BTC USD 43,159.5 Gold USD 1,761.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agama Hindu yang tertua ?

abir

Active+ Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
4,738
Reaction score
1,955
Points
101
siapa ajar hindu agama tertua ni? kita semua ni anak cucu Nabi Adam a.s, apa agama baginda? Islam. Jadi, dah dpt jawapan agama apa yang tertua dan di redhai Allah SWT? satu lagi sbg muslim, apa hukum kita iktiraf hindu sbg agama? x faham hukum, mohon belajar, jangan buat serkap jarang dan mengada2 provok dgn soalan yg x sepatutnya.

Jumba ni hindu agaknya :-?..sbb tu kebanyakkn posting dia mcm mempertikaikan Islam
 
Sponsored Post

jejantas

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Nabi Syith A.S bin Adam A.S
by ﺍﺑﻦ رافيعال
Jika salah mohon di perbetulkan...
Riwayat dari Abu Dzar al-Ghifari dalam kitab Tarikh Thabari berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w...
Nabi Syith atau Seth شيث anak lelaki ketiga kepada Nabi Adam a.s. dan Hawa, juga merupakan adik bungsu terakhir kepada Habil dan Qabil. satu-satunya anak Nabi Adam yang dilahirkan oleh Hawa tidak mempunyai kembar. Ada pendapat mengatakan bahawa Nabi Syith dilahirkan selepas tragedi pembunuhan Habil oleh Qabil, Hawa percaya akan kekuasaan Tuhan yang akan menggantikan Habel dengan yang lain, oleh itu Tuhan telah memberikan Syith sebagai pengganti.
Syith diangkat sebagai salah seorang dari beribu-ribu Nabi yang diutuskan oleh Allah menurut pandangan Islam, Kristian dan Yahudi.
Menurut Ibnu ‘Abbas, ketika Syith dilahirkan, Nabi Adam berusia 930 tahun.
Nabi Adam memilih Syith sebab anaknya yang satu ini memiliki kelebihan dari segi keilmuan, kecerdasan, ketakwaan dan kepatuhan dibandingkan dengan semua anaknya yang lain. Sebagai Nabi, Syith menerima perintah-perintah dari Allah yang tertulis dalam 50 sahifah.
Dalam kitab Qasas al-Anbiya menyebutkan bahawa setelah menderita sakit selama 11 hari, Nabi Adam wafat. Ketika masih sakit, Nabi Adam berwasiat kepada Syith untuk menggantikannya sebagai kepemimpinannya. Nabi Adam juga mengingatkan Syith untuk menjaga rahsia ini agar tidak diketuahi oleh Qabil, yang pendengki.
Menurut riwayat ulama Wahab bin Munabbih mengatakan, ketika Adam meninggal, Syith telah berusia 400 tahun, dan telah diberikan
tabut,
tali,
pedang,
dan seekor kuda yang bernama Maimun yang telah diturunkan dari syurga.
Diriwayatkan bahawa apabila kudanya berbunyi suara, maka semua binatang yang melata di bumi menyambutnya dengan tasbih. Syith telah diwasiati untuk memerangi saudaranya, Qabil. Dia pergi untuk memerangi Qabil dan akhirnya perang itu pun berkecamuk. Itulah perang pertama yang terjadi antara anak-anak Adam di muka bumi. Dalam peperangan itu, Syith memperoleh kemenangan dan menawan Qabil.
Qabil sebagai tawanan berkata:
“Wahai Syith, jagalah persaudaraan di antara kita.”
Syith berkata, “Mengapa engkau sendiri tidak menjaganya? Engkau telah membunuh saudaramu, Habil.”
Kemudian Qabil ditawan oleh Syith; kedua tanganya dibelenggu di atas bahunya, dan dia ditahan di tempat yang panas hingga meninggal dunia. Anak-anak Qabillah yang mengebumikannya.
Ketika mengebumikan bapa mereka, Iblis datang kepada mereka dengan menyerupai malaikat. Iblis berkata kepada mereka, “Jangan dikubur bapa kamu bumi.”
Iblis membawa dua biji batu hablur yang telah tebuk tengah-tengahnya, dan menyuruh mereka memasukkan Qabil ke dalam ruang antara dua batu hablur itu, memakaikannya pakaian terindah dan mengenakan minyak pada mayatnya dengan ramuan-ramuan tertentu sehingga dia tidak akan mayat tidak akan kering.
Lalu Iblis menyuruh mereka menyimpannya di sebuah rumah, diletakkan di atas kursi yang dibuat daripada emas dan memerintahkan kepada setiap orang yang masuk ke rumah itu untuk bersujud kepadanya sebanyak tiga kali. Iblis memerintahkan kepada mereka untuk merayakan upacara setiap tahun untuknya dan berkumpul di smakamnya. Kemudian Iblis mewakilkan urusan ini kepada syaitan. Maka Syaitan itulah yang kemudian berbicara dengan mereka sehingga manusia terus-menerus sujud kepada Qabil.
Setelah dia menunaikan tugasnya memerangi Qabil, Nabi Syith kembali ke negeri Hind (India) dan menetap di sana sebagai hakim yang adil di antara manusia.
Wahab bin Munabbih mengatakan bahawa Hawa, isteri Adam, meninggal ketikai zaman anaknya, Syith. Setelah Adam meninggal, setahun kemudian Hawa meninggal dunia pada hari Jumat dalam waktu yang sama ketika dia diciptakan Allah.
Diriwayatkan bahawa Hawa dikuburkan berdekatan dengan Adam. Setelah ketiadaan Nabi Adam dan HAwa, Allah telah menurunkan 50 sahifah kepada Syith. Maka Nabi Syith adalah...
orang pertama yang mengeluarkan kata-kata hikmah.
orang yang pertama melakukan perdagangan dengan emas dan perak
orang pertama yang memperkenalkan Mualamat (jual beli), membuat timbangan, dan takaran. orang pertama yang menggali hasil dari dalam bumi.
Nabi Syith mempunyai seorang anak lelaki bernama Anusy. Di kening Syith terdapat cahaya Muhammad s.a.w yang berpindah kepadanya dari Adam. Setelah Anusy lahir, cahaya tersebut berpindah ke keningnya.
Syith tahu bahawa ajalnya telah hampir. Dia melihat rambut-rambut yang diberikan oleh Adam melihat rambut-rambutnya telah memutih. Nabi Syith meninggal dunia dalam umur 1042 tahun.
Wahab bin Munabbih mengatakan, setelah Syith meninggal, dia digantikan oleh anaknya, Anusy. Sebelum meninggal, Syith menyerahkan tabut, tali, suhuf, dan cincin kepada Anusy. Anusy menerimanya dengan baik dan memutuskan untuk menerima tanggungjawab dengan kebenaran. Anusy bernikah dengan seorang wanita, seperti juga bapa dan datuknya bernikah dengan bermaharkan salawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kemudian isterinya mengandungkan seorang anak.
Setelah anakya itu lahirkan, cahaya Muhammad saw yang ada pada Anusy pindah ke wajahnya. Anak tersebut diberi nama Qainan. Sebelum meninggal, dia menyerahkan tabut dan shuhuf kepada anaknya, Qainan. Dia memberi wasiat dan mengangkatnya sebagai penggantinya.
Wahab bin Munabbih mengatakan, setelah Qainan dilantik sebagai pemimpin, dia di antara manusia dengan adil. Memiliki peribadi yang baik, kemudian bernikah dengan seorang wanita yang bernama Uthnuk. Uthnuk mengandung seorang anak laki-laki. Ketika lahir, anak tersebut dinamakan Mahlaila dan cahaya Muhammad saw pindah ke keningnya. Setelah Qainan meninggal dunia,maka tabut dan suhuf kepada anaknya dan menjadikannya sebagai pengganti bapanya. Ketika Mahlaila meninggal dan cahaya beralih ke anaknya yang bernama Yarid. Yarid meninggal dan cahaya itu berpindah ke anaknya yang bernama Ukhnukh, yang kemudian dikenal dengan Idris a.s.
IDRIS BIN UKHNUKH BIN YARID BIN MAHLAILA BIN QAINAN BIN ANUSY BIN SYITH A.S BIN ADAM A.S
Itulah kisah ahli keluarga kita...keturunan kita...bapa kita...datuk kita...
Betapa hebatnya Nabi kita yang kita kasihi Nabi Muhammad s.a.w yg sejak dari dulu lagi cahaya wajah baginda diberikan kepada para anbiya’ dan rasul-rasul sebelum kita...
PESANAN Nabi Adam A.S kepada Nabi Syith A.S ( YANG JUGA BUAT KITA CUCU-CICITNYA)
(1) Janganlah kamu merasa tenang dan aman hidup di dunia kerana aku merasa tenang hidup di syurga yang bersifat abadi, sehingga aku dikeluarkan oleh Allah daripadanya.
(2) Janganlah kamu bertindak menurut kemahuan isteri - isteri kamu kerana erana aku bertindak menurut kemahuan isteriku (Hawa), sehingga aku memakan buah dari pohon terlarang, lalu aku menjadi menyesal.
(3) Setiap perbuatan yang kamu lakukan, renungkan terlebih dahulu akibat dan musibahnya yang akan berlaku. Seandainya aku merenungkan akibat suatu perkara, tentu aku tidak tertimpa musibah seperti ini.
(4) Ketika hati kamu merasakan takut akan sesuatu, maka tinggalkanlah ia kerana ketika aku hendak makan buah khuldi, hatiku merasa takut, tetapi aku tidak menghiraukannya, sehingga aku benar - benar menemui penyesalan.
(5) Bermusyawarahlah mengenai suatu perkara, kerana seandainya aku bermusyawarah dengan para malaikat, tentu aku tidak akan tertimpa musibah.
Wallahu Ta'ala A'lam
Ibni Abie/Waksam

Cerita nih dapat dari Kitab mana tuan??? Cerita yang x sahih jangan ler disebarkan....
 

nazrirazra

Legendary Member
Joined
Jul 17, 2009
Messages
11,925
Reaction score
214
Points
128
Salam ... nak menyampuk sdikit... Agama Hindu ni berasal dari zaman Nabi Ibrahim a.s... boleh kaji kisah Namrud. Agama hindu ni dulu agama islam tp telah diselewengkan oleh pengikut2 Namrud. Zaman Namrud ialah zaman permulaan ilmu sihir peringkat tertinggi yang diajar malaikat Harut dan Marut, sbb itulah agama hindu ini penuh dgn ritual sihir.

Jika nak tahu ttg agama hindu ni boleh kaji dr zaman Nabi Nuh a.s, kisah Nimrod atau Namrud, permujaan Baal, semiramis, Christmas Three, Tuhan Bulan, kisah the two babylon,tower of babel, kisah nineveh, kitab talmud yahudi,taurat, zabur, injil, Al-Quran, empayar rome (constantine),asal usul Isis/Osiris, batu bersurat gilgamesh, blessed virgin mary,sumerian empire, assyrian empire,the god odin, the legend of stagg (hungarian) dan byk lagi. Jika dikaji lebih dalam lagi akan jumpa mcm2 sampai x boleh dah nak hadam... boleh sampai ke zaman nabi Sulaiman, Nabi Musa dan samiri, keturunan firaun, knight templar, keturunan terakhir firaun berpindah ke europe dan seterusnya england, illuminati dan sampai la ni...

p/s: boleh x tidur mlm dibuatnya.. ha ha...

ada link mana2 web tak kisah gini?? nak baca gak:D
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,925
Reaction score
604
Points
171
Ni baru sejarah agama agama di dunia

Belum masuk sejarah melayu semenjak zaman atlantis lagi... Perhh
 

hashocean

Fun Poster
Joined
Jan 29, 2016
Messages
724
Reaction score
26
Points
20
Dr zakir sebenarnya nak tarik penganut agama2 lain ke islam dengan cara buat perbandingan....sebab agama kristian n hindu pun asalnya berpaksikan yakin pada pencipta yg satu iaitu Allah......tapi bila nabi tersebut wafat...maka penganut2 dia mula selewengkan dan dah tak relevan.....sama juga dgn kristian....dah tetibe ada new testament plak.......nabi2 terdahulu diturunkan utk kaum2 mereka sahaja.....so bila Allah turunkan kitab AlQuran....ia dah di setting sesuai utk seluruh kaum manusia sampai akhir zaman......secara automatic kitab2 yg lama dah tak relevan.......perkataan islam saya tak pasti bermula dari mana....cuma yg kita semua tau skarang islam adalah agama yg dibawa nabi kita Muhammad SAW.....Islam bermaksud Selamat......so nak selamat follow islam dan yakin tiada tuhan selain Allah & Muhammad adalah persuruhnya.......just follow yg relevan je skang

perkataan islam tu sejak nabi2 terdahulu lagi dah guna

nabi ibrahim ada pesan kt anak2 dia, jadilah kamu seorg muslim

nabi yaakub pun ada kata dlm doa dia

nabi yusuff

kisah nabi sulaiman & ratu balqis

semua ni ada cerita dlm al-Quran..
dan dalam al-Quran sebut terang2 perkataan islam, aslamtu, etc...

perkataan islam bukan bermula dari zaman nabi Muhammad s.a.w.
tapi semenjak nabi2 yg terdahulu lagi

agama islam bukan hanya dibawa oleh nabi Muhammad,tetapi oleh kesemua nabi2..
cuma syariat ajaran islam oleh para nabi ni berbeza mengikut kaum & zaman..

zaman nabi musa a.s.
kalau sesiapa nak bertaubat,wajib bunuh diri sendiri
sesuai dgn sifat kaum nabi musa a.s. yg kasar
nabi musa a.s. sendiri sifatnya kasar

(nabi musa a.s. tarik janggut nabi harun a.s. sebab terlalu marah
terhadap nabi harun a.s. kerana gagal menjaga kaumnya yg kembali
menyembah lembu ketika ketiadaan baginda)

nabi muhammad s.a.w. sifatnya sopan santun dan berlemah lembut tapi tegas
sesuai dgn sifat kaumnya yg bukan hanya dari kaum arab, malah seluruh manusia yg hidup di muka bumi pada ketika ini
 

nytroz

Fun Poster
Joined
Nov 14, 2010
Messages
774
Reaction score
5
Points
15
perkataan islam tu sejak nabi2 terdahulu lagi dah guna

nabi ibrahim ada pesan kt anak2 dia, jadilah kamu seorg muslim

nabi yaakub pun ada kata dlm doa dia

nabi yusuff

kisah nabi sulaiman & ratu balqis

semua ni ada cerita dlm al-Quran..
dan dalam al-Quran sebut terang2 perkataan islam, aslamtu, etc...

perkataan islam bukan bermula dari zaman nabi Muhammad s.a.w.
tapi semenjak nabi2 yg terdahulu lagi

agama islam bukan hanya dibawa oleh nabi Muhammad,tetapi oleh kesemua nabi2..
cuma syariat ajaran islam oleh para nabi ni berbeza mengikut kaum & zaman..

zaman nabi musa a.s.
kalau sesiapa nak bertaubat,wajib bunuh diri sendiri
sesuai dgn sifat kaum nabi musa a.s. yg kasar
nabi musa a.s. sendiri sifatnya kasar

(nabi musa a.s. tarik janggut nabi harun a.s. sebab terlalu marah
terhadap nabi harun a.s. kerana gagal menjaga kaumnya yg kembali
menyembah lembu ketika ketiadaan baginda)

nabi muhammad s.a.w. sifatnya sopan santun dan berlemah lembut tapi tegas
sesuai dgn sifat kaumnya yg bukan hanya dari kaum arab, malah seluruh manusia yg hidup di muka bumi pada ketika ini

Tq 4 the info tuan.....
 

PurpleRangers

Active Member
Joined
Jan 10, 2012
Messages
2,175
Reaction score
6
Points
25
ada pulak nak bergaduh pasal nombor. sebenarnya yang didebatkan disini ialah nombor. Memang lah Nabi Adam tu Islam tapi Nabi Muhammad yang memperlengkapkan Islam. Kita sendiri tak tahu dan tak pasti sangat berapa ribu puluh juta tahun nabi Adam dengan kita. Jadi kita ambil contoh Nabi Isa sebab Nabi Isa masa tu dah ada kalender hari dah. Jadi bila buat rujukan, diambil lah dari tarikh Nabi Isa berdakwah sampai ke hari ini. Lepas tu Nabi Muhammad. Bila ditanya dah berapa ribu Nabi Muhammad beza dengan kita, kita dah ada clue disini. 1500++ tahun beza dengan kita. Kalau nak sembang pasal agama Hindu pulak, lain lagi kajian dia. Ada pulak berganduh pasal nombor. Amende..
 

waepy

Active+ Member
Joined
Sep 9, 2011
Messages
4,626
Reaction score
339
Points
51
hrmmm majoriti org Islam terutamanya Melayu Msia nie x pernah khatam pun terjemahan al Quran...
pastu sibuk nak jd pakar berdebat psl agama lain...adab plak xde tp nak berdebat..

biarlah Zakir Naik jer yg berdebat, dia pun tahu batas perdebatan agar tidak menyebabkan pihak lawan rasa terhina, kalau x dah lama Zakir Naik kena bunuh di negara yg terkenal dgn puak pelampau hindu...
tp sebaliknya berlaku, ceramah dia pernah dihadiri 1 juta penonton di India drpd pelbagai latar belakang agama utk mencari kebenaran...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register