akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 58,861
Top Poster #1
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 58,861
- Reaction score
- 6,840
- Points
- 881
- Awards
- 1
ADUN PAS tiada ‘jadual khusus’ solat di surau, masjid
AZMI YUSOFNovember 16, 2024
BENTONG: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Hasanuddin Salim menegaskan, pimpinan PAS tidak mempunyai jadual khusus ke surau atau masjid kerana itu telah menjadi rutin harian mereka solat lima waktu bersama masyarakat.
- Advertisement -
Ini berbeza dengan budaya pimpinan UMNO yang memprogramkan solat di surau atau masjid di dalam jadual mereka semata-mata untuk tujuan politik.
Beliau mengulas satu kejadian solat Jumaat pertama di masjid yang baru dibina di kawasannya baru-baru ini yang secara jelas dan terang pihak UMNO masih setia ke masjid mempromosi ‘politik lama’ mereka.
“Ada di kalangan ahli jamaah ni ‘tag’ saya, YB datanglah, solat Jumaat bersama dan saya kata insya-Allah, saya cuba hadir.
“Tetapi bila saya lihat perkembangan-perkembangan masa dia buat gotong royong tu, adalah seorang bekas ahli parlimen kawasan situ buat live TikTok dan berkata: Hah, tengok ni lebai-lebai PAS, kome ni yang dikata hat tak boleh bawak Islam di Pahang nih, kome buat dah masjid, dia kabo. Ni masjid hat terbentang di belakang ni dia kata, ni tak cukup Islam lagi ke,’ soalan dia,” ceritanya ketika menyampaikan ceramah ‘Selamatkan Malaysia’ di Markas PAS Chegar Medang, malam semalam.
Turut menyampaikan ceramah ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim dan Dr. Zuhdi Marsuki serta Yang Dipertua PAS Bentong, Cikgu Khairuddin Abdullah.
Tambahnya, apa yang lebih menggeletek hati lagi adalah tatacara persediaan menyambut orang-orang besar pimpinan mereka tidak pernah berubah dari dulu hingga sekarang.
“Sahabat saya yang jadi ahli jamaah di situ tunjukkan kepada saya tikar-tikar yang telah dibentang, ni tikar untuk tuan kadi, ni tikar Penyelaras Dun, ni tikar orang ni, orang ni, semua tikar yang ditunjuk tu untuk pimpinan UMNO setempat.
“Kalau kita pergi ke masjid secara begitu, dia kata kita berpolitik di masjid, tapi bila dia ke masjid dengan penuh penyelaras, dengan penuh AJK bahagian begitu, dia tidak berpolitik di masjid.
“Lalu, saya katakanlah pada sahabat tersebut, takpelah, minggu ni saya tak pergilah, takpelah saya ‘miss’ makan kambing minggu ni pun takpelah.
“Sebab pada kami ADUN-ADUN PAS, pemimpin-pemimpin PAS, Yang Dipertua-Yang Dipertua PAS, kami ke surau dan masjid ni bukanlah suatu benda yang ada jadual khusus, dok, kami memang senantiasa bergelumang dengan rakyat pada setiap solat lima waktu di dalam DUN kami masing-masing, inilah dia pimpinan PAS,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/11/2024