Umno yang tidak berpuas hati dengan belanjawan.

Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini dilaporkan berkata anggota parlimen patut diberi kebebasan sama ada untuk menyokong, menolak atau berkecuali ketika undian nanti, berbeza dengan undian berdasarkan parti yang menjadi kelaziman.

Selain itu, mesyuarat malam ini juga berlangsung pada saat berlakunya 'perselisihan' dalam Umno apabila beberapa pemimpin parti menyerang Annuar Musa dalam soal hubungan antara parti itu dengan Bersatu.

Antaranya, Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed yang menempelak Annuar semalam, berkata akar umbi Umno sudah muak dengan MP Ketereh yang seolah telah menjadi seperti jurucakap Bersatu.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,482
Reaction score
11,773
Points
1,906
Setiausaha agung BN itu memberi contoh PRN Sabah, di mana Umno diberikan banyak kerusi, tetapi gagal memenangi semua kerusi yang ditandinginya.

Fikir peluang menang sebelum minta lebih banyak kerusi, Annuar beritahu Umno




November 25, 2020 6:59 AM


PAS-Umno-PPBM-220820-FMT.jpg

Annuar Musa berkata, kerjasama antara Umno, PAS dan PPBM tidak boleh hanya dilihat dari sudut pembahagian kerusi, sebaliknya untuk menyatukan parti politik Melayu menjadi lebih kuat dan demi agenda lebih besar.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa berkata, Umno perlu memikirkan peluangnya untuk menang di sesebuah kerusi, sebelum meminta PAS dan PPBM memberikan lebih banyak kerusi kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau berkata, Umno berhak bertanding lebih banyak kerusi pada PRU15, jika mengambil kira jumlah kerusi yang dimilikinya ketika ini berbanding rakan sekutunya, PAS dan PPBM.

“Saya fikir semua faham Umno akan bertanding kerusi paling banyak, tetapi Umno kena tanya, jangan fikir soal nak banyak kerusi saja, boleh ke kita menang banyak?

“Di Sabah, kita nak banyak, orang bagi banyak, tapi akhirnya menang tak banyak. Apa yang penting, jumlah kerusi yang kita menang banyak,” katanya dalam wawancara Insight Talk bertajuk “Kestabilan kerajaan tunjang Melayu” malam tadi.

Pada Pilihan Raya Negeri di Sabah 26 Sept lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraih majoriti mudah dengan memenangi 38 daripada keseluruhan 73 kerusi yang dipertandingkan.

GRS merangkumi Perikatan Nasional yang memenangi 17 kerusi, BN (14 kerusi) dan PBS (7 kerusi).

Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan (29 kerusi), PKR (2 kerusi) dan Upko (1 kerusi) berjaya menawan 32 kerusi.

Calon bebas pula memenangi 3 kerusi.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,482
Reaction score
11,773
Points
1,906
Hubungan rapat kedua-dua parti Melayu terbesar itu tidak seharusnya dicemari dengan 'agenda peribadi', kata Ahmad Maslan.
#MNowNews #PAS #UMNO #PRU15 #PRU14 #politik

Silap besar jika bertembung dengan PAS, kata orang kuat Umno

Ahmad Maslan berkata Umno tidak boleh ulang kesilapan sama ketika pilihan raya 2018.


Nov 25, 2020 11:30 AM





https://www.facebook.com/sharer.php...a-bertembung-dengan-pas-kata-orang-kuat-umno/
000_14M9RS.jpg

Seorang penduduk bermotosikal di Pekan, Pahang dilihat membawa bendera Barisan Nasional ketika pilihan raya 2018. Gambar: AFP







Seorang pemimpin Umno memberi amaran pertembungan dengan PAS pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15) hanya akan mengulangi keputusan 2018 yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menang besar sehingga menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, hubungan rapat kedua-dua parti Melayu terbesar itu tidak seharusnya dicemari dengan “agenda peribadi” sesetengah pihak hingga menyebabkan pertembungan di 32 kerusi Parlimen seperti pada PRU14 yang merugikan kedua-dua pihak.

“Kita dah buat perundingan kerusi supaya tidak berlaku pertembungan. Kita tidak mahu ulangi pertembungan yang merugikan seperti apa yang berlaku pada PRU14, kita kehilangan 32 kerusi akibat bertembung,” kata ahli Parlimen Pontian itu kepada MalaysiaNow.

“Bayangkan kalau 121 kerusi yang dimenangi pada malam 9 Mei itu tolak 32 tidak memerintah mereka (PH). Kita tidak mahu mengulanginya lagi.”
Ahmad menegaskan perundingan antara Umno dan PAS sangat penting supaya tidak ada pertembungan sama ada di kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

ahmad-maslan-1-236x300.jpg
Ahmad Maslan

Sebelum ini MalaysiaNow melaporkan MN mula retak kerana terdapat pemimpin Umno mula mensasarkan kerusi-kerusi dimenangi PAS pada PRU14 di negeri Kedah dan Terengganu.
Ini berlaku ketika sudah terdapat persetujuan antara kedua-dua parti supaya pihak yang menang di sesuatu kerusi pada PRU14 akan bertanding di kerusi sama pada pilihan raya akan datang.
“Bayangkan kalau 121 kerusi yang dimenangi pada malam 9 Mei itu tolak 32 tidak memerintah mereka (PH). Kita tidak mahu mengulanginya lagi.”
Ahmad bagaimanapun berkata, Umno dan PAS tidak mempunyai banyak masalah dan kebanyakan rundingan di peringkat tertinggi dan jawatankuasa berjalan dengan baik.
“Kita kena runding baik-baiklah, dengan PAS kita tidak banyak isu. Dengan Bersatu belum mula perundingan jadi kita tidak tahu lagi suasana macam mana.

“Tapi dengan PAS kita berbincang dengan aman damai setakat ini. Kita minta supaya tidak ada pertembungan kerana ia akan merugikan sebab jika kita bertembung PH lah yang akan menang.
“Jangan diulangi kesilapan PRU14 bertembung dengan PAS akhirnya kita rugi. Patutnya kita memerintah sekarang ini.”

Pada PRU14, pertembungan tiga penjuru antara PH, Barisan Nasional (BN) dan PAS menyaksikan gabungan dipimpin Dr Mahathir Mohamad itu berjaya mengalahkan kerajaan pimpinan Najib Razak yang terpalit dengan skandal rasuah terbesar 1MDB.

Umno dan PAS yang menyedari kesilapan mereka pada PRU14 mula bekerjasama bagi mewujudkan kekuatan politik Melayu yang membuahkan hasil apabila berjaya mengalahkan PH dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti di Semenyih, Rantau, Cameron Highlands, Kimanis dan Tanjung Piai.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila kerajaan PH tumbang hujung Februari tahun ini selepas Mahathir meletakkan jawatan.

Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin meninggalkan PH dan bersama-sama dengan BN, GPS, PAS dan beberapa parti Sabah untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

MN yang sebelum ini hanya melibatkan Umno dan PAS kini disertai Bersatu.

Formula pengagihan kerusi seperti yang dipersetujui sebelum ini antara Umno dan PAS perlu diubah dengan penyertaan sekutu baru Bersatu.


 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,496
Reaction score
464
Points
131
ala..bersatu tak banyak pun kerusi.

berapa kerat je..

tu pun dah cabut dah bbrp kerusi..

bg yang diorang menang sebelum ni je la.

yang lain umno & pas amek
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,947
Reaction score
779
Points
121
umno ni reti diuntung betullah

kdg2 heran- yg jd ahli kabinet dgn yg xdpt jawatan ni UMNO mazhab berlainan ke ape???

yg bukan dlm kabinet ni dh mcm pembangkang plk prangai
 
Sponsored Post
Top
Log in Register