Covid-19 Adun DAP persoal ketelusan isu vaksin Covid-19

CG Sponsors




Sponsored Post

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,972
Reaction score
954
Points
86
Ronnie Liu ni bukan ke ditahan hina YDPA?
Bila masa pulak Ronnie Liu concern pasal JAKIM?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,579
Reaction score
11,797
Points
1,906
Kumpulan itu turut berterima kasih kerana diberi pilihan untuk tidak mengambil vaksin tersebut dan menyifatkannya wajar diberikan kepada mereka yang benar-benar menginginkannya.

Golongan antivaksin tolak vaksin Covid-19

29 November 2020


1606611488817.png


Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan memberikan secara percuma vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia, rata-rata individu yang menggelarkan diri mereka sebagai antivaksin memberikan respons mereka.




SHAH ALAM - Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan memberikan secara percuma vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia, rata-rata individu yang menggelarkan diri mereka sebagai antivaksin memberikan respons mereka.

Menerusi tinjauan di laman sosial, mereka memberikan respons bahawa pihaknya tidak memerlukan vaksin Covid-19 dan wajar memberikannya kepada kumpulan memerlukan serta mereka yang benar-benar menginginkannya.
“Terima kasih kerana memberikan secara percuma tetapi saya memilih untuk tidak menerima,” kata mereka yang menolak vaksin.


Ada antara mereka secara sinis berkata suntikan vaksin itu ibarat melakukan kajian terhadap tubuh manusia.
“Rakyat Malaysia bakal menjadi tikus makmal,” kata pengguna laman sosial Facebook.
Tidak kurang juga mereka yang mendakwa ia adalah agenda pihak tertentu demi mengaut keuntungan semata-mata.
“Mereka mempunyai agenda terselindungan dalam usaha menjadikan soal kesihatan sebagai pendapatan di saat ini.
“Apabila sudah dicucuk ke atas manusia, mereka akan naikkan angka kes dunia dan akhirnya golongan antivaksin akan dipersalahkan,” katanya.


ARTIKEL BERKAITAN 6.4 juta rakyat Malaysia bakal terima vaksin Covid-19: PM
Bagaimanapun kumpulan tersebut berterima kasih kepada Muhyiddin kerana tidak mewajibkan pengambilan vaksin tersebut dan hanya diberikan kepada mereka yang bersetuju secara sukarela terutama mereka berisiko dan mudah menghadapi penyakit.

“Alhamdulillah kerana diberikan pilihan dan vaksin bukan saya untuk keluarga. Harapnya syarat pilihan ini kekal dan tidak berubah kepada wajib,” katanya.
Selain itu, terdapat individu menjelaskan bahawa Malaysia mewartakan vaksin sebagai pilihan dan bukan suatu paksaan.

“Ia termasuklah semua dan mana-mana jenis vaksin. Memilih menolak vaksin merupakan pilihan dan bagi mereka yang menerima juga adalah pilihan.
“Ia bukan suatu kesalahan di bawah mana-mana akta di negara ini,” katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,579
Reaction score
11,797
Points
1,906
Vaksin Covid-19 memerlukan suhu penyimpanan ultra sejuk -70 darjah celsius dan kapasitinya melebihi kebanyakan kemudahan penjagaan kesihatan utama sedia ada di dalam negara.

Adakah KKM bersedia untuk simpanan, keperluan logistik vaksin Covid-19?




November 29, 2020 8:29 AM


vaccine_vaksin_covid19-Ap-07082020-1.jpg

Azrul Mohd Khalib berkata kerajaan mesti memastikan bahawa KKM mendapat dana dan tenaga kerja yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan apabila vaksin itu boleh didapati pada 2021. (Gambar AP)

KUALA LUMPUR: Meskipun pengumuman perjanjian pembelian vaksin Covid-19 oleh kerajaan Malaysia semalam adalah satu perkembangan yang mendapat pujian pelbagai pihak, sebuah badan pemikir percaya Belanjawan 2021 untuk Kementerian Kesihatan (KKM) harus dikaji semula terutama yang berkaitan dengan keperluan logistik dan penyimpanan vaksin itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata vaksin Covid-19 memerlukan suhu penyimpanan ultra sejuk -70 darjah celsius, yang kapasitinya melebihi kebanyakan kemudahan penjagaan kesihatan utama sedia ada di dalam negara.

Justeru itu, beliau berkata ia bergantung kepada ketersediaan unit penyimpanan di peringkat negeri bagi memastikan rantaian suhu sejuk yang diperlukan vaksin adalah tidak terjejas.

“Kita perlu memastikan bahawa KKM mendapat dana dan tenaga kerja yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan apabila vaksin itu boleh didapati pada 2021, terutama apabila vaksin ini mempunyai keperluan logistik dan penyimpanan khusus yang memerlukan pelaburan dari segi infrastruktur serta latihan.

“Adakah kita akan membeli kotak ais khas Pfizer? Sudahkah kita memperuntukkan dana bagi sistem penyimpanan rekod yang akan diperlukan? Kami tidak yakin peruntukan sedia ada mencukupi bagi tujuan ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pada 24 Nov lepas, kerajaan Malaysia, melalui KKM, telah memeterai satu perjanjian awal pembelian dengan syarikat farmaseutikal Pfizer untuk mendapatkan sejumlah 12.8 juta dos vaksin Covid-19 bagi memenuhi keperluan imunisasi 20% atau 6.4 juta rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata melalui perjanjian itu, Pfizer telah berjanji untuk memberikan sebanyak sejuta dos, 1.7 juta dos, 5.8 juta dos dan 4.3 juta dos vaksin Covid-19 masing-masing dalam suku tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat 2021.

Selain itu, Azrul menjangkakan cabaran dalam proses penghantaran vaksin Covid-19 ke kawasan luar bandar susulan kebimbangan dari segi keterbatasan dan pragmatik.


Beliau berkata pengagihan vaksin dalam poten yang dinyatakan pengilang ke lokasi sebenar pemvaksinan dalam masyarakat boleh menjadi amat mencabar terutama apabila ia membabitkan vaksin jenis mRNA).

Beliau turut menggesa kerajaan untuk melabur dalam komunikasi vaksin bagi menangani dan mengatasi penyebaran maklumat salah yang berleluasa ketika ini berkaitan Covid-19 dan vaksin secara umum.

“Dekad terakhir ini telah menyaksikan peningkatan ketara dalam keraguan terhadap vaksin. Ia (komunikasi vaksin) tidak boleh bergantung kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat daripada sektor swasta semata-mata bagi tujuan itu,” katanya.


 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,989
Reaction score
1,685
Points
101
Itu ada masalah mental, lagilah yang jual minyak seribu khasiat.
Kata ada seribu khasiat, tapi bila tanya apa seribu kahsiat dalam minyak sampai kesudah tak jawab :ROFLMAO:
Nak menjual tapi menipu. :sneaky:
Geng DAP jual minyak kelapa dara dia RM50 penuh 1 troli tak? Ke harga yahudi? Tanya je @bell&ross
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,790
Reaction score
358
Points
91
kalu bab antivak/kaki konspirasi nih.. mmg aku surrender awal laa...
murung aku baca post diaorg kat FB...ada kaa suh rujuk cita LUCY... situ semua ada jawapan...
yg aku tau last2 lucy tu jadi pendrive hahahah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,579
Reaction score
11,797
Points
1,906
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



12j ·

Pada 24 November 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer untuk mendapatkan bekalan vaksin tersebut.

1606627423072.png

1606627433331.png

1606627444614.png



Dr Adham Baba

27 November jam 9:52 PTG ·

Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin siang tadi, Malaysia bakal menerima sebanyak 12.8 juta dos vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia pada tahun depan.
Pada 24 November 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer untuk mendapatkan bekalan vaksin tersebut.
Ini adalah antara usaha berterusan kerajaan dalam usaha mendapatkan akses kepada vaksin COVID-19 yang secukupnya untuk rakyat Malaysia.

Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian
#PerkasakanKomuniti
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,579
Reaction score
11,797
Points
1,906
Boleh rencatkan usaha kerajaan kekang penularan wabak Covid-19: Pakar Kesihatan

Golongan antivaksin ancaman kepada negara

29 November 2020


1606614389416.png

Golongan antivaksin koronavirus (Covid-19) menjadi ancaman kepada negara kerana boleh merencatkan usaha kerajaan mengekang penularan wabak berkenaan. Gambar kecil: Dr Hanafiah


GOLONGAN antivaksin koronavirus (Covid-19) menjadi ancaman kepada negara kerana boleh merencatkan usaha kerajaan mengekang penularan wabak berkenaan.
Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, golongan antivaksin juga dikhuatiri boleh mengelirukan pemikiran masyarakat kerana bekalan vaksin yang akan diterima Malaysia mulai tahun hadapan adalah secara berperingkat.

Beliau berkata, golongan itu dengan mudah boleh mempengaruhi orang lain untuk menolak vaksin Covid-19 sekiranya penularan pandemik itu masih berlaku dalam keadaan negara sudah menerima vaksin.



“Kita kena faham, untuk tahun depan bekalan vaksin yang akan diterima hanya untuk 6.4 juta rakyat dahulu, sedangkan populasi rakyat kira-kira 30 juta. Bermakna lebih 20 juta lagi tidak dilindungi oleh vaksin Covid-19.


“Jadi maknanya walaupun vaksin ini digunakan tahun depan, kes Covid-19 tetap akan ada. Keadaan ini dibimbangi akan dijadikan satu alasan kepada golongan antivaksin untuk menyokong pemikiran mereka bahawa pendirian mereka betul iaitu walaupun vaksin sudah ada tetapi kes Covid-19 masih berlaku,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad semalam.


Bagaimanapun, Dr Hanafiah berkata, masyarakat tidak perlu risau sekiranya golongan antivaksin itu tidak mengambil vaksin kerana ia tidak akan menjejaskan mereka yang telah mengambilnya sekiranya negara telah menerima bekalan yang banyak.
“Jika mereka tidak mengambil vaksin, mereka tidak jejaskan orang yang sudah ambil vaksin. Maksudnya sekiranya mereka mendapat jangkitan, mereka tidak akan menjangkiti individu yang telah menerima suntikan vaksin ini.
“Ini bermakna, hanya golongan antivaksin sahaja yang mendapat jangkitan. Selagi individu pro vaksin mengambil vaksin, sekurang-kurangnya mereka telah melindungi diri mereka dan secara tidak langsung tidak menjadi pembawa kepada jangkitan,” katanya.


Beliau turut menegaskan, vaksin dihasilkan sebagai langkah pencegahan dan untuk melindungi individu daripada jangkitan terutama jangkitan virus.

Justeru, katanya, apabila berlaku penularan Covid-19, vaksinnya dibangunkan secara spesifik untuk melindungi individu yang disuntik supaya terhindar daripada jangkitan wabak tersebut.
Dalam pada itu mengulas mengenai status halal vaksin, beliau berkata, tiada perkara yang perlu dibimbangkan oleh rakyat kerana sebagai sebuah negara Islam, KKM sangat tegas dalam isu penggunaan porcine atau babi dalam vaksin.

Katanya, KKM telah menapis kandungan dalam vaksin dan memastikan ia tidak mengandungi sebarang bahan yang meragukan.
Kelmarin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Malaysia akan mendapat bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat Pfizer yang berpangkalan di Amerika Syarikat bagi menampung imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,579
Reaction score
11,797
Points
1,906
KKM akan pastikan kualiti vaksin Covid-19 ikut WHO

November 29, 2020 8:48 AM

DR-NOOR-HISHAM-ABDULLAH-HEALTH-DIRECTOR-GENERAL-FMT-210320-8.jpg

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata vaksin itu perlu mempunyai bukti pematuhan kepada Amalan Pengilangan Baik (APB).

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memastikan vaksin Covid-19 yang lulus didaftar dan dipasarkan di Malaysia selamat, berkualiti dan mempunyai keberkesanan optimum mengikut keperluan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dokumen garis panduan diterbitkan WHO iaitu “WHO Target Product Profiles for Covid-19 Vaccines” pada April lepas merangkumi aspek keberkesanan, keselamatan dan kualiti.

Beliau berkata, berdasarkan garis panduan itu, vaksin tersebut haruslah menunjukkan tahap keberkesanan minimum dalam ujian klinikal sebanyak 50% anggaran mata keberkesanan vaksin (VE) namun anggaran mata sebanyak 70% amat digalakkan.


“Vaksin tersebut seharusnya menjana antibodi yang dapat kekal dalam badan seseorang untuk sekurang-kurangnya tempoh enam bulan namun VE adalah titik akhir dalam kajian klinikal fasa tiga.



“Buat masa ini, belum ada keputusan kajian klinikal fasa tiga diterbitkan bagi vaksin Covid-19 yang boleh dinilai oleh NPRA KKM. Justeru, maklumat VE bagi setiap calon vaksin belum dapat dipastikan,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook.

Bagi aspek keselamatan, Noor Hisham berkata vaksin itu harus memiliki profil keselamatan yang mencukupi supaya faedah diperoleh melebihi risiko (analisis nisbah faedah-risiko).
Katanya, vaksin tersebut perlu mempunyai kesan advers yang ringan dan bersifat sementara serta tiada kesan advers serius yang dilaporkan.
Dari segi kualiti, beliau berkata ia perlu mempunyai bukti pematuhan kepada Amalan Pengilangan Baik (APB).

“Data perkilangan perlu menunjukkan semua sumber bahan yang digunakan dalam proses perkilangan adalah dikawal secukupnya mengikut piawaian antarabangsa misalnya sejarah dan kelayakan bank sel, bank virus serta pengenalpastian semua bahan berasal daripada haiwan yang digunakan bagi kultur sel dan pertumbuhan virus.

“Data proses perkilangan yang perlu dikemukakan termasuk parameter proses kritikal, atribut kualiti kritikal (contohnya ketulenan, identiti dan kepotenan vaksin) dan rekod kumpulan, selain spesifikasi bagi bahan ubat dan produk ubat perlu dikemukakan,” katanya.



Beliau berkata, data lain seperti proses perkilangan yang konsisten termasuk dokumen protokol, proses validasi dan laporan kajian diperlukan malah data stabiliti yang menyokong jangka luput vaksin dan suhu optimum juga penting agar dapat menjamin kualiti vaksin jika digunakan dalam lingkungan suhu yang disyorkan.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register