(Tips & Tricks) "Agent Smith" Serang 25 Juta Peranti Mudah Alih

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,572
Reaction score
1,911
Points
176
19.07.2019 - California, Sebanyak 25 juta peranti mudah alih sudah dijangkiti dengan perisian hasad (malware) dikenali ‘Agent Smith’ dan angka itu terus meningkat sehingga hari ini.

Ia didedahkan oleh sebuah firma keselamatan siber terkemuka, Check Point yang berpangkalan di San Carlos, California, Amerika Syarikat menerusi satu laporan keselamatan yang didedahkan baru-baru ini.

Menerusi kajian yang dilaksanakan firma itu menyatakan bahawa perisian hasad itu digunakan untuk memapar iklan tanpa keizinan pengguna.

Malah, kemampuan perisian hasad itu bukan sekadar paparan iklan, malah ia mampu untuk memasang aplikasi tanpa memerlukan arahan daripada pengguna yang mengandungi kod jahat.

Peranti yang sudah dicemari perisian hasad ‘Agent Smith’ akan melakukan salinan data pengguna, walaupun aplikasi itu tidak mendapat kebenaran pengguna untuk berbuat demikian.

‘Agent Smith’ mampu untuk melakukan klon aplikasi antaranya WhatsApp, pelayar web Opera dan SwiftKey.

Bagi pengguna yang mahu menyemak sama ada peranti mereka sudah dijangkiti perisian hasad itu, boleh melakukan langkah tertentu.

Pengguna sistem operasi Android, pengguna perlu pergi ke tab ‘setting’ > menekan tab ‘Apps’ atau ‘Application Manager’ dan menyemak sebarang aplikasi meragukan dan membuangnya daripada peranti.

Untuk pengguna iPhone pula, pergi ke ‘setting’ > menyemak aplikasi ‘Safari’ > ‘Option’ dan memastikan menandakan pada ruangan ‘block pop-ups’.



Selepas itu, pergi ke ‘Advanced’ dan ‘website data’, pengguna perlu membuang sebarang laman yang dirasakan meragukan.

Berita Harian
 
Sponsored Post

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,978
Reaction score
1,439
Points
141
3rd party app ke nih ?
aku pun x cayer sgt..
setakat skrng guna basic app dlm playstore..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register