Adun Jawi beri tempoh 30 hari selesai isu bayaran parkir

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
NIBONG TEBAL: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang kawasan Jawi, Tan Beng Huat, hari ini, memberi tempoh 30 hari kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menarik balik keputusan mengenakan bayaran letak kereta di kawasan berkenaan dan jika gagal beliau akan keluar daripada DAP.

"Kalau mereka enggan, saya akan buat keputusan itu (menjadi Adun bebas)," katanya di pusat khidmatnya, di sini.

Terdahulu, 50 wakil penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah keputusan mengenakan bayaran letak kenderaan yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Mereka yang marah dengan keputusan berkenaan menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai tidak sesuai dilaksanakan kerana Jawi adalah satu kawasan yang belum membangun berbanding dengan kawasan lain di Pulau Pinang.

Seorang penjaja makanan, Khor Jeik Choon, 54, berkata beliau kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang tidak membuat kajian teliti dan tidak mendengar rayuan rakyat sebelum melaksanakan peraturan berkenaan.

"Dulu ketika Barisan Nasional memerintah (Pulau Pinang), memang ada cadangan untuk kenakan bayaran letak kereta tetapi wakil rakyat (Jawi daripada BN) berjaya memperjuangkan nasib kami," katanya.

Pemilik kedai perabot, Lim Eng Wah, 40, pula menyifatkan pemimpin-pemimpin DAP yang kini memerintah Pulau Pinang tidak mengotakan janji mereka dalam pilihan raya umum lalu. "Ketika menjadi pembangkang, mereka dakwa semua yang dilakukan oleh kerajaan BN membebankan rakyat. Tetapi sekarang ini mereka sendiri bertindak menyusahkan rakyat," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register