BTC USD 57,121.5 Gold USD 1,788.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adun rugi RM60,000 rumah

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Chang Hong Seong kerugian kira-kira RM60,000 dalam bentuk barang kemas selepas rumahnya di Lorong Seri Kuantan di sini, dipecah masuk, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku ketika Chang dan keluarganya tiada di rumah kerana menghantar anak perempuan sulung ke Kuala Lumpur, Khamis lalu untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke Itali.

Beliau menyedari kejadian itu sekembalinya ke rumah pada Sabtu lalu jam 6 petang.

Chang yang dihubungi semalam berkata, setibanya di rumah, beliau terkejut apabila melihat keadaan dalam rumah berselerak.

"Saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebaik menyedari kejadian itu," katanya.

Beliau tidak menyangka ia berlaku kerana ia kejadian pertama sejak menduduki rumah itu pada 1995.

Katanya, beliau terlupa memasang penggera keselamatan sebelum meninggalkan rumah pada Khamis lalu.

Chang berkata, antara barang peribadi yang dicuri termasuklah 20 jam tangan berjenama, cincin perkahwinan, tiga komputer riba, enam beg tangan Louis Vuitton dan koleksi terhad pen yang disimpan dalam di dalam peti kayu.
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register