Agama tak boleh dijadikan permainan dan hiburan!

CG Sponsors




jumatmajid

Super Active Member
Joined
Jun 5, 2012
Messages
7,534
Reaction score
219
Points
78
hang tanya soalan camni.

cuba hang pikiaq panjang sikit soalan-soalan paksu tu....

lagu mana hang tau nak keluaq rumah kena pakai baju?

lagu mana hang tau cara-cara nak naik kereta?
apsal susah sgt nak jwb soalan dgn jwban nih...

asyik2 jwb soalan dgn jwban...

lps tuh kater rmi umat yg x fhm...

klu nak bg org fhm, jwb ler soalan dgn jwban...
 
Sponsored Post

tokok_tambah

Active Member
Joined
Sep 1, 2010
Messages
1,588
Reaction score
6
Points
25
paksu bukak kelas bahasa arab x. berminat nk join kalau ade
 

forart

Fun Poster
Joined
Feb 20, 2012
Messages
695
Reaction score
1
Points
15
Tapi apa saja kitab yg membelakangkan Al-Quran, memang paksu tentang habis-habisan. Contoh hadis ini:

Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. diatas kesalahan melakukan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka berdua (lelaki dan wanita Yahudi tersebut), “ Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)?”. Mereka menjawab, “Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya”. Abdullah bin Salam berkata, “ Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat”. Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang Ar-Rajm (rejam dengan batu sehingga mati) dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu, “Angkat tanganmu”. Maka apabila ayat berkenaan Ar-Rajm (sememangnya) berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati. Ibnu Umar menambah: Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu. [Sahih Al-Bukhari]

Apa pun perselisihan, rujuklah Al-Quran:
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
(An-Nisaa' 4:82)
sori paksu...nak tanya pasal benda ni....apakah pada anggapanmu hadis ni bertentangan dgn AQ?
 

tokmung

Active+ Member
Joined
Jan 23, 2013
Messages
2,646
Reaction score
8
Points
25
gamaknya paksu ni igt tugas nabi dulu just sampaikan berita je kot, mcm radio jela. sampaikan je, x perjelaskan, x tunjukkan contoh. mcm radio bunyi2 lagu je.

terbaek poksu, kemmah..jarang2 boleh jumpa org cam paksu selain pubin dan papabuik
 

borongsakan

Active+ Member
Joined
Mar 20, 2012
Messages
2,803
Reaction score
22
Points
40
tt ni sesat dan cuba sesatkan org lain..sy seru mod utk banned seblum kita terpalit sama..
Itulah kesilapan orang Malaysia ... hadis == sunnah

Hadis-hadis semua yg ada adalah tulisan manusia yg dikumpul menjadi kitab. Jadi, apa yg kamu nak banggakan? sekali lagi..ade ke karangan malaikat??al-quran pon dalam tulisan manusia.manusia yg bukukan.kumpulkan.hadis dari nabi.al-quran kalam allah.dua2 manusia y kumpulkan,bukukan.hadis sohih martabat dia sama mcm al-quran,tolak hadis==KAFIR

Org yg tulis hadis tu nak tolong kamu hari akhirat nanti ke?
haha.baca al-quran,tak buat mcm allah dan nabi nak..pah neraka jgk
Sedangkan Allah memerintahkan kita menjaga diri kita sendiri saja, nak bergantung dengan Allah atau bergantung dengan manusia?
bergantung pada dua2.allah dan rasul

Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Maaidah 5:105)


Bacalah Alquran wahai borongsakan. Takkan sesatnya kamu kalau betul lah jalan yg kamu pilih itu adalah petunjuk Allah yang lurus yakni Al-Quran.
dah baca.nak amalkan kena rujuk yg lebih alim.bukan ikut kepala sendiri

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali


ps:bertaubatlah..tarik balik al-quran itu hadis..tuan masih syirik
out dulu la.assaam alaika


rujuk sini
 

akira_sempoi

Active Member
Joined
Sep 29, 2008
Messages
1,797
Reaction score
2
Points
25
Elok banned je TT ni.

Nabi Muhammad saw adalah model untuk semua umat manusia.

Kalau x dikhuatiri sesat kerana bisikan syaitan.
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,362
Reaction score
1,281
Points
231
deleted
 
Last edited:

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,382
Reaction score
1,996
Points
201
Haram 'menunggang' agama

Share


Tweet


TINDAKAN mencari pendapat ulama yang lemah dalilnya atau mencari hukum

TINDAKAN mencari pendapat ulama yang lemah dalilnya atau mencari hukum
Addin

KETAHUILAH semoga kita semua dirahmati Allah bahawasanya diharamkan ke atas semua individu Muslim menolak kebenaran dan mengeksploitasi fatwa ulama yang lemah pendalilannya demi kepentingan diri. Sesetengah kita sengaja mencari pendapat ulama yang paling ringan dan paling secocok dengan hawa nafsu mereka. Perkara ini tentunya dibuat tidak berdasarkan dalil dan hujah syarak yang muktabar.
Sikap suka mentarjih (memilih pendapat tertentu) dan menentukan sesuatu masalah berdasarkan hawa nafsu dengan berselindung di sebalik slogan: "Dalam masalah ini terdapat perselisihan pendapat ulama. Yakni terdapat dua ataupun lebih pendapat ulama yang berselisih faham tentangnya."
Mereka yang mengikut cara sebegini zahirnya selalu berpindah daripada satu mazhab ke mazhab yang lain, berpindah daripada satu pendapat kepada pendapat yang lain demi mengikut dorongan hawa nafsu mereka. Di hadapan manusia mereka berselindung dengan dakwaan mereka mengikut hukum Allah SWT, mengikut sunah Nabi SAW, mengikut pendapat ulama dengan pakaian berjubah dan berserban. Namun hakikatnya, di sisi Allah mereka hanya menunggang hawa nafsu semata-mata.

Senario ini ditegur oleh Allah SWT di dalam al-Quran al-Karim bermaksud: "Terangkan kepada-Ku wahai Muhammad tentang orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya. Ataupun apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar ataupun memahami padahal mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya." (Al-Furqan: 43-44)
Firman-Nya lagi: "Apakah setiap kali datang kepadamu seorang Rasul membawa sesuatu pelajaran yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu menyombong? Maka beberapa orang Rasul di kalangan mereka kamu dustakan dan beberapa orang yang lain kamu bunuh." (Al-Baqarah: 87)
Firman-Nya lagi: "…tetapi setiap kali datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa (perintah) yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka maka sebahagian daripada Rasul-Rasul itu mereka dustakan dan sebahagian lagi mereka bunuh." (Al-Maidah: 70)
Firman-Nya: "Maka jangan kamu mengikuti hawa nafsu untuk menyimpang daripada kebenaran. Dan apabila kamu memutarbelitkan kata-kata ataupun enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." (Al-Nisa': 135)
Firman-Nya: "Wahai Daud, sesungguhnya Kami jadikan kamu penguasa di muka bumi, maka berilah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia menyesatkan kamu daripada jalan Allah." (Shad: 26)
Firman-Nya lagi: "…Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulu dan mereka telah menyesatkan kebanyakan manusia dan mereka tersesat daripada jalan yang lurus." (Al-Maidah: 77)
Kesimpulannya, ayat-ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa sikap mendustakan kebenaran dan mengikuti hawa nafsu serakah adalah perbuatan yang dicela oleh Allah SWT. Ia bukan sahaja wujud dalam kalangan ahli kitab atau generasi musyrikin terdahulu, tetapi penyakit ini juga turut menghinggapi segelintir agamawan dan umat Islam pada hari ini. Iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian.
Daripada Sayyidina Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Syurga itu dikelilingi oleh sesuatu yang tidak mengujakan nafsu (di dunia). Manakala neraka pula dikelilingi oleh perkara yang menyeronokkan (di dunia)." (Riwayat Muslim di dalam Sahihnya m/s 2174 juz 4)
Sesungguhnya telah berlaku ijmak (kesepakatan) di kalangan ulama muktabar bahawa haram hukumnya bertindak semberono dalam mengeluarkan fatwa dan menyimpang daripada pendapat yang sahih lagi rajih. Maka wajib ke atas setiap ulama mujtahid mencari dalil yang tepat dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Dan wajib pula atas setiap muqallid (pengikut) untuk mengikuti dalil yang sahih lagi rajih (paling kuat) dalam lingkungan mazhab Imam mereka. Marilah kita ikuti beberapa pandangan ulama mengenai hal ini:
Imam al-Hafiz Ibn Abd al-Barr di dalam kitabnya Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadhluh m/s 112 juz 2 mengatakan: "Apabila anda mengambil setiap pendapat yang paling lemah daripada ulama maka terkumpullah segala kejahatan." Katanya lagi: "Ini adalah ijmak ulama (kesepakatan semua ulama)."
Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu' Syarh al-Muhadzab m/s 55 juz 1 mengatakan: "Sekiranya seseorang itu dibolehkan mengikuti apa yang dikehendakinya, nescaya perbuatan ini akan membawa kepada keinginan bagi mencari keringanan di dalam mazhab. Perbuatan ini sebenarnya hanya menurut hawa nafsu. Seseorang itu akan mudah memilih antara yang halal, haram, wajib dan juga harus. Perbuatan ini boleh membawa kepada terungkainya tuntutan taklif syarak." Kata-kata yang senada juga turut diluahkan oleh Imam al-Hafiz Ibn al-Solah di dalam kitabnya Adab al-Mufti wa al-Mustafti m/s 46 juz 1.
Imam al-Nawawi sekali lagi di dalam al-Majmu' Syarh al-Muhadzab m/s 46 juz 1 menegaskan: "Haram hukumnya bertindak semberono dalam memberikan fatwa. Dan haram pula bagi mereka yang meminta fatwa daripada orang yang bersikap semberono itu."
Allamah al-Syatibi di dalam al-Muafaqat m/s 134 juz 4 mengatakan: "Sesungguhnya mengikut pendapat yang paling mudah (paling lemah) di dalam mazhab itu akan membawa kepada pegangan yang tidak berdasarkan kepada dalil syarak. Sesungguhnya Ibn Hazm telah menyatakan telah berlaku kesepakatan secara ijmak bahawa perbuatan sedemikian adalah fasiq (kejahatan) dan tidak halal."
Imam al-Hafiz al-Zahabi di dalam kitabnya Siyar A'lam al-Nubala' m/s 90 juz 8 mengatakan: "Barangsiapa yang mencari kemudahan (pendapat yang lemah) dalam mazhab dengan kekeliruan ulama mujtahid maka tipislah agamanya. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Auza'ie dan lain-lain yang berbunyi: "Sesiapa yang mengambil pendapat ulama Makkah tentang kebenaran nikah mut'ah (sinonim dengan amalan pengikut Syiah), pendapat ulama Kufah tentang halalnya arak dan pendapat ulama Madinah tentang keharusan nyanyian melalaikan serta pendapat ulama Syam (Jordan, Palestin dan Syria) tentang maksumnya khalifah yang empat, maka sesungguhnya dia telah mengumpul kejahatan. Dan demikian juga bagi mereka yang menghalalkan jual beli riba, nikah mut'ah, talak bid'ah dan sebagainya. Semua ini membawa kepada kehancuran agama. Marilah kita memohon taufiq dan hidayah daripada Allah SWT."
Imam al-Hafiz Taqiyuddin al-Subki di dalam Fatwanya m/s 147 juz 1 mengatakan: "Bagi mereka yang mengambil pendapat yang mudah di dalam mazhab, mereka akan menikmatinya dengan sedap kerana sebenarnya mereka mengikut hawa nafsu dan bukan mengikut agamanya."
Berdasarkan kepada dalil dan keterangan di atas, kita dapati bahawa Islam melarang seseorang daripada menolak kebenaran dan mengikuti hawa nafsunya yang jahat. Manakala tindakan mencari pendapat ulama yang lemah dalilnya atau mencari hukum yang paling mudah dalam urusan agama pula salah satu daripada perbuatan mengikut hawa nafsu. Ia sesuatu yang terlarang lagi haram sebagaimana dijelaskan oleh ulama. Justeru, saya menyeru individu Muslim supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan berpegang kepada nilai kebenaran, tidak menjual agama dengan keuntungan dunia dan beristiqamah dengan akhlak Islam. Semoga kita semua mampu mencapai keredaan-Nya.
Penulis Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register