Adun DAP cabar ketetapan jawi di mahkamah. Mana melayu PH?

CG Sponsors




biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,997
Reaction score
1,239
Points
111
Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui memfailkan permohonan mahkamah untuk mencabar ketetapan kerajaan Pahang untuk mewajibkan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di negeri itu.



"Kita patut utamakan perkara yang lebih mendesak," jelas Howard yang juga Adun Pasir Pinji dipercayai menegur tindakan rakan separtinya dari Pahang itu.





Terdahulu Chow dalam pemfailan di Mahkamah Tinggi Kuantan berkata kerajaan tempatan tidak harus memaksa orang ramai, terutama pemilik perniagaan, NGO atau mana-mana pihak untuk menyertakan tulisan jawi di papan tanda mereka.



"Misalnya, pelanggan di restoran Cina atau kedai barangan agama Buddha/Taoisme adalah orang bukan Melayu yang tidak boleh membaca jawi. Jadi apa perlunya menyertakan tulisannya (di papan tanda)?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berkata tindakan undang-undang Adun Tras berkenaan "sangat tidak diperlukan" khususnya dengan mengambil kira keadaan politik nasional masa kini.

"Dilakukan kerana sebab-sebab yang dikatakan 'idealistik' tetapi melihat kenyataan, ia satu tindakan yang mementingkan diri sendiri yang didorong oleh sebab-sebab kepentingan diri sendiri.

"Orang-orang yang hendak menjadi 'wira' ini adalah sebab kenapa rakyat melihat DAP sebagai liabiliti," katanya yang juga timbalan pengarah pendidikan politik DAP.

Anggota Jawatankuasa DAP Johor Mahdzir Ibrahim (gambar, bawah) pula meminta Chow menarik balik tindakan undang-undang di mahkamah.



5e6f8514128b552bfcd56a8d12d6ef2a.jpeg



"Saya menggesa agar rakan saya YB Chow Yu Hui untuk menarik semula permohonan mahkamah beliau sebaliknya membantu wakil-wakil pertubuhan/persatuan rumah atau kedai ibadat bukan Islam untuk berdialog dan mencari penyelesaian diplomasi dengan kerajaan negeri dengan cara yang penuh muhibbah dan saling menghormati.

"Inilah tugas parti politik," katanya pada suatu kenyataan hari ini.



BACA BERKAITAN: Adun DAP cabar ketetapan k'jaan Pahang wajibkan jawi di papan tanda



Menurut Mahdzir isu papan tanda ini "adalah isu teknikal yang boleh diselesaikan menerusi rundingan diplomasi dan persefahaman" antara kerajaan negeri dan wakil-wakil persatuan rumah ibadat bukan Islam atau persatuan yang mewakili kedai-kedai menjual peralatan agama Budha/ Tao.





"DAP sebagai parti politik tidak perlu menjadi jaguh atas platform yang salah.

"Di sebalik isu penggunaan tulisan Jawi baik pada buku atau papan tanda, ia adalah permasalahan dalam konteks budaya, bukan dalam konteks hak dan kebebasan memilih," katanya.

Walaupun memahami kekeliruan atau kelemahan dari keputusan kerajaan Pahang dalam isu ini, namun kata Mahdzir persatuan, NGO dan wakil-wakil rumah ibadat perlu menggunakan saluran diplomasi dengan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri berkaitan isu ini tanpa perlu melibatkan mahkamah.

"Apatah lagi parti politik khususnya DAP," jelasnya.

ipohmali
 
Last edited:
Sponsored Post

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
8,655
Reaction score
1,393
Points
151
Perjuangan komunis mesti diteruskan :ROFLMAO:.
Takut bebenor komunis nie dengan tulisan jawi :LOL:
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,947
Reaction score
779
Points
121
tadi terdgr

sempena hari pahlawan

"kita sudah tiada komunis di hutan (entah betul 100% ke tak pasti),
tapi kita sedang berhadapan dgn komunis di bandar"
-lebih kurang mcm tulah yg aku dgr 8mlm tadi

mari kita tentang "komunis di bandar"
 
Last edited:

Izham87

Fun Poster
Joined
Jul 14, 2016
Messages
532
Reaction score
181
Points
33
"Misalnya, pelanggan di restoran Cina atau kedai barangan agama Buddha/Taoisme adalah orang bukan Melayu yang tidak boleh membaca jawi. Jadi apa perlunya menyertakan tulisannya (di papan tanda)?" soalnya.

kalau ikut info dari cikgu2 sekolah menengah, budak2 cina india dari sjkc & sjkt kebanyakannya tak tahu berbahasa melayu.

jadi pasni dia boleh jadikan hujah sbb ramai org cina & india tak tahu baca melayu, papan tanda semua kena letak 3 bahasa, melayu, cina & tamil.
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
964
Reaction score
436
Points
41
kalau ikut info dari cikgu2 sekolah menengah, budak2 cina india dari sjkc & sjkt kebanyakannya tak tahu berbahasa melayu.
nilah "bom jangka" dlm masyarakat kita.. tak sesuai dah buat sekolah asing2 nih.. takde pun negara lain buat sbb masalah perpecahan dikemudian hari..
 

noblegold

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
1,996
Reaction score
71
Points
40
Berani buat lah tulisan masing2 di kedai masing2. Nak tengok gak ada crowd muslim pergi atau tak
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,533
Reaction score
467
Points
51
kuatkuasa undang2 yg xbenarkan produk2 dr kilang non muslim dr gunakan perkataan lslamik atau jawi..nk guna jgk, mohon permit..tu kata cina ni..kalu pki tulisan jawi di produk,asai buleh bawak untung,dia mau tp nk tulih di premis,mcm2 alasan..takut masuk lslam la bagai
 
Sponsored Post
Top
Log in Register