Covid-19 Adun DAP persoal ketelusan isu vaksin Covid-19

CG Sponsors




ownz

Fun Poster
Joined
Sep 24, 2010
Messages
790
Reaction score
27
Points
20
kalau signed NDA mmg la xleh disclose..
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Pertemuan itu antara lain membincangkan hasrat kerajaan UAE untuk menyumbang vaksin COVID-19 kepada Malaysia antaranya bertujuan untuk kajian klinikal di negara ini.

Agong terima menghadap Menteri Kesihatan UAE bincang sumbangan vaksin COVID-19
2d8d93dad86e0e5887fe69d713c6ccf35fe43cb5a3d1b.jpg

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan dan Prevensi Emiriah Arab Bersatu (UAE) Dr Abdul Rahman bin Mohammed Al Owais di Emirates Palace semalam (23 Disember, 2020). Dalam sesi pertemuan berlangsung selama 45 minit itu, Seri Paduka dan Dr Abdul Rahman membincangkan hasrat Kerajaan UAE untuk menyumbang vaksin COVID-19 kepada Malaysia antara lain bagi tujuan kajian klinikal di negara ini. (Gambar kredit Istana Negara)



24/12/2020 03:01 PM

KUALA LUMPUR, 24 Dis -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan dan Prevensi Emiriah Arab Bersatu (UAE) Dr Abdul Rahman Mohammed Al Owais di Emirates Palace, Abu Dhabi pada Rabu.

Sesi menghadap itu adalah satu daripada acara lawatan khas lima hari Al-Sultan Abdullah ke Abu Dhabi, UAE.

Pertemuan itu antara lain membincangkan hasrat kerajaan UAE untuk menyumbang vaksin COVID-19 kepada Malaysia antaranya bertujuan untuk kajian klinikal di negara ini.



"Al Sultan Abdullah menzahirkan setinggi penghargaan kepada Dr Abdul Rahman dan kerajaan UAE atas hasrat itu," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Fadil berkata bagaimanapun, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa beberapa proses perlu diambil kira bagi mengetahui kebolehlaksanaan kajian klinikal di Malaysia.
"...khususnya menerusi Pusat Penyelidikan Klinikal, Institut Penyelidikan Klinikal dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara sebelum sebarang vaksin diterima masuk ke Malaysia," katanya.


Ahmad Fadil berkata hasrat sumbangan vaksin COVID-19 dan lawatan khas itu mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh dan erat terjalin antara kedua-dua negara.

Ia juga menunjukkan Malaysia dan UAE bersama berganding bahu dalam usaha memerangi wabak COVID-19 serta kerjasama pemulihan pasca-COVID-19.

Dalam lawatan itu, Al-Sultan Abdullah juga berkenan melakukan kunjungan mesra terhadap Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di kediaman rasminya pada 22 Dis.
Lawatan khas itu adalah atas jemputan Sheikh Mohamed dan Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat pulang ke tanah air pada Jumaat (25 Dis).
-- BERNAMA

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,393
Reaction score
1,876
Points
201
UAE berhasrat sumbang vaksin Covid-19 kepada Malaysia
PETALING JAYA – Menteri Kesihatan dan Prevensi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tuan Yang Terutama, Dr. Abdul Rahman Mohammed Al-Owais menyatakan hasrat kerajaan berkenaan menyumbang vaksin Covid-19 kepada Malaysia bagi tujuan kajian klinikal di negara ini.

Istana Negara menerusi satu kenyataan berkata, hasrat tersebut dizahirkan ketika sesi menghadap bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Emirates Palace semalam.

“Dalam sesi selama 45 minit yang bermula pada pukul 2 petang (waktu tempatan) itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan membincangkan hasrat Kerajaan UAE untuk menyumbang vaksin Covid-19 kepada Malaysia antara lain bagi tujuan kajian klinikal di negara ini.

“Al Sultan Abdullah menzahirkan setinggi penghargaan kepada Dr. Abdul Rahman dan Kerajaan UAE di atas hasrat tersebut,” katanya.

Walaubagaimanapun, jelas kenyataan itu, Seri Paduka Baginda menyatakan bahawa beberapa proses perlu diambil kira bagi mengetahui kebolehlaksanaan kajian klinikal di Malaysia,
khususnya menerusi Pusat Penyelidikan Klinikal, Institut Penyelidikan Klinikal dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara sebelum sebarang vaksin diterima masuk ke Malaysia.

Sesi menghadap berkenaan merupakan salah satu acara dalam lawatan khas lima hari Seri Paduka Baginda ke Abu Dhabi, UAE dan Al-Sultan Abdullah turut berkenan melakukan kunjungan mesra terhadap Putera Mahkota Abu Dhabi, Yang Mulia Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di
kediaman rasminya pada 22 Disember lalu.

“Hasrat sumbangan vaksin Covid-19 dan lawatan khas ini mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh dan erat yang telah terjalin di antara kedua-dua negara.

“Ia juga menunjukkan Malaysia dan UAE bersama berganding bahu dalam usaha memerangi wabak Covid-19 dan juga kerjasama pemulihan pasca Covid-19,” ujar kenyataan itu.

Lawatan khas berkenaan adalah atas jemputan Sheikh Mohamed dan Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat pulang ke tanah air esok. -K! ONLINE.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Sebanyak 16 peratus didapati tidak bersetuju untuk menerima vaksin kerana takut dengan kesan sampingan. #AWANInews #HapusCOVID19 #DisiplinMalaysia

67 peratus rakyat Malaysia setuju untuk terima vaksin COVID-19


Disember 31, 2020 17:58 MYT

67 peratus rakyat Malaysia setuju untuk terima vaksin COVID-19

Daripada 67 peratus yang bersetuju, 95.7 peratus berasa vaksin tersebut selamat untuk digunakan, malah yakin ia mampu mencegah jangkitan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 212,006 responden rakyat Malaysia yang menyertai tinjauan membabitkan penerimaan atau penolakan vaksin COVID-19 bersetuju menerima vaksin berkenaan.
Keputusan tinjauan dalam talian tersebut yang dijalankan dari 21 hingga 28 Disember lalu, dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitter rasminya hari ini.

Hasil tinjauan itu juga menunjukkan, daripada 67 peratus yang bersetuju, 95.7 peratus berasa vaksin tersebut selamat untuk digunakan, malah yakin ia mampu mencegah jangkitan.



Sebanyak 16 peratus pula didapati tidak bersetuju untuk menerima vaksin kerana takut dengan kesan sampingan selain meragui bahan yang terdapat dalam vaksin tersebut.

Sebanyak 17 peratus lagi didapati tidak pasti sama ada mahu menerima vaksin atau tidak, kerana bimbang dengan kesan sampingan apabila mereka mengambil vaksin tersebut kelak.




 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
1609461961217.png


Perjanjian vaksin perlu dilakukan secara terbuka - Dr M


Diterbitkan 31 Dec 2020, 7:40 pm



Perjanjian kerajaan dengan syarikat farmaseutikal bagi mendapatkan vaksin Covid-19 perlu dilakukan secara terbuka, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada wartawan hari ini, bekas perdana menteri itu berkata langkah merahsiakan perjanjian itu tidak boleh diterima, terutama apabila melibatkan sejumlah besar wang rakyat.

"Segala-galanya perlu dilakukan secara terbuka, ini yang telah kita janjikan.

"Ini NDA (Perjanjian Tanpa Pendedahan) tetapi secara rahsia tak boleh diterima.

"Kita perlu tahu segala yang berlaku dalam government apabila wang government banyak digunakan," katanya pada sidang media hari ini.

Sidang media itu diadakan pada majlis Amanat Perjuangan anjuran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Shah Alam hari ini.

Mahathir menjawab pertanyaan media mengenai NDA yang dikenakan oleh syarikat farmasi dalam perjanjian mereka dengan kerajaan di seluruh dunia bagi membekalkan vaksin.

Malaysia memeterai perjanjian dengan tiga syarikat bagi mendapatkan vaksin berkenaan, manakala rundingan dengan tiga lagi syarikat kini dalam peringkat akhir.

Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk tujuan itu, namun enggan mendedahkan syarat-syarat perjanjian dengan orang ramai.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada 23 Dis lalu menyebut NDA menghalangnya untuk mendedahkan harga yang perlu dibayar kerajaan bagi mendapatkan vaksin daripada salah sebuah syarikat.

“Saya nak jadi setelus yang boleh. Saya hendak beritahu rakyat Malaysia bahawa saya gembira dengan harga yang kita dapat dari Pfizer, jika saya boleh bercakap tentang harga itu sekarang.

“Meskipun berdasarkan pendedahan harga vaksin itu kepada EU, saya sudah amat senang dengan harga (yang diperoleh ketika ini) dan itu juga sudah memadai. Saya hampir melanggar perjanjian kerahsiaan (ditandatangani antara Malaysia dan Pfizer)," katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,721
Reaction score
11,615
Points
1,906
Che Puteh Osman

3m ·

Video yang mudah untuk memahami bagaimana vaksin berfungsi.

Saya dapati artikel #cisplatin melalui siri #VaksinlahBeb lebih terperinci.

Antara jangkitan sebenar dan jangkitan palsu (vaksin), mana yang anda pilih?

Full blown disease atau AEFI yang tidak serius, mana yang anda pilih?

Vaksin bekerja bukan sekadar melindungi diri kita. Ia melindungi komuniti atau imuniti kelompok. Kalau hanya 20-30% komuniti divaksin, ia tak dapat mengekang penularan virus.

Orang divaksin mungkin selamat, dan hanya ada simptom ringan. Tetapi yang bahaya adalah mereka yang tak boleh divaksin.

Mereka yang ada alergi serius, ada penyakit yang menyebabkan lemah sistem imun, seperti HIV, kanser, dan penyakit autoimmun seperti SLE, diabetes type 1 (yang orang selalu kena adalah type 2).
Bila kita tiada sebab perubatan untuk tolak vaksin, memilih untuk divaksin, kita melindungi diri dan komuniti kita.

Ingat perkataan ini, KOMUNITI.

Vaksin adalah pengorbanan kita mendapat AEFI ringan untuk melindungi semua orang. Dan bukan semua orang dapat AEFI. Saya cucuk influenza dan pneumococcal pun rasanya ada tanda AEFI, sakit badan, demam ringan, sakit tempat cucuk dan ada tahun saya rasa flu-like symptoms untuk suntikan influenza.

Tetapi saya mendapat manfaat lebih besar. Saya tak kena influenza walaupun orang sekeliling saya kena. Orang tak ada asma pun boleh teruk, dan saya tak mahu ambil risiko kena jangkitan influenza sebenar.

Vaksinlah, vaksin adalah ikhtiar kita menyelamatkan nyawa. Dah lebih 1.8 juta orang meninggal sebab COVID ini sehingga hari ini.



Hashem Al-Ghaili



9j ·


Vaccination and Herd Immunity: How does it work?
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
8,655
Reaction score
1,393
Points
151
Ingatkan geng DAP nie bila dah pergi sekolah swasta cina tu otaknya cerdik dari sekolah kebangsaan.
Maklumlah sekolah kebangsaan nie katanya low class berbanding sekolah swasta cina high class.
Tapi rupa-rupanya geng anti vaksin/flat earth jugak :ROFLMAO:
 
Last edited:

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,393
Reaction score
1,876
Points
201
1. Baru kini, yakni bulan Disember 2020... - Mohd Fazlee Shah Faris | Facebook
1. Baru kini, yakni bulan Disember 2020 diwar-warkan secara RASMI bahawa Swab-Test PCR adalah BERMASALAH, malah tidak mampu memberikan keputusan TEPAT.
Jadi APA gunanya selama ini, dan masih lagi ketergantungan pada sesuatu yang TIDAK BERMANFAAT?

2. Syarikat vaksin, bukan sahaja meletakkan akta-syarat untuk TIDAK BERTANGGUNGJAWAB pada mana-mana kesan sampingan buruk yang BAKAL ditanggung oleh mana-mana PENERIMA vaksin (diberitahu sendiri oleh YB Menteri KJ sewaktu live IG/FB bersama wartawan).
Malah ada lagi satu akta-syarat yakni negara-negara pembeli vaksin WAJIB MERAHSIAKAN SEGALANYA berkenaan vaksin mereka.

Malaysia beli dan lobi tender vaksin berPULUH BILLION, untuk apa?
Itu belum masuk topik, auta harga tender (mark-up) lagi.

KeDANGKALan besar apakah ini Tuan Puan?
Apakah masih tidak cukup?

Allah SWT telah rakam-ulang sebanyak 31-kali, ayat ke-13 surah ke-55.

TERNYATA, manusia ini benar-benar asyik & gemar mendustai KEBENARAN.

#SELAWAT #HADAP

ALLAHUMMA SOLLI WA SALLIM'ALA SAYYIDINA WA HABIBINA MUHAMMADAN MUSTHOFA

 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,050
Reaction score
284
Points
51
Lelaki tak payah risau..ada berita baik..

Lepas ni penjual ubat kuat boleh start jual vaksin.. :ROFLMAO:

C47522E5-F765-4B6E-A9A5-5B9436025AE3.jpeg
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,393
Reaction score
1,876
Points
201
Teringat ostad somad kata Covid ni tentera Allah utk membalas kekejaman China terhadap ughyur

kali ni kita nak bunuh covid plak dgn vaksin
Melawan tentera Allah tu heheh

ini bermakna ostad2 saja yg bole mainkan provokasi agama sbg permainan :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register