Agih barang peribadi sebelum ajal

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
DAMANSARA - Seorang jurujual pusat barangan elektrik sempat mengagihkan barangan peribadinya kepada beberapa kenalannya seolah-olah mengetahui ajalnya sudah tiba.

Dalam kejadian di Apartmen Pelangi Damansara petang semalam, mangsa Mohd Azlan Abu, 45, maut dipercayai terjatuh sebelum mayatnya ditemui di bumbung siar kaki tingkat 1 Blok B.

Mangsa yang tinggal di Blok C itu mengalami kecederaan teruk pada kepala dan beberapa anggota badan ditemui orang ramai kira-kira jam 2.15 petang.

Menurut kenalan mangsa yang juga anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pelangi Damansara, Sharifudin Suhadis, 48, pada malam sebelumnya, arwah bersungguh mahu memberikan barangan miliknya kepada rakan.

“Dia selalu meluangkan masanya bermain karom di bilik KRT , tiba-tiba semalam dia menawarkan untuk memberikan segala barangan termasuk set perabot yang baru dua bulan dibelinya.

“Saya terkejut sebab dia hendak bagi percuma kerana ada di antara barangan yang diberikan masih belum digunakan termasuklah sebuah ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, dapur gas dan juga pemain DVD,” katanya

Menurutnya arwah pernah bercerita yang dia sedang menjalani rawatan secara tradisional melalui seseorang di Kampung Sungai Penchala kerana ‘sakit’.

Seorang lagi kenalan mangsa yang juga peniaga nasi campur, Mohd Ali Suhat, 48, berkata, arwah mahu menghadiahkan set perabot kepadanya.

“Bila saya mahu bayar, dia berkeras tidak mahu terima dan beri alasan niatnya ikhlas, malah suruh kami ambil barangannya secepat mungkin jam 12 malam semalam kerana hendak pergi ‘kerja’ selepas itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunadi Mohamed ketika dihubungi mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR) bagaimanapun siasatan masih diteruskan.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register