Agensi awam ketatkan bajet, dana dipotong hingga 15 peratus!

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Agensi awam ketatkan bajet, dana dipotong hingga 15 peratus

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 11 — Kesan kegawatan ekonomi dunia mula dirasai agensi-agensi awam yang kini berhadapan dengan bajet ketat ekoran pengurangan dana secara purata, dipercayai antara 10 hingga 15 peratus, sejak awal bulan lalu.

Kadar potongan dana bergantung pada nilai perkhidmatan agensi masing-masing.

Malah ada agensi kerajaan yang mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan mereka sehingga 20 peratus.

Difahamkan langkah itu diambil sejak awal bulan lalu ekoran langkah kerajaan yang memperkenalkan semula perbelanjaan berhemah selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2010 Oktober lalu.

Kerajaan pernah berbuat demikian ketika kegawatan ekonomi pada tahun 1997/98.

“Usaha kurangkan perbelanjaan sudah dilaksanakan sejak awal bulan lalu... walaupun tiada pekeliling rasmi mengenai potongan kadar perbelanjaan, tetapi kami difahamkan secara purata ia melibatkan 10 hingga 15 peratus.

“Tetapi bagi sesetengah jabatan, kadar itu boleh dikatakan melebihi 15 peratus, bergantung pada peranan dan fungsi agensi terbabit,” kata Presiden Cuepacs, Omar Osman kepada The Malaysian Insider.

Cuepacs merupakan badan induk bagi kesatuan sekerja awam negara ini.

“Berdasarkan pertemuan dengan jabatan-jabatan awam, kami pernah dimaklumkan banyak langkah perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah diambil untuk mengurangkan kos sebagaimana disaksikan lebih 10 tahun lalu semasa kegawatan ekonomi,” kata beliau.

Beliau percaya bahawa kesan potongan perbelanjaan ini, banyak agensi awam mula mengurangkan penggunaan kakitangan kontrak.

“Kakitangan kontrak ini sudah lama bekerja, ada yang bekerja 10 tahun, ada yang lebih 10 tahun tetapi mereka mula dibuang,” katanya.

“Sehingga Disember 2009, kira-kira 5,000 kakitangan kontrak dihentikan dan perkhidmatan mereka tidak diperbaharui kerana mahu menjimatkan kos operasi,” katanya.

Malah menurut beliau, ada juga agensi awam yang mengurangkan bayaran kerja lebih masa.

Sebagai ganti kepada bayaran kerja lebih masa, ada agensi yang membayar dalam bentuk cuti gantian bukannya duit.

“Jadi dalam keadaan macam ini kami meminta kakitangan awam yang tidak dibayar elaun kerja lebih masa supaya lakukan kerja sambilan, bukannya bekerja lebih masa yang tidak dibayar gaji,” katanya.

Pengurangan kursus dan latihan kerja juga sudah mula diambil, malah di kebanyakan agensi ia diadakan sebagai program dalaman berbanding dulu diadakan di hotel dan di lokasi jauh dari pejabat.

“Malah ada organisasi tidak menyediakan minuman dan makanan ringan kecuali air mineral apabila mengadakan mesyuarat... malah bilangan mesyuarat yang diadakan juga dikurangkan,” katanya.

Dalam pekeliling dikeluarkan awal bulan lalu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Azi Wan Abdullah mengarahkan pegawai pengawal kewangan setiap agensi agar memastikan perbelanjaan awam dibuat dengan cermat, berhemah dan “value for money”.

Ini kerana menurut beliau, memandangkan peruntukan bagi 2010 telah mengalami pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding peruntukan dipinda bagi 2009.

Justeru, pelaksanaan sesuatu program, aktiviti atau projek hendaklah selaras dengan jumlah peruntukan yang telah diluluskan.

Semua perbelanjaan hendaklah dibuat perancangan dengan teliti supaya tidak melebihi peruntukan yang disediakan dan mengelakkan pembaziran, kata beliau.

Kata Wan Abdul Azi, bagi tanggungan tahun lalu yang belum dijelaskan atau pelaksanaan sesuatu keputusan baru hendaklah ditampung melalui penjimatan peruntukan tahun semasa atau dilakukan secara “trade-off” dengan Dasar Sedia Ada.

“Sebarang permohonan peruntukan tambahan adalah tidak dibenarkan melainkan dalam keadaan yang mendesak,” kata Wan Abdul Azi.

Pandangan Omar juga dikongsi oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), salah satu gabungan Cuepacs.

Ketika dihubungi, Presiden NUTP Hashim Adnan memberitahu, walaupun secara purata potongan dana adalah dalam lingkungan 10 hingga 15 peratus, tetapi dilihat dari segi organisasi individu khususnya sekolah, pengurangan ini melibatkan 50 hingga 100 peratus. “Saya mengatakan 50 hingga 100 peratus kerana, sebagai contoh, di sesetengah sekolah pembekalan pakaian untuk pasukan berpakaian seragam dikurangkan dengan banyak, malah di sesetengah sekolah ia sudah tidak dibekalkan langsung.

“Ini menyebabkan ada pelajar sekolah tidak dapat menerima pakaian pasukan seragam seperti pengakap sebab sekolah memotong 100 peratus peruntukan... ini antara kesan akibat pengurangan perbelanjaan,” katanya.

Hashim juga mendakwa peruntukan penyediaan makanan untuk hari Sabtu dan Ahad di asrama juga dikurangkan.

“Pelajar-pelajar digalak balik ke rumah masing-masing pada Sabtu dan Ahad. Keadaan ini menyebabkan ada ibu bapa yang kurang senang,” katanya.

Paling ketara ialah menurut Hashim, di peringkat Kementerian Pelajaran, kursus dan seminar untuk guru dikurangkan dan ada yang dibekukan.

“Ya, sesetengah kursus yang diiklankan baru-baru ini dibatalkan pada minit-minit terakhir disebabkan arahan mengurangkan perbelanjaan,” katanya.

Walaupun beliau melihat ia langkah sementara tetapi memberitahu dari satu sudut Kementerian Pelajaran membelanjakan sejumlah wang yang banyak, misalnya untuk 20 Sekolah Berprestasi Tinggi baru-baru ini.

“Walaupun langkah ini baik tetapi didapati ia tidak sesuai pada masa sekarang di mana ekonomi tidak mengizinkan... adalah lebih baik kita gunakan peruntukan ini untuk membantu semua sekolah yang memerlukan bantuan kewangan tanpa mengurangkan peruntukan,” katanya.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Sama cerita ngan apa yg kawan aku kasi tau semalam
 

LoneRanger

Active Member
Joined
Jan 30, 2009
Messages
2,028
Reaction score
13
Points
25
Baru tau langit tinggi ke rendah.Baru sekarang nak berjimat.Dulu peruntukan tahunan kalau tak dihabiskan kena marah.Pejabat kat KL..meeting kat Sabah...kat Langkawi..la..pasai apa?Nak habiskan duit peruntukan.Majlis Perpisahan, Makan Malam dan lain-lain bajet tak henggat!

Sekarang baru terhegeh-hegeh nak jimat.Inilah menunjukkan Kebudusan Pengurusan Negara!!!
 

fizex81

Fun Poster
Joined
Nov 24, 2008
Messages
440
Reaction score
71
Points
25
alaa potong camner skali pun diorang tak rasa. yang peritnya org keje swasta ni...
 

Diip

Active Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
1,346
Reaction score
10
Points
25
boleh aje kalau nak berjimat...
 

Zul34

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
14
Points
65
kakitangan bwahan yg kena kuda

elaun utk pegawai2 gomen yg tinggi haram dipotong, 1malaysia la katakan,

hampeh
 

endingman86

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
11,492
Reaction score
61
Points
120
cheit....ni kes lembu punya susu...sapi dapat nama kaa....kekeke
 

income88

Fun Poster
Joined
Aug 21, 2006
Messages
829
Reaction score
1
Points
15
tempat keje aku pon dah start Cut Cost Measure (CCM)
semua benda nak cut, nak wat keje OT pun susah
CCM byk untungkn company tp utk pekerja byk yg menyusahkan drp menyenangkan...
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,197
Reaction score
1,099
Points
201
umno punya nama ... susu dapat nama
 
Sponsored Post
Top
Log in Register