Covid-19 Adun DAP persoal ketelusan isu vaksin Covid-19

CG Sponsors




lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,459
Reaction score
1,078
Points
151
View attachment 326785

Perjanjian vaksin perlu dilakukan secara terbuka - Dr M


Diterbitkan 31 Dec 2020, 7:40 pm



Perjanjian kerajaan dengan syarikat farmaseutikal bagi mendapatkan vaksin Covid-19 perlu dilakukan secara terbuka, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada wartawan hari ini, bekas perdana menteri itu berkata langkah merahsiakan perjanjian itu tidak boleh diterima, terutama apabila melibatkan sejumlah besar wang rakyat.

"Segala-galanya perlu dilakukan secara terbuka, ini yang telah kita janjikan.

"Ini NDA (Perjanjian Tanpa Pendedahan) tetapi secara rahsia tak boleh diterima.

"Kita perlu tahu segala yang berlaku dalam government apabila wang government banyak digunakan," katanya pada sidang media hari ini.

Sidang media itu diadakan pada majlis Amanat Perjuangan anjuran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Shah Alam hari ini.

Mahathir menjawab pertanyaan media mengenai NDA yang dikenakan oleh syarikat farmasi dalam perjanjian mereka dengan kerajaan di seluruh dunia bagi membekalkan vaksin.

Malaysia memeterai perjanjian dengan tiga syarikat bagi mendapatkan vaksin berkenaan, manakala rundingan dengan tiga lagi syarikat kini dalam peringkat akhir.

Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk tujuan itu, namun enggan mendedahkan syarat-syarat perjanjian dengan orang ramai.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada 23 Dis lalu menyebut NDA menghalangnya untuk mendedahkan harga yang perlu dibayar kerajaan bagi mendapatkan vaksin daripada salah sebuah syarikat.

“Saya nak jadi setelus yang boleh. Saya hendak beritahu rakyat Malaysia bahawa saya gembira dengan harga yang kita dapat dari Pfizer, jika saya boleh bercakap tentang harga itu sekarang.

“Meskipun berdasarkan pendedahan harga vaksin itu kepada EU, saya sudah amat senang dengan harga (yang diperoleh ketika ini) dan itu juga sudah memadai. Saya hampir melanggar perjanjian kerahsiaan (ditandatangani antara Malaysia dan Pfizer)," katanya.

View attachment 326785

Perjanjian vaksin perlu dilakukan secara terbuka - Dr M


Diterbitkan 31 Dec 2020, 7:40 pm



Perjanjian kerajaan dengan syarikat farmaseutikal bagi mendapatkan vaksin Covid-19 perlu dilakukan secara terbuka, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada wartawan hari ini, bekas perdana menteri itu berkata langkah merahsiakan perjanjian itu tidak boleh diterima, terutama apabila melibatkan sejumlah besar wang rakyat.

"Segala-galanya perlu dilakukan secara terbuka, ini yang telah kita janjikan.

"Ini NDA (Perjanjian Tanpa Pendedahan) tetapi secara rahsia tak boleh diterima.

"Kita perlu tahu segala yang berlaku dalam government apabila wang government banyak digunakan," katanya pada sidang media hari ini.

Sidang media itu diadakan pada majlis Amanat Perjuangan anjuran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Shah Alam hari ini.

Mahathir menjawab pertanyaan media mengenai NDA yang dikenakan oleh syarikat farmasi dalam perjanjian mereka dengan kerajaan di seluruh dunia bagi membekalkan vaksin.

Malaysia memeterai perjanjian dengan tiga syarikat bagi mendapatkan vaksin berkenaan, manakala rundingan dengan tiga lagi syarikat kini dalam peringkat akhir.

Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk tujuan itu, namun enggan mendedahkan syarat-syarat perjanjian dengan orang ramai.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada 23 Dis lalu menyebut NDA menghalangnya untuk mendedahkan harga yang perlu dibayar kerajaan bagi mendapatkan vaksin daripada salah sebuah syarikat.

“Saya nak jadi setelus yang boleh. Saya hendak beritahu rakyat Malaysia bahawa saya gembira dengan harga yang kita dapat dari Pfizer, jika saya boleh bercakap tentang harga itu sekarang.

“Meskipun berdasarkan pendedahan harga vaksin itu kepada EU, saya sudah amat senang dengan harga (yang diperoleh ketika ini) dan itu juga sudah memadai. Saya hampir melanggar perjanjian kerahsiaan (ditandatangani antara Malaysia dan Pfizer)," katanya.

Tun2 sudah2 la tun, zaman tun la bnyk pembelian secara rahsia dh harga rakyat xtau....
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
#Covid19 "Saya ingin tegaskan bahawa vaksin Covid-19 itu sudah diuji secara klinikal kepada puluhan ribu orang."
- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
https://www.hmetro.com.my/.../vaksin-covid-19-dah-diuji...

Vaksin Covid-19 dah diuji selamat: Khairy


VAKSIN Covid-19 Pfizer-BioNTech. FOTO AFP

VAKSIN Covid-19 Pfizer-BioNTech. FOTO AFP



Rembau: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menegaskan bahawa vaksin Covid-19 yang dibeli Malaysia dijamin selamat kerana sudah diuji secara klinikal sebelum ini.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, apabila vaksin itu tiba di Malaysia dijangka pada Februari nanti, vaksin itu tidak perlu diuji lagi kerana ia dijamin selamat digunakan.

"Saya ingin tegaskan bahawa vaksin Covid-19 itu sudah diuji secara klinikal kepada puluhan ribu orang.
"Harus diingat bahawa Malaysia bukan negara pertama yang menerima vaksin Covid-19 dan kita dapat lihat daripada maklumat bahawa vaksin yang sudah digunakan di Amerika Syarikat dan England adalah selamat.

"Kita tidak dengar ada kes yang membabitkan isu vaksin dan masalah kesihatan atau kesan sampingan negatif. Yang kita dengar bahawa ada jururawat pengsan seperti yang tular di laman sosial kononnya disebabkan vaksin, sebenarnya tiada kaitan dengan vaksin," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas berakhir Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau 2020 di Dewan Biduanda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu berkata, keadaan itu seharusnya memberikan keyakinan kepada rakyat terhadap keberkesanan vaksin berkenaan.
Justeru, beliau berkata, rakyat tidak harus bimbang kerana semua vaksin yang dibeli kerajaan itu kerana sudah diuji keberkesanannya sebelum kerajaan membelinya.

"Ketika ini, kerajaan sedang melihat dari segi maklumat klinikal yang diberikan oleh syarikat pembekal vaksin dan apabila Kementerian Kesihatan (KKM) berpuas hati dengan maklumat itu, maka selamatlah kita menggunakan vaksin tersebut.

"Malah, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga sudah buat kenyataan bahawa penggunaan vaksin ini adalah harus," katanya.

Katanya, kementeriannya akan terus membantu dalam memberikan penerangan kepada orang ramai terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin berkenaan, bagi mengurangkan kegusaran rakyat.

Menurutnya lagi, MOSTI akan memastikan Pelan Vaksinasi Kebangsaan berjalan lancar dan satu mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 akan diadakan pada Khamis ini, bagi memuktamatkan pelan berkenaan.



Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 5:10 PM

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,542
Reaction score
1,384
Points
201
Tun2 sudah2 la tun, zaman tun la bnyk pembelian secara rahsia dh harga rakyat xtau....
Cukup la rahsia2 ni.. bukan tun je.. aku sebagai rakyat pon nak tau gak duit banyak3 pi mana
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,872
Reaction score
484
Points
91
Kalau dilayan kerenah DAP, saru kerja pun tak siap.
DAP suruh kaji dulu itu ini sebelum vaksin dibeli.
DAP jugak kata kerajaan lembap itu ini sebab negara jiran dah dapat vaksin.
Buat kerja laju dikata tak teliti.
Buat kerja teliti dikata lembap.
Puak2 DAP ni tak membantu pun dlm keadaan sukar skang ni. Tau nak kondem je. Eloklah puak2 ni jgn ambil vaksin. Biar mampus kena COVID.
 

simplest_box

Active+ Member
Joined
May 21, 2012
Messages
4,894
Reaction score
108
Points
43
Lambat dpt vaksin salah, dah dpt vaksin salah. Apa lg diorang nk ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Aidil Khalid

· 1m ·


Saya tak fikir ada keperluan untuk mana-mana pihak cuba saling meyakinkan di antara satu sama lain.

Bagi yang ragu-ragu tentang keselamatan dan keberkesanan vaksin Covid-19, atau yang masih mempercayainya sebagai konspirasi Yahudi, teruskanlah ragu-ragu anda itu.

Manakala bagi yang percaya dengan keberkesanan vaksin itu pula, tidak perlulah hendak beriya-iya cuba meyakinkan kelompok anti-vaksin, atau kelompok yang ragu-ragu ini.

Bukankah jika lebih ramai yang ragu-ragu dan tidak mahu mengambil vaksin itu, maka lebih baik dan menguntungkan untuk yang ingin mengambil vaksin? Sebab apabila kurang orang yang menunggu giliran untuk mengambil vaksin, maka lebih mudah dan cepatlah kita yang ingin mengambil vaksin dapat mengambilnya nanti apabila vaksin itu sampai di negara kita pada bulan Februari.

Manakala bagi yang tidak mahu mengambil vaksin, tidak perlu juga marah-marah dan persoal itu-ini kepada kerajaan.

Sebab kerajaan tidak pernah mewajibkan pun untuk semua orang mengambil vaksin itu apabila ia sampai nanti. Mengambil vaksin adalah atas pilihan masing-masing, tetapi untuk yang memilih mengambilnya, maka kos akan ditanggung kerajaan, itu sahaja. Dan bagi yang mempunyai alahan, bahkan dilarang pula daripada mengambil vaksin. Fatwa pun mengatakan ia harus, dan bukannya wajib.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,393
Reaction score
1,876
Points
201
Perjanjian rahsia vaksin
December 31, 2020
IMG-20201231-WA0054-696x391.jpg

APABILA YB Khairi Jamaluddin, Menteri MOSTI mengeluarkan kenyataan bahawa Perjanjian Pembelian Vaksin Pfizer atau BioNtec itu adalah sulit, maka ramai pula yang bising. Tidak hairan jika orang awam yang tidak faham berkaitan dengan proses pembelian sesuatu ubat-ubatan ataupun peralatan perubatan. Masalahnya orang politik pun bernada sama, tidak memahami proses kerja pembelian dalam kerajaan.

Saya juga tidak hairan jika antivaksin yang mempertikaikan Perjanjian Tanpa Pendedahan (Non-Disclosure Agreement) itu, sebab memang perangai antivaksin pun selalu mempertikaikan apa saja berkaitan dengan vaksin. Walaupun mereka sebenarnya tidak pun menjadi pelanggan untuk menggunakan vaksin tersebut. Mereka bising sebab agenda peribadi mereka tidak tercapai, produk yang mereka jual itu tidak laku? Atau sengaja mencari publisiti murahan di media sosial?

Sesiapa sahaja yang terlibat dalam perniagaan atau perolehan sesuatu produk, Perjanjian Tanpa Pendedahan ini adalah sesuatu yang biasa. Lumrah bagi setiap perniagaan produk ingin mengikat produk mereka supaya tidak diciplak ataupun digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan perniagaan mereka, sudah pasti mereka mengemukakan beberapa syarat-syarat perjanjian. Ia bukannya sesuatu yang pelik kerana ia menjaga hak cipta sesuatu bahan produk agar tidak didedahkan tersebut kepada orang ramai ataupun mana-mana pihak yang tidak sepatutnya.

Sekali lagi ia bukanlah sesuatu yang memeningkan kepala kita dan bukannya pihak kerajaan ingin menutup apa-apa karahsiaan yang melibatkan vaksin itu sendiri. Apa sahaja maklumat berkaitan dengan vaksin itu bermula dari proses pembuatan serta bahan-bahan yang terkandung di dalamnya, semuanya telah tersedia ada dan didedahkan kepada umum sejak daripada pembangunan vaksin itu sendiri hingga sekarang. Ianya adalah telus dan tidak ada perkara yang berselindung di sebalik itu.

Untuk maklumat umum, semua syarikat pengeluar ubat (vaksin termasuk kategori ubat) akan daftarkan hak cipta mereka (patent) demi menjaga agar tidak diciplak oleh syarikat lain. Proses ini sama sahaja dengan produk-produk lain yang mendaftar hak cipta. Sudah tentu segala maklumat berkaitan dengan pembelian perolehan akan dilakukan dengan teliti. Akhirnya kedua-dua belah pihak, penjual dan pembeli akan menandatangani satu perjanjian persefahaman.

NDA ini tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi dan tidak boleh dedah sewenangnya. Sebagai contohnya, jika kita mengadakan mesyuarat di dalam jabatan yang melibatkan isu penting, menjadi tanggungjawab setiap anggota ahli mesyuarat menjaga kerahsiaan. Walaupun ianya mungkin kita membincangkan berkaitan isu-isu mendesak di kalangan masyarakat setempat tetapi tidak semua dokumen yang dibincangkan dan butiran-butiran yang dibincangkan itu perlu didedahkan kepada masyarakat umum. Cukup sekadar kita mengatakan bahawa kita telah menyelesaikan masalah berkaitan dan bentuk-bentuk penyelesaiannya. Isu-isu berbangkit yang sensitif dalam mesyuarat tidak perlu canang kepada masyarakat umum. Masyarakat perlulah percaya kepada pihak berkuasa yang menguruskan sebaik mungkin dalam isu tersebut.

Samalah dengan isu NDA ini, ianya melibatkan perjanjian perjanjian perniagaan yang mungkin melibatkan harga dan seumpamanya. Pelanggan mereka bukan sahaja Negara Malaysia. Banyak lagi negara lain yang membeli vaksin mereka. Bahkan bukan kerajaan dari pelbagai negara yang membelinya tetapi organisasi-organisasi yang besar yang melibatkan kebajikan dunia juga membeli vaksin dari syarikat pengeluar tersebut. Contohnya UNICEF membeli berbilion-bilion dos vaksin untuk diberikan kepada negara-negara ketiga secara percuma. Ianya sudah tentu mempunyai nilai harga yang berbeza dengan penjualan kepada negara-negara yang berkerajaan ataupun syarikat-syarikat swasta (hospital ataupun klinik swasta). Ini adalah lumrah dan proses biasa kepada produk-produk perubatan. tidak perlulah ianya dipolitikan ataupun menjadi suatu polemik yang berpanjangan.

Dalam hal ubat-ubatan ini, semua jenis ubat yang ingin dipasarkan dalam negara ini (Malaysia) perlu berdaftar dengan KKM. Dalam proses pendaftaran, semua dokumen berkaitan penghasilan dan bahan-bahan yang digunakan perlu dihantar kepada pihak NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Kebangsaan) bawah KKM untuk pendaftaran ubat atau vaksin berkenaan. Di sini tiada maklumat yang disorokkan, semuanya dimaklumkan di dalam segala laporan dan dokumen yang diserahkan kepada NPRA.

Pun begitu YB Khairy Jamaluddin pada 22 Disember yang lalu telah mengisytiharkan bahawa perolehan pembelian vaksin melibatkan RM2.05 bilion untuk diberikan kepada 26.5 juta rakyat Malaysia. Di sini secara kasarnya kita telah pun mengetahui berapa nilai sebenar pembelian vaksin tersebut.

Semua ubat inovator atau original atau produk asal akan ada kriteria ini. Memang kerajaan terikat dengan akta dan boleh disaman jika rahsia penghasilan produk ubat atau vaksin mereka tersebar kepada pihak lain yang boleh meniru resepi penghasilan ubat tersebut. Ini pun ada segelintir pihak yang fikir bukan-bukan. Ini tiada kena mengena dengan kononnya wujud konspirasi bagai.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 31/12/2020
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Tak kompromi soal ketelusan

January 5, 2021 9:50 PM

FMT-YB-WONG-KAH-WOH-MP-PH-DAP-IPOH-TIMUR-PERAK-290719-2.jpg


PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menegaskan “Non Disclosure Agreeement” (NDA) antara kerajaan dan pengeluar vaksin COVID-19 tidak akan mempengaruhi prosidingnya mengenai isu perolehan dan penggunaan vaksin.

Pengerusinya, Wong Kah Who berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum laporan PAC dibentangkan di Dewan Rakyat, dalam memastikan segala syarat perjanjian berkenaan dipatuhi.

Dalam pada itu, beliau berkata secara amnya, NDA tidak sewajarnya mengekang tugas dan peranan PAC.

“Bagaimanapun, dalam perkara ini, PAC akan mengimbangi antara peranan dalam melaksanakan penelitian legislatif dengan peruntukan NDA dalam perjanjian komersial sedia ada, untuk memastikan tidak berlakunya sebarang pelanggaran perjanjian.

“PAC menegaskan tidak akan berkompromi dengan prinsip ketelusan dalam menjalankan tugasan, dan pada masa sama akan menjaga kepentingan negara sementara menghormati perjanjian yang telah dimeterai,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, beliau berkata jawatankuasa itu mengadakan prosiding perolehan vaksin COVID-19 dan penggunaannya terhadap rakyat Malaysia membabitkan dua kementerian berkenaan.

Menteri MOSTI, Khairy Jamalusddin dan Menteri Kesihatan, Adham Baba hadir ke pejabat PAC di Parlimen bagi memberi keterangan dan penjelasan berhubung isu perolehan dan penggunaan vaksin.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register