BTC USD 62,013.3 Gold USD 1,769.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agensi Kerajaan Pahang Wajib Serah Separuh Keuntungan Kepada Negeri

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Agensi Kerajaan Pahang Wajib Serah Separuh Keuntungan Kepada Negeri

KUANTAN, 22 Nov (Bernama) -- Kerajaan Pahang mewajibkan semua agensi di bawah kerajaan negeri menyalurkan 50 peratus keuntungan tahunan mereka kepada kerajaan negeri mulai tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata langkah berkenaan adalah strategi jangka pendek kerajaan negeri untuk menambah pendapatannya.

"Kita mewajibkan agensi-agensi kerajaan negeri salur 50 peratus keuntungan kepada kerajaan negeri, anak-anak syarikat agensi berkenaan pula diwajibkan menyalurkan 50 peratus keuntungan mereka kepada agensi berkenaan," katanya ketika membentangkan Bajet 2011 kerajaan Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang pada hari Isnin.

Terdapat 18 agensi kerajaan negeri di Pahang, antaranya Yayasan Pahang, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Amanah Saham Pahang (Aspa) dan Lembaga Pembangunan Tioman.

Adnan berkata defisit dalam bajet 2011 berkurangan kepada RM68.2 juta berbanding RM92.48 juta pada tahun 2010.

Bajet 2011 sebanyak RM871,117,390 melibatkan RM600,424,140 untuk perbelanjaan pengurusan dan selebihnya untuk pembangunan.

Adnan berkata strategi bajet bagi tahun 2011 adalah untuk mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

"Bagi perancangan jangka panjang juga, kita akan terlibat dengan projek-projek berskala besar seperti dalam bidang bioteknologi dan penerokaan bidang-bidang baru yang boleh menjana pendapatan kepada kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memohon bantuan dari semasa ke semasa daripada kerajaan persekutuan bagi menjayakan pelbagai program pembangunan di Pahang.

-- BERNAMA


 
Sponsored Post

IstiqamahGOLD

Active Member
Paid Membership
Joined
Feb 11, 2009
Messages
1,518
Reaction score
48
Points
35
haiii.. suka hati je Kerajaan Negeri nak pau 50% dari keuntungan. Difisit berlaku dalam Negeri ialah salah laku pengurusan Kerajaan Negeri.. senang je buat keputusan ambik untung company2 kerajaan negeri nak cover.. huh.
 

Aqua-man

Legendary Member
Joined
Nov 8, 2009
Messages
11,415
Reaction score
8
Points
115
haiii.. suka hati je Kerajaan Negeri nak pau 50% dari keuntungan. Difisit berlaku dalam Negeri ialah salah laku pengurusan Kerajaan Negeri.. senang je buat keputusan ambik untung company2 kerajaan negeri nak cover.. huh.
biasa-lah tu, tabung negeri dah susut suruh orang lain lak cover...
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
126
Points
123
pahang cement yg plg silap state gov jual dulu ...klu x dh tentu menjadi penyumbang utama kat state gov
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
byk tu 50% ... hebat gov negeri
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
biasa-lah tu, tabung negeri dah susut suruh orang lain lak cover...
senang betul nak manage kewangan negeri yer?
paksa jer anak syarikat kerajaan negeri bayar zakat kat kerajaan negeri...

hehehe
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
senangnye nak pow duit, gunekan la duit yang ade tu betul-betul,
jangan bocor ke tempat lain.
 

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
"Kami tak ada duit, bak duit" (lakonan semata-mata)

Mudah benar mengarahkan... hmm
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,247
Reaction score
2,254
Points
201
bukan ke kerajaan negeri yg patut salurkan dana ke semua agensi .... pelik tol .. oooo lupe duti utk next PRU
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register