BTC USD 58,652.6 Gold USD 1,796.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agamaku bangsaku tanahairku

mfs7875

Fun Poster
Joined
Dec 30, 2007
Messages
157
Reaction score
0
Points
10
Assalaamu’alaikum wbt.
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...
Sebagai permulaan dan pembukaan blog ini, marilah kita bersama-sama hayati bait-bait lagu Warisan yang pernah menjadi nyanyian bangsa kita yang berdaulat ini. Marilah juga kita carikan makna yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalamnya.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara!!! (3x)

Tujuan saya membuka dan menulis di ruang ini adalah demi mengajak saudara-saudara Melayu beragama Islam supaya berfikir sejenak memerhati dan mendalami senario semasa di tanahair kita yang bernama Semenanjung Tanah Melayu Yang Beragama Islam ini seterusnya memulakan tindakan yang bermula dari dalam diri masing-masing termasuk diri saya sendiri. Bukan POLITIK yang saya perjuangkan di sini, tapi hanyalah sebagai platform SEMANGAT mencintai KETUANAN MELAYU YANG BERDAULAT supaya hak-hak kita sebagai tuan di tanahair ini tidak terlucut dan dirampas oleh kaum-kaum lain.
Biarlah buat permulaan ini, saya suka untuk berkongsi sedikit tentang Perlembagaan Negara. Terkandung di dalam akta Perlembagaan Negara, dengan jelas dan terang menerangkan bahawa semua orang MELAYU mesti beragama ISLAM. Kaum lain bebas beragama. Di sebut juga dlm per.3 bahawa ‘Ugama ISLAM adalah Ugama untuk Persekutuan, tetapi ugama lain boleh diamal dengan syarat aman dan damai’. Di dalamnya juga hanya terdapat satu bangsa yang disebut dengan jelas iaitu MELAYU. Bangsa lain hanya disebut sebagai kaum-kaum lain. Apakah yang saudara pembaca faham tentang perkara ini? Mari kita sama-sama renungkan sebelum kita memberi maklumbalas.
Dengan kelemahan kita yang tidak pernah mengambil tahu akan Perlembagaan dan Hak-hak kita sebagai TUAN di Tanahair, maka orang lain dengan sewenang-wenangnya memperdaya dan mempermainkan kita. Bangsa kita di ludah-ludah, agama kita dipijak-pijak sehingga ada segelintir yang berani untuk menyamakan agama kita yang suci sebagai sama rata dengan agama mereka. Ada pula yang terang-terang membawa mengatakan bahawa gagasan dan maksud 1Malaysia itu bermaksud sama rata, sama rasa. Bukankah itu motto bagi pengganas yang pernah membawa derita dan bencana kepada kita dahulu?
Jadi cukuplah sampai di sini dahulu. Tidak perlulah saya bercerita panjang lebar buat masa ini kerana perkara ini akan kita kupas bersama-sama kelak. Maka dengan itu, saya seru saudara-saudara untuk memberi sedikit ruang dalam kepala untuk berfikir secara rasional, telus, terbuka dan mendalam tanpa melibatkan emosi semata-mata.
Wassalaam.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register