Agihan Kerusi MN-PN & Parti2 Politik: Potensi PRU15 dlm Okt'20-Mac'21

CG Sponsors

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,719
Reaction score
11,611
Points
1,906
1598406772655.png

Satu kerusi pun BN takkan bagi pada Bersatu - MT Umno
Diterbitkan 25 Aug 2020, 11:51 pm

Dikemaskini Hari ini 12:01 am

Majlis Tertinggi Umno memutuskan bahawa BN akan bertanding di kerusi yang mana ahli parlimennya berpaling tadah selepas menang pada PRU14.

"Kerusi-kerusi yang BN menang dulu yang melompat, maka kita ambil balik. Itu keputusan MT, bukan keputusan presiden.

"MT Umno membuat keputusan bahawa, kerusi-kerusi yang dulunya dimenangi BN, maka BN akan ambil balik.

"Perkara ini sudah pasti," tegas Ahli Majlis Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin pada video di portal berita Suara TV hari ini.

Jelasnya, jika Bersatu mahu bertanding pada PRU15, maka parti itu boleh bertanding di kerusi lain.

"Maka kita tak akan bagi satu kerusi pun kepada Bersatu. Itu sudah pastilah.

"Jadi kalau Bersatu nak, maka dia bertandinglah di kerusi-kerusi yang lain.

"Kerusi-kerusi Bersatu Blackout ke, apa ke, terpulang kepada dialah. Mereka bertanding di tempat itu lah," katanya.

Menurutnya, BN memutuskan untuk bertanding di kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya lalu dan kalah, tetapi berjaya memperoleh jumlah undi kedua terbanyak.

Langkah itu kemungkinan akan menjadikan Bersatu cuma mendapat beberapa kerusi yang layak untuk ditandingi parti itu ketika berunding kerusi untuk pilihan raya ke-15 dan juga pilihan raya negeri Sabah.

Ketua Bahagian Umno Padang Besar itu juga mengulas mengenai rakan parti komponen Muafakat Nasional, PAS.

Katanya, Umno akan memberi jalan sekiranya Presiden PAS Abdul Hadi Awang meminta untuk bertanding di kerusi yang difikirkan dapat dimenangi oleh parti itu.

"Kemungkinan kerusi-kerusi yang kita akan bagi dengan Muafakat Nasional ini kerusi-kerusi peminpin tertinggi PAS. Macam kalau Tuan Haji Hadi nak bertanding kat mana atau tempat yang bertanding tu sudah tentu dia menang, maka kita akan bagilah.

"Tapi kalau dia minta kawasan yang menang presiden PAS, naib presiden PAS dan sebagainya minta, maka kita akan bincang. Itu lain," jelas beliau lagi.

Sewaktu PH memenangi pilihan raya umum pada 2018, beberapa ahli parlimen Umno telah berpaling tadah kepada Bersatu atau menjadi anggota parlimen bebas yang bersekutu dengan kerajaan PH.

Susulan Langkah Sheraton pada Februari tahun ini, Bersatu telah meninggalkan gabungan Pakatan Harapan dan bergabung dengan BN, PAS dan parti lain untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Sponsored Post

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,047
Reaction score
259
Points
41
ya..ya...amik la...tapi jangan lupa jaga kawasan bila dah menang tu...tak kisah la parti mana pun...jgn duk sibuk politik sgt...kebajikan rakyat kat kawasan tu paling utama
 
aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,947
Reaction score
779
Points
121
View attachment 275963

jumpa mamat ni
sorang sekeh skali

buduh sumbung- mcm bagus sgt
 
apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,139
Reaction score
470
Points
91
ada ke org umno nk undi parti bunga?
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,719
Reaction score
11,611
Points
1,906
Salah maklumat tu YB Tun
By
Wartawan MalaysiaGazette
-
27 August 2020

MGF27082020_SEPETANG-BERSAMA-TUN-MAHATHIR-PRK-SLIM_13-681x454.jpg

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika hadir pada Program Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Pusat Bandar FELDA Gunung Besout 3, Slim River, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 27 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menegur kesilapan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mendakwa bahawa Majlis Tertinggi UMNO memutuskan akan bertanding di semua kawasan yang ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bekas perdana menteri itu dalam catatan di laman sosial hari ini turut berkata, UMNO juga mahu bertanding di kerusi yang ditandingi oleh parti itu dalam pilihan raya sebelum ini biar pun wakil rakyatnya di situ telah melompat masuk ke dalam Bersatu.

Menurut Annuar, Majlis Tertinggi UMNO tidak pernah memutuskan begitu.

“Salah maklumat Tu YB TUN…MKT Umno tak putuskan begitu…,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, BN berunding secara adik-beradik demi menyatukan Muafakat Nasional dan menewaskan DAP serta mereka yang berpakat membantu DAP.

Dr Mahathir dalam catatan bertajuk Selamat Tinggal menulis UMNO juga akan bertanding di kerusi parti itu kalah sedikit atau tempat kedua dari segi jumlah undi.

Lantas beliau menyoal: “Jadi Bersatu nak bertanding di mana?” – MalaysiaGazette

satsepit

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,902
Reaction score
271
Points
51
Sudah dijangka...
Gabungan PN hanya sementara.
Lakonan saja untuk merintah.
Pru15 bakal hancur gabungan rspuh ni.

Bersatu sudah boleh bubar lps pru15.
Nk join umno pun tiada tempat untuk mereka.
Nk join tun balik rasanya tidak kot.
Bertanding 3penjuru antara bn+pas vs ph vs bersatu amat gelap masa depan.

Dah boleh bubar dah bersatu pasni
 
lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,458
Reaction score
1,077
Points
151

Umno masih xsedar diri...
 
satsepit

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,902
Reaction score
271
Points
51
Umno masih xsedar diri...
Lumrah dunia...
Yg kuat tak mungkin taknak tuntut hak dia.
Takkan penduduk asal nk serah/kongsi gitu saja tanah dia dgn pendatang @ org baru?
 
aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,947
Reaction score
779
Points
121
Salah maklumat tu YB Tun
By
Wartawan MalaysiaGazette
-
27 August 2020

View attachment 276830
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika hadir pada Program Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Pusat Bandar FELDA Gunung Besout 3, Slim River, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 27 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menegur kesilapan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mendakwa bahawa Majlis Tertinggi UMNO memutuskan akan bertanding di semua kawasan yang ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bekas perdana menteri itu dalam catatan di laman sosial hari ini turut berkata, UMNO juga mahu bertanding di kerusi yang ditandingi oleh parti itu dalam pilihan raya sebelum ini biar pun wakil rakyatnya di situ telah melompat masuk ke dalam Bersatu.

Menurut Annuar, Majlis Tertinggi UMNO tidak pernah memutuskan begitu.

“Salah maklumat Tu YB TUN…MKT Umno tak putuskan begitu…,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, BN berunding secara adik-beradik demi menyatukan Muafakat Nasional dan menewaskan DAP serta mereka yang berpakat membantu DAP.

Dr Mahathir dalam catatan bertajuk Selamat Tinggal menulis UMNO juga akan bertanding di kerusi parti itu kalah sedikit atau tempat kedua dari segi jumlah undi.

Lantas beliau menyoal: “Jadi Bersatu nak bertanding di mana?” – MalaysiaGazette

Habis tu gebang si
Zahidi Zainul Abidin Ahli Majlis Tertinggi Umno ni
kira mcm syok sendri lah ye nuamuso???

tego org sendri dulu

xhenseng xpe, yang pengting
jgn klua statement bodu (Ahli Majlis Tertinggi Umno-Zahidi Zainul Abidin muka minta penyepak)
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,719
Reaction score
11,611
Points
1,906
Malaysia Gazette
35m ·
[VIDEO] Zahid Beri Nasihat kepada Tun M “UMNO Ambil Kerusi BERSATU?”
#PRKSlim #malaysiagazette

PRK SLIM : Zahid Beri Nasihat kepada Tun M “UMNO Ambil Kerusi BERSATU?”

28 August 2020
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media pada Ceramah bersama Pengundi Slim sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Dewan Sri Sungkai, Slim River, Perak.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register