Covid-19 Adun DAP persoal ketelusan isu vaksin Covid-19

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
“Ketakutan terbesar berikutnya ialah adakah benar vaksin Pfizer mampu mengubah DNA seseorang seperti apa yang dikatakan oleh beberapa doktor perubatan di Barat." - Ronnie Liu

Adun DAP persoal ketelusan isu vaksin Covid-19

28 November 2020


1606544540064.png

Ronnie Liu


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bersikap telus dan jelas mengenai pengambilan vaksin yang dicipta oleh Pfizer yang didakwa memerlukan penjagaan rumit.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew, difahamkan vaksin tersebut memerlukan suhu ultra-sejuk sebanyak -70 darjah celsius untuk disimpan di hospital, farmasi, gudang dan semasa pengangkutan.



Ronnie Liu dalam satu kenyataan juga bimbang apabila Muhyiddin mengumumkan bahawa kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan Pfizer untuk mendapatkan 12.8 juta dos vaksin Covid-19.


Beliau mempersoalkan keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai kesan vaksin tersebut yang didakwa mampu mengubah genetik seseorang.

“Ketakutan terbesar berikutnya ialah adakah benar vaksin Pfizer mampu mengubah DNA seseorang seperti apa yang dikatakan oleh beberapa doktor perubatan di Barat.



“Jika ya, adakah vaksin itu boleh diterima oleh Jakim?" soalnya.


Menurutnya, orang ramai juga mula mempersoalkan kos vaksin dan Muhyiddin perlu dimaklumkan mengenai kos yang harus dibayar oleh kerajaan kepada Pfizer untuk vaksin tersebut.
“Jika kos perubatan RM100 setiap dos, ini akan menelan belanja kerajaan sekurang-kurangnya RM1.28 bilion dan ada banyak ruang rundingan dengan syarikat farmasi.

Laporan Sinar Harian semalam berkaitan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat di negara ini.
“Siapa yang akan membayar vaksin? Adakah kerajaan akan membayarnya atau keluarga masing-masing? Walaupun RM100 setiap dos, keluarga empat atau lima orang akan menanggung kos pencari nafkah tambahan RM400 hingga RM500 untuk vaksin sahaja.
“Di bawah keadaan ekonomi semasa, banyak orang sudah berjuang dan ini akan menyebabkan kesukaran kepada keluarga,” katanya.


Dalam kenyataan sama, Ronnie Liu turut membandingkan vaksin lain yang dikeluarkan oleh Pfizer, iaitu vaksin Sinovac yang boleh disimpan pada suhu peti sejuk dari dua hingga lapan darjah celsius, sesuai untuk iklim di Malaysia dan mempunyai jangka hayat selama tiga bulan.

“Saya ingin bertanya kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sejauh mana persediaan hospital dan klinik kita dengan kemudahan yang dapat menyokong penyimpanan suhu -70 darjah Celcius vaksin itu?” soalnya.

Menurutnya, Indonesia telah menolak pembelian vaksin dari Pfizer itu kerana mereka menyedari limitasi yang ada serta syarat-syarat ekstrem penyimpanan vaksin tersebut.
Beliau juga mempersoalkan jika kerajaan harus mengeluarkan lebih banyak wang untuk logistik untuk menyimpan vaksin Pfizer ke seluruh negeri, atau wang tersebut perlu digunakan untuk membeli lebih banyak dos vaksin untuk lebih banyak orang.
“Oleh itu, saya mendesak pemimpin di bawah Muhyiddin untuk bersikap telus dalam menangani persoalan berkenaan ‘hidup dan mati’ ini, seperti pandemik koronavirus (Covid-19).
“Sekiranya Muhyiddin bertindak cukup pantas, beliau boleh menguji vaksin China semasa lonjakan jumlah kes di Sabah dan kawasan berisiko tinggi baru-baru ini," katanya.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
Vaksin Covid-19 percuma kepada rakyat Malaysia: PM
| | 27 November 2020


1606544683339.png


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media maya di pejabatnya hari ini. Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini. - Foto Bernama


PUTRAJAYA - Vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia di bawah Perintah Fi (Perubatan) 1982.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan Perenggan 16(9) Perintah Fi (Perubatan) 1982, tiada caj suntikan vaksin boleh dikenakan kepada warganegara Malaysia di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa berlakunya wabak Covid-19.
Tambah beliau, Covid-19 telah diisytiharkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mencegah wabak tersebut daripada merebak.



"Bagaimanapun, bagi warga asing, caj sebanyak RM40 dikenakan untuk perkhidmatan suntikan vaksin di fasiliti KKM," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas mengenai vaksin di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Menteri Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dalam pada itu, mengenai pembiayaan bagi mendapatkan vaksin tersebut, Muhyiddin berkata, peruntukan sebanyak RM3 bilion telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan untuk pembelian vaksin di bawah Tabung Covid-19.


Ketika ditanya sama ada pihak swasta akan mempunyai akses untuk vaksin tersebut, Muhyiddin menjelaskan, ia hanya dilakukan selepas kerajaan mendapat akses kepada vaksin Covid-19 yang mencukupi dan kumpulan prioriti telah mendapat vaksin tersebut.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
6.4 juta rakyat Malaysia bakal terima vaksin Covid-19: PM
27 November 2020



1606544800577.png

Muhyiddin (tengah) pada sidang akhbar khas mengenai vaksin di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. Hadir sama, Khairy Jamaluddin (kiri) dan Dr Adham.


PUTRAJAYA - Malaysia bakal menerima sebanyak 12.8 juta dos vaksin koronavirus (Covid-19) bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia pada tahun depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer pada 24 November lalu untuk mendapatkan bekalan vaksin tersebut.

Jelasnya, perjanjian itu bertujuan untuk memastikan kerajaan mempunyai akses kepada data untuk menilai kualiti, keselamatan dan keberkesanan di samping menjamin akses kepada vaksin tersebut sekiranya sedia untuk diedarkan oleh pihak syarikat tersebut.

"Pfizer pada 9 November 2020 menyatakan bahawa analisis data interim pertama menunjukkan keberkesanan vaksin tersebut adalah 95 peratus.
"Melalui perjanjian ini juga, Pfizer telah menjanjikan penghantaran sebanyak satu juta dos bagi suku pertama tahun 2021, disusuli dengan 1.7 juta dos pada suku tahun kedua, 5.8 juta dos pada suku tahun ketiga dan seterusnya 4.3 juta dos pada suku tahun keempat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas mengenai vaksin di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Menteri, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Pfizer masih perlu mendapatkan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) serta kelulusan regulatori dari negara pengeluar.

Tegas beliau, kelulusan juga perlu diperolehi daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum vaksin itu boleh digunakan di Malaysia.
"Terdahulu pada 22 November 2020, Malaysia melalui Menteri Kesihatan juga telah menandatangani perjanjian dengan fasiliti COVAX untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat Malaysia.

"Sehubungan itu, kedua-dua perjanjian ini dijangka dapat menjamin akses vaksin Covid-19 untuk 30 peratus rakyat Malaysia," ujar beliau.




1606544967568.png

Muhyiddin (tengah) pada sidang akhbar khas mengenai vaksin di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. Hadir sama, Khairy Jamaluddin (kiri) dan Dr Adham.

Perdana Menteri berkata, proses pemberian vaksin, setelah diperolehi nanti akan dilakukan secara berperingkat dengan mengutamakan kumpulan berisiko tinggi yang mudah mendapat jangkitan Covid-19.
"Kumpulan berisiko tinggi ini termasuk petugas-petugas barisan hadapan, warga emas dan pesakit-pesakit yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit jantung, diabetes, penyakit pernafasan kronik dan sebagainya.

"Seterusnya, vaksin ini juga akan diperluaskan kepada kumpulan sasar yang lain," tambahnya.

Menurut Muhyiddin, KKM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) masih giat meneruskan rundingan dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin di seluruh dunia untuk mendapatkan akses kepada vaksin Covid-19 yang secukupnya untuk rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan Kementerian Kesihatan bakal memulakan satu kajian klinikal fasa 3 vaksin Covid-19 menerusi inisiatif Kerajaan-dengan-Kerajaan (G2G) bersama Republik Rakyat China (RRC).
"Vaksin ini dibangunkan oleh Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS).
"Kajian klinikal fasa tiga itu akan melibatkan sejumlah 3,000 peserta dan akan menilai keselamatan serta keberkesanan vaksin Covid-19 yang dibangunkan itu.

"Kajian yang dijangka bermula pada bulan Disember 2020 akan dikendalikan oleh Pertubuhan Kajian Klinikal (CRO) tempatan dan telahpun didaftarkan di dalam Daftar Kajian Perubatan Nasional (NMRR)," katanya.
Tambah beliau, profil keselamatan vaksin akan diteliti terlebih dahulu oleh NPRA untuk memperoleh Lesen Import Kajian Klinikal (CTIL) dan protokol kajian akan dikaji oleh Jawatankuasa Etika dan Kajian Perubatan (MREC) bagi memastikan kajian yang akan dijalankan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.

"Kajian klinikal fasa ketiga itu juga akan melibatkan lapan buah pusat penyelidikan klinikal di bawah seliaan KKM," kata Perdana Menteri.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IMBCAMS yang akan berkolaborasi untuk menjalankan kajian klinikal fasa ketiga itu di Malaysia.
"Kerajaan juga ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa vaksin yang akan digunakan di Malaysia mesti melepasi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh NPRA.
"Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dalam soal ini," katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
Malaysia ketinggalan jika tidak tandatangani perjanjian vaksin

27 November 2020



1606544884418.png

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama


PUTRAJAYA - Malaysia akan ketinggalan sekiranya tidak menandatangani perjanjian berhubung pembelian vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, apabila vaksin itu didaftarkan di Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), permintaan terhadapnya akan meningkat.
"Mengambil pengalaman lepas semasa peningkatan gelombang kedua, banyak negara telah membuat perolehan terhadap alat pelindung diri (PPE) daripada pengeluar," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.


Menurutnya, selain COVAX, Malaysia juga menandatangani perjanjian dengan Pfizer bagi memperolehi bekalan vaksin.
ARTIKEL BERKAITAN: 6.4 juta rakyat Malaysia bakal terima vaksin Covid-19: PM
Vaksin Covid-19 percuma kepada rakyat Malaysia: PM
"Jika tidak mulakan langkah proaktif, kita akan ketinggalan," katanya.
Beliau mengulas mengenai perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer.




1606544916677.png

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media maya di pejabatnya hari ini. Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini. Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (kanan) dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin (kiri). - Foto Bernama

Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Malaysia bakal menerima sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia pada tahun depan.

Perjanjian itu bertujuan untuk memastikan kerajaan mempunyai akses kepada data untuk menilai kualiti, keselamatan dan keberkesanan, di samping menjamin akses kepada vaksin tersebut sekiranya sedia untuk diedarkan oleh pihak syarikat tersebut.

 

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
8,683
Reaction score
1,400
Points
151
“Ketakutan terbesar berikutnya ialah adakah benar vaksin Pfizer mampu mengubah DNA seseorang seperti apa yang dikatakan oleh beberapa doktor perubatan di Barat.
Harap-harap Vaksin nie mampu ubah DNA komunis jadi DNA khinzir. Oink oink le kau pasnie... 🐷🐷🐷

:ROFLMAO:
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
Pembangunan vaksin tempatan perlu disegerakan: PPIM
28 November 2020


1606546192331.png

Penularan Covid-19 perlu menjadi satu pengajaran pentingnya menghasilkan vaksin sendiri yang pasti menitikberatkan aspek halal.


SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mewujudkan satu agensi khusus untuk pembangunan vaksin kerana wabak koronavirus (Covid-19) kini semakin membimbangkan.

PPIM dalam satu kenyataan hari ini berkata, negara mempunyai pakar vaksin yang berkelayakan.
Menurutnya, Malaysia mengimport sepenuhnya keperluan vaksin negara yang sudah menelan belanja berbilion ringgit.


"Penularan Covid-19 menyebabkan negara terpaksa menyediakan dana yang lebih untuk memvaksinasi sekurang-kurangnya 70 peratus atau lebih 20 juta rakyat Malaysia untuk mencapai tahap ‘herd immunity’," kata kenyataan itu.



Kenyataan itu juga menyebut, penularan Covid-19 perlu menjadi satu pengajaran pentingnya menghasilkan vaksin sendiri yang pasti menitikberatkan aspek halal.


"Umat Islam khususnya terpaksa berhadapan dengan keadaan darurat apabila terpaksa divaksinasi dengan vaksin yang mempunyai unsur-unsur haram setiap kali menunaikan haji dan umrah.
"Walaupun diharuskan pengambilannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kita perlu peka dan bertanya sampai bila kita harus bergantung kepada keputusan fatwa ini sedangkan kita mempunyai kemampuan kepakaran dan kewangan.

"Sampai bila negara perlu menagih ehsan dari negara pengeluar untuk mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi berikutan penularan pantas seperti Covid-19 ini? Negara pengeluar sudah pasti akan mengutamakan penduduk mereka dahulu sebelum mengekspot bahan itu kepada negara luar," katanya.

Jelas kenyataan itu, negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand sudah memperkasakan kepakaran, kemudahan dan keupayaan mereka untuk menghasilkan vaksin sendiri.
"Kita yakin Malaysia juga mempunyai beberapa kelebihan dari segi kemudahan infrastruktur, pakar dan kewangan yang kukuh untuk menghasilkan vaksin sendiri," kata PPIM.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
KKM guna kaedah 5P dalam pengurusan pemerolehan vaksin
| | 27 November 2020



1606546275088.png

Skrin memaparkan maklumat berkenaan vaksin Covid-19 ketika sidang media perkembangan Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi fokus kepada lima aspek (5P) dalam menguruskan pemerolehan dan penggunaan vaksin Covid-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelima-lima aspek itu adalah pendaftaran keselamatan, pembekalan, pemberian vaksin, pemantauan kesan sampingan dan penilaian keberkesanan vaksinasi atau ringkasnya 5P.
Bercakap pada sidang media perkembangan Covid-19 di KKM hari ini, beliau berkata, pendaftaran vaksin Covid-19 merupakan aspek utama yang akan dilakukan KKM dalam memastikan vaksin yang diterima berkesan dan selamat.


”Vaksin itu perlu didaftarkan dengan FDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan) Amerika Syarikat dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara, KKM.


"Misalnya, jika syarikat farmasi Pfizer gagal mendaftar di bawah FDA, maka segala persetujuan akan terbatal," kata Dr Noor Hisham merujuk kepada perjanjian yang dipersetujui dengan syarikat farmasi untuk membekalkan vaksin.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengenai Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini tahun depan.

Mengenai 6.4 juta rakyat Malaysia negara ini yang akan menerima vaksin itu, Dr Noor Hisham berkata, vaksin itu akan diberikan kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas dengan keutamaan untuk petugas kesihatan, petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang mempunyai imuniti rendah.

Beliau berkata, pada masa ini 12 vaksin sudah diuji pada peringkat penyelidikan fasa ketiga klinikal namun masih belum ada laporan lengkap mengenai satu vaksin pun.
Dr Noor Hisham berkata, buat masa ini KKM hanya memperoleh laporan keberkesanan mengenai satu-satu vaksin daripada media dan media sosial.

“Bila KKM lihat laporan, kita (KKM) akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menilai keberkesanan, kesan sampingan (vaksin) dan sebagainya.
“Ini penting sebelum vaksin dapat didaftarkan. Kalau vaksin tidak dapat daftar, mungkin ada isu-isu keselamatan dan sebagainya, maka kita (KKM) tidak pakai vaksin itu,” katanya. - Bernama

 

pedang_setiawan

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2010
Messages
878
Reaction score
172
Points
33
Pembangunan vaksin tempatan perlu disegerakan: PPIM
28 November 2020


View attachment 318159
Penularan Covid-19 perlu menjadi satu pengajaran pentingnya menghasilkan vaksin sendiri yang pasti menitikberatkan aspek halal.


SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mewujudkan satu agensi khusus untuk pembangunan vaksin kerana wabak koronavirus (Covid-19) kini semakin membimbangkan.

PPIM dalam satu kenyataan hari ini berkata, negara mempunyai pakar vaksin yang berkelayakan.
Menurutnya, Malaysia mengimport sepenuhnya keperluan vaksin negara yang sudah menelan belanja berbilion ringgit.


"Penularan Covid-19 menyebabkan negara terpaksa menyediakan dana yang lebih untuk memvaksinasi sekurang-kurangnya 70 peratus atau lebih 20 juta rakyat Malaysia untuk mencapai tahap ‘herd immunity’," kata kenyataan itu.



Kenyataan itu juga menyebut, penularan Covid-19 perlu menjadi satu pengajaran pentingnya menghasilkan vaksin sendiri yang pasti menitikberatkan aspek halal.


"Umat Islam khususnya terpaksa berhadapan dengan keadaan darurat apabila terpaksa divaksinasi dengan vaksin yang mempunyai unsur-unsur haram setiap kali menunaikan haji dan umrah.
"Walaupun diharuskan pengambilannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kita perlu peka dan bertanya sampai bila kita harus bergantung kepada keputusan fatwa ini sedangkan kita mempunyai kemampuan kepakaran dan kewangan.

"Sampai bila negara perlu menagih ehsan dari negara pengeluar untuk mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi berikutan penularan pantas seperti Covid-19 ini? Negara pengeluar sudah pasti akan mengutamakan penduduk mereka dahulu sebelum mengekspot bahan itu kepada negara luar," katanya.

Jelas kenyataan itu, negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand sudah memperkasakan kepakaran, kemudahan dan keupayaan mereka untuk menghasilkan vaksin sendiri.
"Kita yakin Malaysia juga mempunyai beberapa kelebihan dari segi kemudahan infrastruktur, pakar dan kewangan yang kukuh untuk menghasilkan vaksin sendiri," kata PPIM.

Ni PPIM main belasah je cakap...ada pakar tapi xde equipment, xde fulus biliun2, mana boleh buat vaksin sendiri. Dari vaksin modelling, tissue cell culture, small animal study, big animal study, br masuk trial phase yg 4...dah la ni new novel virus...kalu x reti, baik diam. Aku tgk PPIM ni semua isu nk champion
 

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,676
Reaction score
539
Points
161
Ni PPIM main belasah je cakap...ada pakar tapi xde equipment, xde fulus biliun2, mana boleh buat vaksin sendiri. Dari vaksin modelling, tissue cell culture, small animal study, big animal study, br masuk trial phase yg 4...dah la ni new novel virus...kalu x reti, baik diam. Aku tgk PPIM ni semua isu nk champion
Orang malaysia mentaliti cukup dengan minyak kelapa dara je
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
8,683
Reaction score
1,400
Points
151
Orang malaysia mentaliti cukup dengan minyak kelapa dara je
Itu ada masalah mental, lagilah yang jual minyak seribu khasiat.
Kata ada seribu khasiat, tapi bila tanya apa seribu kahsiat dalam minyak sampai kesudah tak jawab :ROFLMAO:
Nak menjual tapi menipu. :sneaky:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register