Covid-19 Adun DAP persoal ketelusan isu vaksin Covid-19

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,104
Reaction score
11,689
Points
1,906
#KafeAhad #covid19 Ada pihak mengatakan Malaysia lambat menerima bekalan vaksin berbanding negara rantau Asia Tenggara lain.
https://www.hmetro.com.my/.../selepas-disuntik-mereka...

'Selepas disuntik, mereka bukannya kebal'


FOTO HIASAN

FOTO HIASAN

Malaysia akan terima vaksin Covid-19 penghujung Februari ini dan ia membabitkan tiga fasa pengagihan.

Fasa pertama untuk petugas barisan hadapan, kedua untuk kumpulan berisiko tinggi dan fasa terakhir bagi orang awam berumur 18 tahun ke atas.
Putuskan rantai penularan Covid-19 dan hidup kembali normal. Adakah ia semudah itu?


Ikuti wawancara Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia DATUK DR ZAINAL ARIFFIN OMAR dengan wartawan MUHAMMAD SAUFI HASSAN bagi mengulas isu ini.

Ada pihak mengatakan Malaysia lambat menerima bekalan vaksin berbanding negara rantau Asia Tenggara lain?
Ini kenyataan yang tidak betul. Di Asia Tenggara, hanya Singapura dan Indonesia saja yang baru mendapatkan bekalan dan negara ketiga adalah Malaysia.

Pertama, Indonesia mendapat bekalan awal kerana republik terbabit bersetuju untuk dijadikan negara kajian vaksin yang dibuat oleh China.
Secara logiknya, jika mereka sudah menjadi negara ujian, pastinya mereka akan mendapat bekalan dahulu.

Keduanya ialah Singapura. Singapura mempunyai dana kewangan yang besar dan mereka sudah membuat tempahan lebih awal untuk perbekalan vaksin dan ini membabitkan urus niaga.

Malaysia pula menjadi negara ketiga dan akan memperoleh vaksin Februari ini, saya fikir kita tidak lambat dan masih negara yang terawal.

Hidup kembali normal seperti sebelum era Covid-19 selepas disuntik vaksin?
Vaksin bukan 'tiket pelepasan' untuk pandemik Covid-19 sebaliknya ia sekadar membantu seseorang itu supaya tahap kritikal jangkitan itu berkurang.
Untuk kembali kepada kehidupan normal sebelum munculnya Covid-19 ini, saya kira kita perlukan 12 hingga 24 bulan sebelum kehidupan kita kembali kepada normal.
Ia memang memakan tempoh yang lama kerana selepas seseorang itu disuntik vaksin, mereka bukannya kebal
daripada virus itu sebaliknya mengurangkan tahap kritikal jangkitan saja.
Memang ada kemungkinan mereka akan dijangkiti semula, tetapi tahap serius jangkitan itu akan menurun.

Golongan ini ada dua kelompok. Satu yang memang hardcore anti vaksin, golongan ini kita tidak perlu buang masa memberi penerangan kerana mereka sudah mempunyai konsep pemikiran yang menolak.

Satu lagi kumpulan, mereka tidak tolak sebaliknya mahu mendapatkan maklumat jelas berhubung vaksin seperti mungkin kesan sampingannya, keberkesanannya dan mungkin mencari vaksin yang dikatakan halal.

Kelompok ini kita label sebagai kumpulan atas pagar yang mahu maklumat menyeluruh sebelum menerima vaksin.

Cuma kita harap agensi berkaitan dapat mengambil tindakan terhadap golongan anti vaksin yang sengaja menyebarkan fitnah.

Jika mereka datang untuk bertanya, tiada masalah, tetapi yang mencetuskan panik adalah, mereka mereka-reka cerita serta memfitnah, ini perlu diambil tindakan.


Adakah keperluan kita mewujudkan makmal pembangunan vaksin sendiri?
Ya, perkara ini menjadi satu kelebihan jika kita ada.

Mungkin makmal ini bukan untuk Covid-19 saja kerana kita tidak tahu apa yang bakal mendatang kelak.

Jadi, jika kita ada makmal pembangunan sendiri, ia satu kelebihan dan kita boleh hasilkan vaksin mengikut kaedah yang kita rasa terbaik.

Namun, mempunyai makmal kajian pembangunan ini memerlukan dana yang besar. Ini kerana proses kajian itu sendiri menelan belanja besar, tetapi ia berbaloi untuk kepakaran tempatan.


Peratus paling selamat untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam pengagihan vaksin dalam kalangan rakyat?
Jika kita mampu memberi vaksin kepada 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia, itu sudah cukup baik dan sememangnya ia ada dalam program vaksin yang sedang dirancang oleh kerajaan serta agensi berkaitan.

Kita memang tidak akan dapat mencapai 100 peratus vaksin memandangkan kita perlu singkirkan beberapa kategori, antaranya penduduk negara berumur 18 tahun ke bawah, memang tidak akan diberi vaksin.

Kita juga bersandarkan kepada fakta Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa 70 peratus sudah memadai untuk memutuskan rantaian serta mengurangkan risiko jangkitan pandemik ini.
Jika kita boleh capai peratusan melebihi 80, ia sudah amat baik untuk negara serta penduduk.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 7:00 AM


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,104
Reaction score
11,689
Points
1,906
Perlu periksa kesihatan penerima terlebih dulu...


vaksin-norway.jpg
WARGA emas 67 tahun, Svein Andersen menjadi individu pertama di Norway menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Oslo pada 27 Disember 2020. – AFP
23 mati selepas terima suntikan vaksin Covid-19
  • Oleh KOSMO!
  • 17 Januari 2021, 11:09 am



OSLO, NORWAY – Seramai 23 warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas beberapa hari disuntik vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Norway baru-baru ini, lapor akhbar Daily Star.

Jumlah itu termasuk 13 kematian yang dilaporkan berkait ‘kesan sampingan’ selepas menerima suntikan vaksin.

Ketua Doktor Agensi Perubatan Norway, Sigurd Hortemo berkata, tindak balas biasa termasuk rasa mual dan demam itu ‘mungkin menyumbang kepada punca kematian membabitkan beberapa individu dalam golongan itu’.

Semua 13 pesakit yang mengalami kesan sampingan itu adalah pesakit di rumah-rumah penjagaan dan berumur sekurang-kurangnya 80 tahun.

Pegawai-pegawai perubatan tidak menunjukkan kebimbangan tetapi sedang menyelaras garis panduan berkait siapa seharusnya menerima vaksin itu.

Pengarah perubatan agensi itu, Steinar Madsen menyatakan: “Ia jelas menunjukkan vaksin ini ada risiko amat rendah kecuali kepada pesakit yang berada dalam keadaan sangat lemah.

“Doktor dinasihati agar membuat pertimbangan teliti siapa yang harus diberi vaksin. Individu yang berada dalam keadaan lemah boleh diberi vaksin selepas menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Jurucakap firma farmaseutikal Pfizer berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sedang bekerjasama dengan Agensi Perubatan Norway untuk mengumpulkan maklumat.

“Pihak berkuasa Norway mengutamakan pemberian vaksin kepada penghuni rumah perlindungan orang tua dengan kebanyakan mereka sudah tua dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu baik.

“Agensi Perubatan Norway sudah mengesahkan angka kematian itu bukannya begitu membimbangkan dan sesuatu yang dijangka,” katanya.

Agensi Perubatan Norway melaporkan 29 penerima vaksin mengalami kesan sampingan, termasuk 13 yang meninggal dunia.

Selain mereka yang meninggal dunia, sembilan pesakit mengalami kesan sampingan serius seperti alergi, ketidakselesaan dan demam kuat. Seramai tujuh lagi mengalami kesan sederhana seperti sakit di tempat disuntik.

Lebih 30,000 rakyat Norway telah menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech sejak sejak bulan lalu, menurut data rasmi kerajaan. – Agensi


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,104
Reaction score
11,689
Points
1,906
Sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura telah menjadi antara penerima suntikan vaksin Pfizer BioN Tech di negara tersebut.
Mereka yang telah menerima suntikan vaksin tersebut, kebanyakkan bekerja dalam sektor yang diberikan keutamaan untuk menerima vaksin, di republik itu.

Vaksinasi COVID-19: Warga Malaysia di Singapura antara terima suntikan
133248dc30d5522a451c739b7d69ff4c6003c6986cf23.jpg




17/01/2021 01:09 PM

Oleh Massita Ahmad
SINGAPURA, 17 Jan -- Sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura telah menjadi antara penerima suntikan vaksin Pfizer BioN Tech di negara tersebut.
Mereka yang telah menerima suntikan vaksin tersebut, kebanyakkan bekerja dalam sektor yang diberikan keutamaan untuk menerima vaksin, di republik itu.


Sebahagian daripada mereka telahpun berkongsikan pengalaman mereka menerima suntikan di laman Facebook Malaysian-Singapore Border Crossers, yang kini mempunyai hampir 82,000 ahli.
Imra Astata Ibrahim yang bekerja dalam sektor marin berkata, beliau menerima suntikan vaksinnya yang pertama pada 13 Jan dan akan menerima suntikan kedua selepas 21 hari.
Ketika dihubungi Bernama, Imra Astata, 40, yang menyewa di Jurong West di sini berkata, beliau tidak teragak-agak untuk menerima suntikan vaksin tersebut bersama 10 lagi rakan dari Malaysia.

Malah, bapa kepada tiga cahaya mata itu berpandangan yang dengan mengambil suntikan tersebut, keadaan akan menjadi lebih mudah untuknya berulang-alik ke Johor seperti sebelum ini.
“Siapa tahu, mungkin akan ada satu persefahaman antara kedua negara, bagi memudahkan pergerakan untuk pekerja yang telah menerima vaksin ini,” katanya.

Imra Astata telah kembali ke republik itu untuk bekerja pada 24 Sept 2020, selepas langkah-langkah memperketatkan pergerakan antara kedua-dua sempadan negara itu diperkenalkan pada Mac tahun lepas, bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Ketika ditanya jika terdapat sebarang kesan sampingan selepas penerimaan vaksin tersebut, Imra Astata berkata, sebelum menerima suntikan itu, beliau dan rakan-rakannya telah dimaklumkan mengenai kemungkinan adanya kesan sampingan.

“Setakat ini, saya dan rakan-rakan masih sihat selepas mengambil suntikan. Hanya pada hari menerima suntikan, saya rasa sedikit kebas dan sakit di tempat suntikan,” kata Astata yang berasal dari Johor.

Kerajaan Singapura telah memperuntukkan semua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang di negara itu, untuk menerima vaksin sebelum akhir 2021, jika tiada gangguan yang tidak terjangka dalam penghantaran vaksin tersebut.

Singapura menerima penghantaran pertama vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 pada 21 Dis tahun lepas.

Bagi memastikan ketersediaan vaksin dan membolehkan Singapura mencapai kadar yang lebih tinggi pemberian vaksin kepada penduduk republik itu, vaksin tersebut akan diberikan secara percuma.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura sehingga 12 Jan 2021, lebih daripada 6,200 individu telah menerima dos pertama vaksin mereka di negara itu.

Menurut MOH, jumlah itu dijangka akan meningkat dengan banyak dalam minggu yang akan datang, apabila mereka mempertingkatkan lagi operasi pemberian vaksin mereka.

Sejajar dengan saranan daripada Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 untuk mengutamakan vaksinasi kepada kumpulan yang paling berisiko, Singapura telah memulakan aktiviti vaksinasi kepada petugas bidang kesihatan secara progresif bermula 30 Dis 2020.
-- BERNAMA


 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,342
Reaction score
178
Points
33
Ada sudah dapat vaksin

FOTO HIASAN


Singapura: Sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sudah menjadi antara penerima suntikan vaksin Pfizer BioN Tech di negara terbabit.

Mereka yang sudah menerima suntikan vaksin itu, kebanyakkan bekerja dalam sektor yang diberikan keutamaan untuk menerima vaksin di republik berkenaan.

Sebahagian daripada mereka sudahpun berkongsikan pengalaman mereka menerima suntikan di laman Facebook Malaysian-Singapore Border Crossers, yang kini mempunyai hampir 82,000 ahli.

Imra Astata Ibrahim yang bekerja dalam sektor marin berkata, beliau menerima suntikan vaksinnya yang pertama pada 13 Jan dan akan menerima suntikan kedua selepas 21 hari.

Beliau yang berusia 40 tahun menyewa di Jurong West di sini, berkata, dia tidak teragak-agak menerima suntikan vaksin terbabit bersama 10 lagi rakan dari Malaysia.

Malah, bapa kepada tiga cahaya mata itu berpandangan yang dengan mengambil suntikan terbabit, keadaan akan menjadi lebih mudah untuknya berulang-alik ke Johor seperti sebelum ini.

"Siapa tahu, mungkin akan ada satu persefahaman antara kedua negara, bagi memudahkan pergerakan untuk pekerja yang sudah menerima vaksin ini," katanya.

Imra Astata sudah kembali ke republik itu untuk bekerja pada 24 Sept 2020, selepas langkah memperketatkan pergerakan antara kedua-dua sempadan negara itu diperkenalkan pada Mac tahun lalu, bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Ketika ditanya jika terdapat sebarang kesan sampingan selepas penerimaan vaksin itu, Imra Astata berkata, sebelum menerima suntikan itu, beliau dan rakan-rakannya sudah dimaklumkan mengenai kemungkinan adanya kesan sampingan.

"Setakat ini, saya dan rakan-rakan masih sihat selepas mengambil suntikan. Hanya pada hari menerima suntikan, saya rasa sedikit kebas dan sakit di tempat suntikan," kata Imra Astata yang berasal dari Johor.

Kerajaan Singapura memperuntukkan semua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang di negara itu, untuk menerima vaksin sebelum akhir 2021, jika tiada gangguan yang tidak terjangka dalam penghantaran vaksin terbabit.

Singapura menerima penghantaran pertama vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 pada 21 Disember tahun lalu.

Bagi memastikan ketersediaan vaksin dan membolehkan Singapura mencapai kadar yang lebih tinggi pemberian vaksin kepada penduduk republik itu, vaksin akan diberikan secara percuma.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura sehingga 12 Jan 2021, lebih daripada 6,200 individu menerima dos pertama vaksin mereka di negara itu.

Menurut MOH, jumlah itu dijangka akan meningkat dengan banyak dalam minggu yang akan datang, apabila mereka mempertingkatkan lagi operasi pemberian vaksin mereka.

Sejajar dengan saranan daripada Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 untuk mengutamakan vaksinasi kepada kumpulan yang paling berisiko, Singapura sudah memulakan aktiviti vaksinasi kepada petugas bidang kesihatan secara progresif bermula 30 Dis 2020.


== hmetro
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,104
Reaction score
11,689
Points
1,906
Be accountable and disclose the full details of the vaccine delivery programme to the public.

1610951868490.png


ADUN SPEAKS | Khairy, where is the vaccination plan?
Gooi Hsiao Leung
Published 18 Jan 2021, 1:44 pm

Modified 2:23 pm



ADUN SPEAKS | Yesterday, we read in the news about Malaysians working in Singapore receiving their Covid-19 vaccination shots.
Singapore started vaccinating its citizens on Dec 30, 2020 and President Jodo Widodo kicked off Indonesia’s mass vaccination drive on Jan 13, 2021 with a plan to vaccinate 181.5 million of its people by March next year.
Malaysians instead are left wondering when it will be their turn to be vaccinated. We are still waiting for the government to unveil the country’s vaccination plan.
Science, Technology and Innovation Minister Khairy Jamaluddin in December said that the government’s Covid-19 Vaccine Supplies Access Guarantee Special Committee (JKJAV) which he co-chairs, will table the country’s national vaccination programme to the cabinet in early January 2021.

It’s already Jan 18 and we still have not got any government feedback on it.
Very soon next month, we are expecting to receive the first batch of one million doses of the Pfizer-BioNTech Covid-19 vaccine.
And yet, to this date, no details have been announced by the government as to how the vaccination will be carried out, how many people will be inoculated from this first batch of vaccine, when the vaccination will start, or how those people who wish to be vaccinated can register with the government to receive the vaccine.

9a57fe38a0986631a2139f0664b8acf4.jpg



Khairy previously also stated that based on the government’s timeline, those aged 60 and below, who are healthy and not frontliners, can only expect to receive the vaccine, at the earliest, in the third quarter of this year, and further, according to the minister, Malaysia’s vaccination plan will take up to 18 months to complete - which is just preposterous.
The plan to vaccinate 26.5 million Malaysians over 18 months is a far cry from Indonesia’s plan to vaccinate 181.5 million people by March of next year, or that of the UK’s plan to vaccinate all of its adult population by mid-July of this year.

So far, the UK has already vaccinated more than 3.5 million people and is on track to vaccinate everyone in the most vulnerable group, which is 15 million people, by the middle of next month.

In this grave moment when we are faced with soaring infection rates and with our public health system at breaking point, it is critical for the government to be able to rapidly and efficiently roll out and deploy vaccination for everyone who requires it in the shortest period possible.
In view that we will be receiving the first batch of the Pfizer vaccine in just a matter of weeks, it is of utmost national urgency for the government to come out with the national vaccination programme without any further delays, and to be accountable with full details of the vaccine delivery programme to be disclosed to the public.

GOOI HSIAO LEUNG is the PKR assemblyperson for Bukit Tengah and former Alor Setar MP.


 

ilhamjabil

Super Active Member
Joined
Jul 27, 2008
Messages
6,862
Reaction score
1,529
Points
141
Vaksin yang Malaysia beli sama dengan Singapore...Kalau orang Singapore sihat ..adakah kita pon setuju guna?..Subhanallah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,104
Reaction score
11,689
Points
1,906
Menteri besar Amirudin Shari berkata hasrat itu disambut baik oleh kerajaan persekutuan dan KKM.

1610963915598.png


Selangor berhasrat beli 5 juta dos vaksin Covid-19
Bernama
Diterbitkan 18 Jan 2021, 5:11 pm




Kerajaan Negeri Selangor berhasrat membeli kira-kira lima juta dos vaksin COVID-19 bagi rakyat negeri itu dan usaha itu disambut baik oleh Kerajaan Persekutuan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata hasrat kerajaan negeri itu dilihat sedikit sebanyak dapat meringankan beban Kerajaan Persekutuan dalam urusan pembelian vaksin.

“Semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (Darurat), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sedar dengan hasrat Selangor ini dan ia disambut baik Kerajaan Persekutuan kerana beban mereka (membeli vaksin) akan berkurangan.

“Setakat ini, hanya Selangor dan Sarawak berhasrat membeli vaksin untuk rakyat negeri masing-masing,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.
Beliau akan mengumumkan perkembangan terbaharu berhubung pembelian vaksin itu dalam masa terdekat kerana ia memerlukan pengesahan pihak KKM.

Katanya Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan menerusi Pelan Imunisasi Negara bagi mengelak berlaku pertindihan dalam usaha menangani virus itu selain memastikan semua golongan sasar terutama pekerja mendapat vaksin kerana mereka memainkan peranan penting dalam memacu kembali ekonomi pasca COVID-19.
- Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,104
Reaction score
11,689
Points
1,906
Vaksin COVID-19: Kematian warga emas di Norway disebabkan faktor semula jadi - Pakar Kesihatan Awam
Astro Awani
Januari 19, 2021 18:17 MYT
Vaksin COVID-19: Kematian warga emas di Norway disebabkan faktor semula jadi - Pakar Kesihatan  Awam

Dr Malina Osman berkata, perincian lanjut perlu diteliti KKM supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan yang menyakinkan mengenai vaksin. - Gambar hiasan/REUTERS

KUALA LUMPUR : Penelitian dokumen ke atas 29 pesakit COVID-19 yang dilaporkan meninggal dunia beberapa hari selepas menerima vaksin Pfizer-Biontech di Norway mendapati kebanyakan daripada kematian itu disebabkan keadaan semula jadi yang melibatkan faktor usia dan tindak balas sistem imun mereka.
Pakar Perubatan Kesihatan Aiwam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman bagaimanapun berkata, perincian lanjut perlu diteliti supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan yang menyakinkan mengenai apa yang berlaku di negara itu.

"Kes di Norway itu melibatkan warga emas dan pesakit kronik. Pun begitu saya berpendapat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan yang tepat untuk melihat data-data itu secara terperinci.
"Kita mengharapkan laporan tersebut mengatakan ia selamat dan boleh diguna pakai di Malaysia," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Selasa.

Akhbar tempatan Norway baru-baru ini melaporkan, 29 warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin terbabit.
Jumlah kematian itu termasuk mereka yang mendapat kesan sampingan.




Meskipun begitu, Ketua Doktor Agensi Perubatan Norway, Sigurd Hortemo berkata, tindak balas biasa termasuk rasa mual dan demam itu mungkin menyumbang kepada punca kematian membabitkan beberapa individu dalam golongan tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, melihat pada peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan ahli politik, Malina mengesyorkan semua sidang media dan aktiviti sosial diadakan secara dalam talian.
Bagaimanapun kata beliau, kadar kebolehjangkitan masyarakat umum adalah lebih tinggi berbanding ahli politik.

Tambahnya, adalah tidak sesuai untuk meletakkan sebarang tanggapan terhadap mereka.

"Dalam konteks ini sekarang, kita mendoakan mereka sembuh secepat mungkin.
"Jadi buat masa ini, semua perjumpaan sosial politik dan sidang media boleh dilakuan secara dalam talian," katanya lagi.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register