Adun DAP cabar ketetapan jawi di mahkamah. Mana melayu PH?

CG Sponsors




Sponsored Post

lordie

Fun Poster
Joined
Jul 30, 2008
Messages
560
Reaction score
5
Points
15
mereka dah jadi pembangkang tak leh buat pape jangan risau
kita dah pegang kuasa ni... umpama anjing menyalak bukit je hahahah

yang aku geram dah bangkit dan tubuh kerajaan pun masih nak gaduh lagi
jelasnya bukan DAP atau non malay yang ancaman
masing-masing nak cekau dan cari makan dalam politik
laungan baru untuk mereka ni;
"LAWAN SAMPAI BERJAWATAN"
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,391
Reaction score
1,876
Points
201
Setakat ini blom ada statement agong yg respond ke atas incident dap mau ‘menghapuskan jawi’

adakah ini bermakna agong merestui dap menghina budaya tulisan asli kita? :p

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,718
Reaction score
11,607
Points
1,906
BERNAMA

· 1j ·

Mahkamah Tinggi Kuantan tolak permohonan ADUN Tras Chow Yu Hui mulakan semakan kehakiman terhadap keputusan wajibkan penggunaan tulisan jawi.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,718
Reaction score
11,607
Points
1,906
1605597217713.png


Jawi di papan tanda: Adun Tras gagal peroleh semakan kehakiman
Diterbitkan Hari ini 2:11 pm



Mahkamah Tinggi di Kuantan hari ini, menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tras Chow Yu Hui bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri Pahang mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di negeri ini.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz juga memerintah Chow, 37, selaku plaintif untuk menjelaskan kos masing-masing RM5,000 kepada Majlis Daerah Raub (MDR) dan kerajaan negeri Pahang, yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu.

Pada penghakimannya, Zainal Azman berkata mahkamah tidak perlu campur tangan dalam polisi penggunaan tulisan jawi yang diwajibkan mulai 1 Jan 2020 kerana telah diputuskan oleh kerajaan negeri mengikut tatacara yang betul.

"Polisi ini telah dibincangkan dan dibahaskan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Pahang yang bersidang pada 29 Mei 2019 juga bersetuju dengan penyeragaman penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di Pahang.

"Jika mahkamah harus menyemak segala keputusan mesyuarat exco, maka akan berlaku banyak polisi yang hendak dibantah dibawa ke sini, walaupun dibuat dengan tatacara yang betul. Sehubungan itu, mahkamah memutuskan tiada merit di peringkat ini untuk pemohon diberikan kebenaran," katanya.

Zainal Azman juga menolak hujah Chow bahawa semua arahan berkaitan penggunaan tulisan jawi itu adalah terbatal dan tidak boleh diguna pakai kerana arahan tersebut tidak diwartakan, memandangkan beliau mempunyai pengetahuan mengenai pelaksanaan polisi berkenaan.

Ini, menurut Zainal Azman berdasarkan kedudukan Chow selaku Adun di Pahang, selain pusat khidmat beliau telah menerima surat daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada Julai 2019 disusuli notis garis panduan penggunaan tulisan jawi daripada MDR pada Oktober 2019.

Pada prosiding itu, peguam Chong Kar Yan mewakili Chow manakala MDR diwakili peguam Datuk T Anandan dan Farah Nur Atiqah Bahari sementara Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak mewakili kerajaan negeri Pahang.

Sementara itu, Chow semasa ditemui Bernama berkata beliau menghormati keputusan mahkamah dan akan berbincang sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Chow memfailkan permohonan itu pada 9 April lepas, bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya keputusan mesyuarat Exco Pahang dan garis panduan dikeluarkan MDR berhubung tulisan jawi dibatalkan.

Beliau juga berhasrat mahkamah mengeluarkan perintah agar notis kesalahan yang dikeluarkan MDR pada 9 Jan 2020 kerana didakwa gagal mempamerkan tulisan jawi pada papan tanda pusat khidmatnya, dibatalkan.
- Bernama
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,908
Points
2,376
TULISAN JAWI | Mahkamah Tolak Permohonan ADUN DAP

Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan ADUN Tras, Chow Yu Hui bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan Pahang mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di negeri itu.

Mahkamah turut memerintahkan, ADUN DAP itu membayar RM5,000 sebagai kos kepada Majlis Daerah Raub dan kerajaan pahang sebagai responden.

 

pemain

Active+ Member
Joined
Jul 10, 2008
Messages
2,583
Reaction score
384
Points
51
TULISAN JAWI | Mahkamah Tolak Permohonan ADUN DAP

Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan ADUN Tras, Chow Yu Hui bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan Pahang mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di negeri itu.

Mahkamah turut memerintahkan, ADUN DAP itu membayar RM5,000 sebagai kos kepada Majlis Daerah Raub dan kerajaan pahang sebagai responden.

Ada tak peguam melayu atau parti melayu atau ngo melayu mencelah dlm kes ni?
Depa kalo byk yg celah utl kes depa?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,718
Reaction score
11,607
Points
1,906
1605686079368.png


Tulisan Jawi: Pengecualian hanya kepada rumah ibadat bukan Islam
Diterbitkan Hari ini 12:55 pm



Pengecualian arahan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda di Pahang hanya untuk rumah ibadat bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Abd Rahim Muda.
Sehubungan itu, beliau berkata arahan menggunakan tulisan Jawi di papan tanda premis perniagaan dan papan iklan serta tanda jalan mulai 1 Jan lepas adalah terpakai kepada semua, termasuk premis milik badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan Cina.

"Kita mahu menjelaskan bahawa tulisan Jawi bukan melambangkan Islam, tetapi adalah budaya Melayu dan budaya Arab. Malah perjanjian di antara kerajaan dahulu dengan pihak British juga dibuat menggunakan tulisan Jawi.

"Seharusnya tiada lagi kekeliruan berhubung isu Jawi timbul di peringkat ini, kerana sudah dimaklumkan bersama dengan syarat dan saiz tulisan itu. Cuma antara mahu atau tidak sahaja untuk melakukannya," katanya.

Abd Rahim berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini, bagi menjawab soalan Lee Chin Chen (PH-Bilut) yang ingin tahu sama ada NGO serta bangunan kesatuan Cina dikecualikan daripada kewajiban memasang papan tanda bertulisan Jawi.

Mengulas perkembangan berkaitan, Abd Rahim berkata sebanyak 198 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri kepada pemilik premis perniagaan kerana gagal mematuhi syarat berkenaan, setakat 30 Sept lalu.

Majlis Perbandaran Kuantan mencatatkan bilangan kompaun paling tinggi iaitu 115, selain daerah Bentong, Maran, Rompin dan Raub.
Daerah lain tiada kompaun selepas pihak terlibat melakukan tindakan sewajarnya selepas menerima notis, katanya.
- Bernama

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,391
Reaction score
1,876
Points
201
"Kita mahu menjelaskan bahawa tulisan Jawi bukan melambangkan Islam, tetapi adalah budaya Melayu dan budaya Arab. Malah perjanjian di antara kerajaan dahulu dengan pihak British juga dibuat menggunakan tulisan Jawi.

Baru tau tulisan jawi takde kene mengena dgn agama islam hahah

suatu penghinaan betul
 

waktong

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
7,594
Reaction score
113
Points
83
seingat aku la orang melayu sendiri yang buang tulisan jawi ni carilah siapa dia:sneaky:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register