adus..kesian kt orang tua tu...

CG Sponsors




honda_primo

Banned
Joined
Nov 10, 2007
Messages
5,761
Reaction score
25
Points
75
SEREMBAN: Berbekalkan rupa paras yang cantik dan pernah menjadi model sambilan, seorang wanita bertindak licik dengan memperdayakan pesara sebuah syarikat swasta untuk hidup senang dengan mengikis wang lelaki itu hingga membabitkan kerugian lebih RM100,000.

Wanita berusia 21 tahun yang berasal dari Bukit Tembok, dekat sini, dikatakan berjaya memperdayakan pesara berusia 61 tahun itu melalui pelbagai kaedah hingga menyebabkan mangsa terpedaya dan sanggup berhabisan wang bagi memenuhi tuntutan dan keperluan wanita berkenaan. Tindakan wanita penggoda ini didedahkan isteri mangsa yang sudah tidak tahan dengan kelakuan suaminya itu yang menjadikan wanita berkenaan sebagai perempuan simpanan. Malah, isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai Siti, 50-an, kini semakin tertekan apabila mendakwa suaminya itu turut mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Siti menjelaskan dia menyedari kelakuan sumbang dan tidak bermoral suaminya itu bersama wanita berkenaan sejak empat tahun lalu. Beliau berkata, pada mulanya dia tidak menyedari hubungan mereka berdua tetapi akhirnya menemui bukti melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang terdapat pada telefon bimbit suaminya yang dikirim wanita berkenaan. “Bukti itu menjadi semakin kukuh selepas berjumpa dan mendapat kepastian keluarga wanita terbabit yang juga mengakui sudah bertindak ‘membuangnya’ sebagai ahli keluarga mereka. “Malah saya pernah bersemuka dengan wanita berkenaan dan dia mengakui menjadi perempuan simpanan dan mengaku bersikap profesional dalam bidang memikat lelaki serta pernah mendakwa dipinang 40 lelaki dalam sebulan,” katanya.

Dia mendakwa, suaminya pernah menjual tanah tetapi hasil jualan itu dihabiskan untuk wanita terbabit termasuk membayar kos penginapannya di sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur dan juga sebuah apartmen di Nilai Negeri Sembilan.

Menurutnya, tempat penginapan bertaraf eksklusif itu dikawal rapi pengawal keselamatan dan sukar untuk mengesan kegiatan mereka berdua. Katanya, wanita itu pernah bekerja di sebuah syarikat swasta di Mont Kiara Kuala Lumpur mempunyai matlamat menakluk lelaki mewah. “Suami saya hilang pertimbangan dan sedia melakukan apa saja untuk wanita itu hingga dia sanggup meminjam wang dengan ceti haram bagi memenuhi kehehendak wanita terbabit. “Kini saya menjadi mangsa kerana dipaksa suami menggadai barangan kemas untuk menjelaskan bayaran pinjaman,” katanya. Katanya, dia sudah menasihatkan suaminya supaya meninggalkan kerja tidak berfaedah dan menyarankan supaya dia bertaubat, namun tidak diendahkan. Beliau berkata, disebabkan tidak tahan dengan tindakan suaminya itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Port Dickson, 19 Januari lalu. “Saya percaya kemungkinan wanita itu menggunakan ilmu hitam terhadap suami hinggakan dia sukar melupakan wanita itu,” katanya pendedahan dibuatnya untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain. Sementara itu Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan K Baljeet Singh mengesahkan menerima laporan daripada mangsa
 
Sponsored Post

shila70

Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
1,650
Reaction score
0
Points
20
pompuan pisau cukur ni...nak duit sanggup jadi pompuan simpanan
 

jebatz

Active+ Member
Joined
Jun 15, 2009
Messages
4,002
Reaction score
10
Points
25
dua 2 salah..yg lelaki pun dok syok kat pompuan tu apesal..
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
ini br pmpn goda dah cair.. belum setan goda lagi.. lagi hebat..
jgn la tinggalkan dunia dlm keadaan sesat
 

roslanab

Active Member
Joined
Dec 30, 2008
Messages
2,483
Reaction score
23
Points
25
Mintak dijauhkan lah perkara macam ini kalau aku dah jadi jutawan kaya raya.
Tapi sekarang ni, masih makan meggi hari2.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register