Covid-19 Adun DAP persoal ketelusan isu vaksin Covid-19

CG Sponsors

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
1610350799318.png

K'jaan akan dapatkan tambahan 12.2 juta dos vaksin dari Pfizer
Diterbitkan 11 Jan 2021, 12:44 pm

Dikemaskini 1:29 pm

Kerajaan setuju untuk mendapatkan 12.2 juta lagi bekalan vaksin Pfizer-BioNTech selepas Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menandatangani perjanjian dengan Pfizer Malaysia hari ini.
Perjanjian bagi mengeluarkan dan membekalkan vaksin Covid-19 itu lanjutan kepada perjanjian awal bagi menetapkan terma, yang ditandatangani pada 24 Nov lalu.

Dengan tambahan 12.2 juta dos, Malaysia kini memiliki 25 juta dos vaksin yang akan mampu diberikan kepada 39 peratus rakyat Malaysia pada tahun ini.
Sementara itu, perjanjian hari ini juga melibatkan pemerolehan 12,799,800 dos awal yang akan dihantar bermula akhir Feb ini.

Bekalan itu akan dapat diberikan kepada 20 peratus warga dengan dua dos seorang, kata Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini.
Perjanjian dimeterai secara telesidang antara Adham dengan Pengurus Negara Pfizer (Malaysia dan Brunei) Luksanawan Thangpaibool.

Pada 8 Jan lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengumumkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah membri lampu hijau terhadap vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.
Walaupun kerajaan masih mendapatkan beberapa maklumat tambahan daripada Pfizer, kata Khairy, kelulusan itu bermakna vaksin tersebut boleh digunakan di Malaysia.

Selain daripada Pfizer, kerajaan juga sedang mendapatkan vaksin Covid-19 daripada AstraZeneca, selain dalam proses memuktamadkan perbincangan dengan pengeluar lain, seperti Sinovac, CanSino Biologics dan Gamaleya Centre.

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun, perkara itu akan dibincangkan dengan kerajaan Persekutuan dan dibawa pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dijadualkan pada Rabu ini.
https://www.utusan.com.my/.../covid-19-selangor-rancang.../

Covid-19: Selangor rancang beli 3 hingga 5 juta dos vaksin
WhatsApp-Image-2021-01-11-at-3.53.36-PM.jpeg

AMIRUDIN (tengah) ketika merasmikan Majlis Perasmian Dataran Patriotik Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Selangor hari ini.

  • 11 Januari 2021, 4:23 pm

SABAK BERNAM: Kerajaan negeri Selangor merancang membeli kira-kira tiga hingga lima juta dos vaksin Covid-19 sebagai tindakan mengawal penularan virus dan memutuskan rangkaian jangkitan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun, perkara itu akan dibincangkan dengan kerajaan Persekutuan dan dibawa pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dijadualkan pada Rabu ini.

“Langkah tersebut bagi memastikan kesihatan rakyat negeri ini terus terjamin di samping memastikan bekalan vaksin Covid-19 mencukupi.

“Selangor perlu membeli vaksin ini kerana keperluannya kepada rakyat dan juga kepada pekerja asing kerana industri di negeri memerlukannya. Setakat ini, vaksin Covid-19 disediakan kepada warganegara dan pekerja asing mereka perlu membeli vaksin tersebut.

“Segala kos juga akan dibincangkan kerana perkara ini memerlukan peruntukan tinggi selain melihat kepada keperluan tahunan demi kesihatan rakyat dan industri,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perasmian Dataran Patriotik Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam di sini hari ini.

Berhubung Selangor merekodkan kes harian tertinggi, Amirudin berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negeri pada minggu lalu.

Menurutnya, beberapa perancangan dan pelan tertentu masih dalam tindakan, namun sebahagiannya perlu mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Setakat ini, kita akan cuba membantu MKN kerana suasana kini berbeza memandangkan Selangor dan beberapa negeri mencatatkan kes tertinggi terutama membabitkan pekerja kilang dalam kalangan warga asing yang telah menjalani saringan.

“Jika sebelum inim mereka tidak disaring, namun apabila Selangor antara negeri mewajibkan pekerja asing disaring, akhirnya kita mendapat kes tinggi.
“Kita akui penularan kes positif Covid-19 juga merebak dalam kalangan institusi kerajaan. Oleh demikian, kita harus menyusun semula strategi supaya sistem kesihatan mampu menampung dan mengawal jangkitan ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
#BHnasional Pakar perubatan keluarga tegaskan kajian klinikal vaksin #COVID19 dilakukan hanya selepas kejayaan uji kaji praklinikal terhadap haiwan, tolak dakwaan kumpulan antivaksin
https://bit.ly/3shxhcw

Kajian klinikal vaksin COVID-19 bukan uji kaji tikus makmal

Januari 12, 2021 @ 11:27am

adiajha_1610422039.jpg
Gambar hiasan. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Tuduhan kumpulan antivaksin menyamakan Kajian Klinikal Fasa Tiga vaksin COVID-19 membabitkan 3,000 sukarelawan dengan uji kaji tikus makmal menunjukkan golongan itu tidak mempunyai ilmu perubatan.

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah, berkata tiga fasa kajian klinikal dilakukan kepada manusia berbeza sama sekali dengan uji kaji praklinikal terhadap haiwan dan menggunakan metodologi berbeza.
Beliau berkata, uji kaji praklinikal haiwan akan menggunakan sel hidup yang terdapat di atas cakera pateri makmal atau menggunakan haiwan termasuk tikus, kuda atau kambing.

Katanya, pada peringkat ini, ubat atau vaksin yang ingin diuji akan diberikan kepada haiwan didedahkan kepada penyakit seperti kanser atau jangkitan kuman secara terus mengikut etika ketat dan melepasi piawaian antarabangsa.

"Tiga perkara penting perlu dilihat daripada kejayaan ujian terhadap tikus makmal termasuk keberkesanan sesuatu ubat atau vaksin, dos dan kaedah pemberian sesuai; keselamatan ubat terbabit serta tahap kesan sampingan dan kualiti penyediaan ubat atau vaksin diuji.

"Jika kajian terhadap haiwan melepasi tahap keselamatan keberkesanan dan kualiti barulah kajian klinikal akan dilakukan ke atas manusia. Kajian terhadap manusia sama sekali tidak akan diteruskan jika membahayakan haiwan itu," katanya dalam kenyataan kepada BH, di sini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusan khas mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengumumkan negara akan menjalankan Kajian Klinikal Fasa Tiga vaksin COVID-19 bermula 21 Januari ini di sembilan hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah kelolaan Pusat Kajian Klinikal (CRC).

Suhazeli berkata, kajian fasa klinikal kepada manusia sangat berbeza dengan fasa praklinikal itu, mempunyai kriteria pemilihan sangat ketat dan perlu membuktikan keberkesanan, keselamatan dan kualiti vaksin diuji.

Katanya, jika ujian Fasa 1 membabitkan kurang 50 sampel berjaya dan lulus, barulah kajian beralih ke Fasa 2 (antara 300 hingga 500 sampel) dan Fasa 3 (ribuan individu).
Menurut Suhazeli, tiga fasa klinikal ini berbeza dengan ujian terhadap tikus makmal yang akan didedahkan dengan penyakit secara langsung.

Manusia, katanya, hidup dalam masyarakat seperti biasa dan tentu mempunyai risiko tertentu justeru tidak bermakna sampel kajian diberikan vaksin COVID-19 boleh lepas bebas dengan pesakit positif semata-mata ingin menguji keberkesanannya.

"Selepas berjaya, barulah ubat atau vaksin dipasarkan. Kajian pemasaran dan pemantauan tetap diteruskan termasuk ketika sudah berada di pasaran.

"Jika berlaku kesan serius mungkin tidak diperoleh dalam jangka ditetapkan semasa tempoh klinikal sebelum ini, vaksin akan ditarik balik dan diberhentikan pengeluarannya dengan kerajaan amat teliti dalam isu seperti ini.

"Panel pengkaji dan penilai dalam kajian ini membabitkan pakar dan berautoriti dalam menilai ubat-ubatan termasuk vaksin yang akan diberikan kepada masyarakat. Mereka bukannya merujuk Google dan YouTube secara semberono tanpa mengetahui konteks sebenar," katanya.

Beliau berkata, lebih 1,700 jenis ubat terdapat dalam senarai ubat-ubatan KKM semuanya wajib melepasi fasa praklinikal dan klinikal ini termasuk ubatan seperti panadol," katanya.

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,482
Reaction score
11,965
Points
2,376
#BHnasional Pakar perubatan keluarga tegaskan kajian klinikal vaksin #COVID19 dilakukan hanya selepas kejayaan uji kaji praklinikal terhadap haiwan, tolak dakwaan kumpulan antivaksin
https://bit.ly/3shxhcw

Kajian klinikal vaksin COVID-19 bukan uji kaji tikus makmal

Januari 12, 2021 @ 11:27am

View attachment 329843Gambar hiasan. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Tuduhan kumpulan antivaksin menyamakan Kajian Klinikal Fasa Tiga vaksin COVID-19 membabitkan 3,000 sukarelawan dengan uji kaji tikus makmal menunjukkan golongan itu tidak mempunyai ilmu perubatan.

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah, berkata tiga fasa kajian klinikal dilakukan kepada manusia berbeza sama sekali dengan uji kaji praklinikal terhadap haiwan dan menggunakan metodologi berbeza.
Beliau berkata, uji kaji praklinikal haiwan akan menggunakan sel hidup yang terdapat di atas cakera pateri makmal atau menggunakan haiwan termasuk tikus, kuda atau kambing.

Katanya, pada peringkat ini, ubat atau vaksin yang ingin diuji akan diberikan kepada haiwan didedahkan kepada penyakit seperti kanser atau jangkitan kuman secara terus mengikut etika ketat dan melepasi piawaian antarabangsa.

"Tiga perkara penting perlu dilihat daripada kejayaan ujian terhadap tikus makmal termasuk keberkesanan sesuatu ubat atau vaksin, dos dan kaedah pemberian sesuai; keselamatan ubat terbabit serta tahap kesan sampingan dan kualiti penyediaan ubat atau vaksin diuji.

"Jika kajian terhadap haiwan melepasi tahap keselamatan keberkesanan dan kualiti barulah kajian klinikal akan dilakukan ke atas manusia. Kajian terhadap manusia sama sekali tidak akan diteruskan jika membahayakan haiwan itu," katanya dalam kenyataan kepada BH, di sini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusan khas mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengumumkan negara akan menjalankan Kajian Klinikal Fasa Tiga vaksin COVID-19 bermula 21 Januari ini di sembilan hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah kelolaan Pusat Kajian Klinikal (CRC).

Suhazeli berkata, kajian fasa klinikal kepada manusia sangat berbeza dengan fasa praklinikal itu, mempunyai kriteria pemilihan sangat ketat dan perlu membuktikan keberkesanan, keselamatan dan kualiti vaksin diuji.

Katanya, jika ujian Fasa 1 membabitkan kurang 50 sampel berjaya dan lulus, barulah kajian beralih ke Fasa 2 (antara 300 hingga 500 sampel) dan Fasa 3 (ribuan individu).
Menurut Suhazeli, tiga fasa klinikal ini berbeza dengan ujian terhadap tikus makmal yang akan didedahkan dengan penyakit secara langsung.

Manusia, katanya, hidup dalam masyarakat seperti biasa dan tentu mempunyai risiko tertentu justeru tidak bermakna sampel kajian diberikan vaksin COVID-19 boleh lepas bebas dengan pesakit positif semata-mata ingin menguji keberkesanannya.

"Selepas berjaya, barulah ubat atau vaksin dipasarkan. Kajian pemasaran dan pemantauan tetap diteruskan termasuk ketika sudah berada di pasaran.

"Jika berlaku kesan serius mungkin tidak diperoleh dalam jangka ditetapkan semasa tempoh klinikal sebelum ini, vaksin akan ditarik balik dan diberhentikan pengeluarannya dengan kerajaan amat teliti dalam isu seperti ini.

"Panel pengkaji dan penilai dalam kajian ini membabitkan pakar dan berautoriti dalam menilai ubat-ubatan termasuk vaksin yang akan diberikan kepada masyarakat. Mereka bukannya merujuk Google dan YouTube secara semberono tanpa mengetahui konteks sebenar," katanya.

Beliau berkata, lebih 1,700 jenis ubat terdapat dalam senarai ubat-ubatan KKM semuanya wajib melepasi fasa praklinikal dan klinikal ini termasuk ubatan seperti panadol," katanya.

Keberkesanan vaksin akan ambil masa lama untuk kita tengok
Sebab kesan nya berbeza untuk setiap individu
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,735
Reaction score
1,413
Points
201
Keberkesanan vaksin akan ambil masa lama untuk kita tengok
Sebab kesan nya berbeza untuk setiap individu
Ade 2

Yg sakit diberi vax..

Yg tak sakit diberi vax.. yg ni yg penting tuk kawal penularan
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,482
Reaction score
11,965
Points
2,376
Ade 2

Yg sakit diberi vax..

Yg tak sakit diberi vax.. yg ni yg penting tuk kawal penularan
Ye bang
Kat sini kita boleh tengok jugak ada kesan sampingan ke tak nanti
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
#Bisnes #covid19 Pharmaniaga menandatangani perjanjian dengan Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac), syarikat dari China.
https://www.hmetro.com.my/.../pharmaniaga-mula-edarkan...

Pharmaniaga mula edarkan vaksin Covid-19 akhir Mac

DATUK Zulkarnain Md Eusope (duduk depan) menandatangani perjanjian pembekalan vaksin COVID-19 secara pukal dengan Sinovac Life Sciences Co Ltd secara maya di Hotel Royale Chulan di Kuala Kumpur hari ini.

PHARMANIAGA Bhd akan memulakan proses pembotolan vaksin Covid-19 pada akhir bulan depan dan mengedarkannya kepada orang ramai pada akhir Mac.
Syarikat farmaseutikal itu menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS), akan melabur kira-kira RM3 juta bagi menaiktaraf kilang suntikan volum kecil (SVI) bagi membolehkannya menjalankan proses pembotolan atau 'fill and finish' vaksin Covid-19.

Pharmaniaga menandatangani perjanjian dengan Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac), syarikat dari China yang membangunkan vaksin Covid-19, untuk pembekalan 14 juta dos vaksin Covid-19 secara pukal bagi menjalankan proses pembotolan di Malaysia.

Projek pembotolan itu akan dilaksanakan oleh PLS di kilang SVI berteknologi tinggi yang diubah suai.
Bagi mencapai tujuan berkenaan, Pharmaniaga bekerjasama dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), untuk memastikan kilang terbabit akan sentiasa mematuhi syarat kawal selia yang ditetapkan.

Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, PLS yang mempunyai pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan mendapat pengiktirafan Kesatuan Eropah (EU) dikenalpasti oleh kerajaan sebagai kilang yang mempunyai keupayaan untuk melaksana dan mematuhi proses pembuatan vaksin sangat ketat selain memenuhi garis panduan serta standard antarabangsa.

Katanya, Pharmaniaga amat yakin akan dapat melaksanakan tugas itu dengan baik kerana pakar teknikalnya telah berusaha untuk membangunkan kilang vaksin halal yang pertama di dunia sejak 2017.
"Ketika Covid-19 tersebar ke seluruh dunia pada awal tahun lalu, kami segera menyusun atur semula pasukan untuk bekerja dengan rakan-rakan kongsi global kami, termasuk Sinovac dalam aktiviti pembuatan 'fill and finish' serta pemindahan teknologi bagi mempercepatkan lagi proses penyediaan vaksin membasmi wabak ini.

"Kilang ini dijangka mampu membotolkan kira-kira dua juta dos vaksin sebulan sebaik dapat beroperasi sepenuhnya akhir bulan depan selepas kerja naik taraf kilang PLS selesai," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian dengan Sinovac di Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian yang dilangsungkan secara maya itu turut disaksikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2021 @ 2:15 PM

Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Kerajaan membayar kos pengeluaran vaksin COVID-19 yang dibangunkan makmal Sinovac dari China dengan harga lebih rendah, berikutan proses pembotolannya dibuat dalam negara.
#AWANInews #AWANI745 #HapusCOVID19

Kos vaksin Sinovac murah kerana dibotolkan dalam negara - Khairy
Bernama
Januari 12, 2021 17:04 MYT
Kos vaksin Sinovac murah kerana dibotolkan dalam negara - Khairy

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin ketika sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian bekalan vaksin COVID-19 di antara Pharmaniaga dengan syarikat Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac) secara maya hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan membayar kos pengeluaran vaksin COVID-19 yang dibangunkan makmal Sinovac dari China dengan harga lebih rendah, berikutan proses pembotolannya dibuat dalam negara.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan proses pembotolan vaksin itu, yang dijangka sedia untuk diedarkan kepada orang ramai akhir Mac ini.

"Saya nyatakan kos vaksin ini lebih murah susulan ia dibotolkan di sini dan bukannya di China, jika di China kosnya jauh lebih tinggi.

"Pharmaniaga telah diberi tugas untuk proses pembotolan vaksin dan kos itu telah pun dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini, dan mereka telah bersetuju dengan harga yang disebutkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian Bekalan Vaksin COVID-19 Secara Pukal antara Pharmaniaga dengan Sinovac.

Majlis menandatangani perjanjian itu turut disaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Khairy bagaimanapun enggan mendedahkan semua maklumat terperinci mengenai kos perolehan vaksin tersebut kerana terikat dengan perjanjian kerahsiaan dengan syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Katanya, Pharmaniaga telah diberi tanggungjawab dalam proses pembotolan vaksin tersebut kerana syarikat berkenaan mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Khairy berkata kerajaan akan mendapatkan pengiktirafan status halal bagi vaksin keluaran Sinovac, sebelum ia diedarkan.

"Majelis Ulama Indonesia (MUI) juga sebelum ini telah mengiktiraf status halal vaksin ini, dan kita juga akan melakukan perkara yang sama bersama Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
"Kita akan jamin vaksin ini selamat untuk kegunaan umat Islam," katanya.

Terdahulu, pada majlis menandatangani perjanjian itu, Pharmaniaga diwakili Pengarah Urusan Kumpulannya Datuk Zulkarnain Md Eusope, manakala Sinovac diwakili Pengurus Besar Sinovac Life Sciences Co Ltd Gao Qiang.
-- BERNAMA

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Walau bukan yang terawal, Malaysia tidak lembap dalam menerima vaksin, kata menteri sains, teknologi dan inovasi.

1610615387426.png

KJ perjelas kenapa S'pura, Indonesia dapat vaksin dulu
Diterbitkan 14 Jan 2021, 4:56 pm

Dikemaskini 5:00 pm

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata walaupun Malaysia bukan antara negara yang terawal mendapat vaksin Covid-19, itu tidak bermaksud perolehannya lambat.

Khairy berkata Jepun akan mendapatkan vaksin pada akhir Februari - sama seperti Malaysia - walaupun Jepun menandatangani perjanjian pada bulan Julai tahun lalu, empat bulan lebih awal daripada Malaysia.
Korea Selatan, yang menandatangani perjanjian pada bulan Disember 2020, hanya akan mendapat vaksin mereka pada suku ketiga tahun 2021.

Jiran Singapura dan Indonesia, kata Khairy, mempunyai keadaan unik yang memungkinkan mereka melancarkan vaksinasi Covid-19 sebelum Malaysia.
Khairy yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), menjelaskan keadaan unik Singapura dan Indonesia memungkinkan negara jiran itu melancarkan vaksinasi Covid-19 sebelum Malaysia.

Beli harga premium
Dalam kes Singapura, jelas Khairy lagi, negara pulau itu dapat "meletakkan taruhan" pada calon vaksin lebih awal kerana sumbernya yang jauh lebih besar.
"Saya yakin mereka membuat perjanjian pendahuluan pembelian dengan harga premium menjelang penerbitan data percubaan interim," kata Khairy.

Bagi Indonesia, yang melancarkan imunisasi vaksin Sinovac dari China, Khairy menjelaskan republik itu telah melakukan ujian klinikal untuk vaksin tersebut.

Dengan demikian, Indonesia memiliki data klinikal percubaan tersebut, justeru katanya keadaan itu dapat difahami memandangkan Sinovac akan memberi keutamaan kepada negara-negara yang menjalankan ujian klinikal.

e7b6361ba27f88765643679e1cd5849a.jpg

Khairy berkata Malaysia bukan tempat untuk ujian klinikal untuk Sinovac kerana ketika percubaan dijalankan, jumlah kes positif Covid-19 negara masih rendah.

"Begitu juga dengan kadar jangkitan. Oleh itu, Sinovac menolak untuk memasukkan Malaysia dalam program percubaan Tahap III mereka.

"Ujian klinikal memerlukan kadar jangkitan yang tinggi untuk berjaya," katanya.

Oleh itu, Khairy berpendapat Malaysia tidak "lembap" (slow) dalam menerima vaksin.
"Ya, kami bukan antara yang pertama. Banyak negara maju telah menerima vaksin mereka," katanya.

Bagaimanapun, kata Khairy ini kerana mereka telah membayar banyak untuk membuat 'tempahan' awal merebut pasaran bahkan sebelum adanya data keselamatan dan keberkesanan vaksin.

"Tetapi kita pastinya tidak ketinggalan ... Kami membuat keputusan perolehan berdasarkan penilaian data klinikal tanpa perlu membayar premium dan wang pendahuluan yang besar.
"Dan yang paling penting kita dapat belajar daripada imunisasi di negara lain untuk memastikan pelaksanaan kempen vaksinasi kita secara berkesan," katanya.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Suntikan vaksin golongan bawah 60-an dijangka selepas Julai

January 14, 2021 11:59 PM

Pfizer-BioNTech-vaccine-vaksin-covid-ap-812021.jpg

Pekerja barisan hadapan disuntik dulu, diikuti golongan berusia dan berpenyakit kronik. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin boleh menerima vaksin Covid-19 mulai suku tahun ketiga atau sekitar selepas Julai.

“Jika anda dewasa yang sihat berusia bawah 60 tahun dan bukan pekerja barisan hadapan, boleh diandaikan giliran anda akan sampai menjelang Q3 (suku tahun ketiga atau Julai-September) atau selepas itu. Ini sama dengan banyak negara lain,” kata menteri sains Khairy Jamaluddin hari ini.
Khairy berkata, pekerja barisan hadapan dari sektor penjagaan kesihatan dan keselamatan akan diberi vaksin terlebih dulu “diikuti warga emas dan golongan yang mempunyai penyakit kronik. Selepas itu baru kita akan menyuntik masyarakat umum untuk mencapai ambang imuniti kelompok,” katanya di laman webnya.

Menurutnya, Malaysia akan menerima bekalan vaksin Pfizer bulan depan, sejuta dos pada suku pertama dan 1.7 juta, 5.8 juta serta 4.3 juta masing-masing pada suku seterusnya.

‘Malaysia antara paling cepat’ dapat vaksin

Walaupun Singapura dan Indonesia sudah memulakan program vaksin, Khairy berkata jadual suntikan untuk Malaysia masih meletakkan negara ini “antara yang paling cepat” di Asia Pasifik mendapat akses vaksin Covid-19.

Khairy berkata, Jepun memesan vaksin Pfizer pada Julai dan akan menerimanya pada Februari iaitu sekitar masa sama dengan Malaysia,

Korea Selatan pula memesan vaksin Pfizer pada Disember, sebulan selepas Malaysia, dan hanya akan menerimanya pada suku ketiga 2021.

“Bukannya Malaysia lambat menerima vaksin. Ya, kita bukan antara yang pertama… tetapi kita tidaklah ketinggalan,” katanya. “Banyak negara maju sudah menerima vaksin mereka kerana membayar harga tinggi untuk mendapatkannya walaupun sebelum mendapat data mengenai tahap keselamatan dan keberkesanannya.

“Kita membuat keputusan pembelian berdasarkan data klinikal tanpa perlu membayar premium dan pendahuluan tinggi. Dan lebih penting lagi, kita dapat belajar daripada pelaksanaannya di negara lain untuk memastikan keberkesanan kempen vaksin kita.”

Sponsored Post
Top
Log in Register