akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,548
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,548
- Reaction score
- 6,646
- Points
- 881
- Awards
- 1
ADUN pembangkang di Kelantan raih peruntukan, MP pembangkang dizalimi
Yusman AwangAugust 19, 2024
Roslan Shahir
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dari Umno-Barisan Nasional (BN) yang baru sahaja menang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri baru-baru ini dijangka akan turut disalurkan peruntukan sebagaimana dua ADUN pembangkang lain di Kelantan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Kerajaan Negeri PAS-Perikatan Nasional (PN) Kelantan sudah pun memperuntukkan RM250,000 peruntukan Rancangan Kecil Pembangunan (RKP) kepada ADUN pembangkang.
“Amalan menyalurkan peruntukan kepada ADUN pembangkang ini turut dilakukan di dua buah negeri PAS-PN yang lain iaitu di Kedah dan Perlis (Terengganu tidak mempunyai pembangkang di DUN) mengikut kadar di negeri masing-masing.
“Tahniah Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dari Umno-BN. Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli DUN dalam waktu terdekat, bekerjalah sungguh-sungguh untuk rakyat,” katanya beliau dalam media sosial miliknya hari ini.
Roslan berkata, setiap ADUN sama ada kerajaan atau pembangkang adalah wakil yang diangkat oleh rakyat, mereka akan bekerja untuk rakyat dan sudah pasti memerlukan peruntukan bagi membiayai kerja-kerja mereka itu.
Justeru kerajaan negeri PAS-PN menurut beliau, tidak teragak-agak memberikan hak kepada Ahli-ahli Dewan tersebut walau dari berlainan parti, kerana menafikan hak tersebut bermakna menghukum pengundi yang mengundi mereka.
“Ini sudah pasti zalim dan mendera rakyat yang diwakili. Demokrasi apa jika yang tidak undi kita dikerat dan diterajang?
“Peruntukan sebegini bukan pun masuk ke kocek wakil rakyat, tetapi akan terus disalurkan ke rakyat mengikut proses yang telah ditentukan.
“Anehnya kenapa Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH)-BN (Kerajaan Pusat) bawah Perdana Menteri ke-10 (PMX), Dato Seri Anwar Ibrahim, sehingga ke hari ini (hampir dua tahun penggal Parlimen ini) menafikan Ahli Parlimen (MP) pembangkang termasuklah 43 Ahli Parlimen PAS (yang mewakili majoriti umat Melayu Islam) daripada menerima sebarang peruntukan?
“Alasan kononnya perlu berunding terlebih dahulu dilihat agak keterlaluan sedangkan di negeri-negeri PAS tiada apa rundingan pun yang dibuat,” soal beliau.
Dalam pada itu, kata beliau, bayangkan Ahli Parlimen pembangkang hari ini membuka pejabat dan pusat khidmat, membantu rakyat khasnya yang susah semuanya melalui pembiayaan sendiri, sedangkan wakil kerajaan ditampung oleh dana Kerajaan Pusat.
“Dana kerajaan adalah dana rakyat, bukannya dari tabung PH-BN, mengapa yang pembangkang dianaktirikan?
“PMX dan kerajaan PH-BN perlu hentikan amalan diskriminasi dan mendera pembangkang ini dengan segera tanpa dolak-dalik meluluskan peruntukan munasabah kepada semua Ahli Parlimen pembangkang agar mereka dapat berkhidmat buat rakyat dengan efektif,” jelas beliau.
Sehubungan itu tambahnya, sekiranya perkara tersebut berlarutan, sewajarnya Ahli Parlimen pembangkang mengangkat kezaliman tersebut ke atas iaitu ke peringkat Parlimen Komanwel atau CPA dan juga dunia.
“Biar masyarakat dunia melihat bagaimana PMX dan Kerajaan ini rupa-rupanya sanggup dan tergamak mendera dan menyeksa rakyatnya sendiri semata-mata kerana mereka memilih wakil pembangkang.
“Tak perlu tonjol diri sebagai jaguh pejuang keadilan antarabangsa sedang rakyat sendiri ditekan. Jangan keadilan hanya pada nama tetapi hakikatnya zalim,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/8/2024