Adun DAP Anjur Pertandingan Khat Jawi & Cina

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,358
Reaction score
2,115
Points
226
02.12.2019 - Kuala Kubu Baru, Seni kaligrafi sudah tidak ada daya tarikan? Ternyata tanggapan itu hanyalah omong kosong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Lee Kee Hiong, 53, tampil menganjurkan pertandingan seni kaligrafi Jawi dan tulisan Cina, yang disertai lebih 100 peserta.

Pertandingan itu mendapat sambutan memberangsangkan dari pelbagai lingkungan umur dan bangsa.

Pesertanya pula sanggup datang dari negeri Johor, Melaka, Kelantan dan Perak untuk menyertai pertandingan itu di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Menurut Lee, pertandingan itu bertujuan untuk memeriahkan kawasan yang ditadbirnya kerana Kuala Kubu Bharu merupakan kawasan pekan yang jauh dari arus pemodenan.

“Saya mahu jadikan Kuala Kubu Bharu sebagai pekan seni, sebab tempat kita sunyi.

“Masa pertengahan tahun ini, saya fikir mahu buat pertandingan kaligrafi Cina sahaja sebab senang untuk diuruskan.

“Kebetulan semasa saya melawat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), saya dapat idea untuk buat tulisan Jawi juga,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Semalam, Pusat Khidmat Adun Kuala Kubu Bharu mengadakan pertandingan Seni Khat Jawi dan Kaligrafi Cina Terbuka 2019 dengan kerjasama DBP.

Acara itu menggunakan tema Bersatu dalam kepelbagaian.

Kaligrafi Tamil tidak dipertandingkan kerana beliau tidak bertemu ramai pakar dalam seni itu untuk tulisan Tamil.

Bagaimanapun seorang pakar kaligrafi Tamil, Dr Velu Perumal, diundang bagi menunjukkan demonstrasi seni itu.


Penyatuan Semua Bangsa

Lee berharap acara sebegitu dapat menjadi penghubung kepada semua bangsa.

“Saya rasa ramai rakyat Malaysia menghargai budaya yang ada daripada pelbagai kaum.

“Kita tidak boleh berpecah belah (contohnya) orang Melayu buat seni kemelayuan sahaja, Cina dengan Cina saja dan Tamil dengan tulisan Tamil saja.

“Tidak ada penyatuan. Jadi (pertandingan ini), saya integrasikan sekali sebagai satu langkah permulaan yang baik untuk rakyat Malaysia,” katanya.


Lee Kee Hiong

Tambah Lee, setiap peserta dinilai oleh pakar-pakar seni kaligrafi Jawi dan Cina.

Peserta yang menjuarai pertandingan tersebut memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, manakala naib juara, RM800 dan tempat terakhir RM500.

“Seramai sepuluh peserta bagi setiap kategori turut memperoleh sagu hati dalam pertandingan tersebut,” katanya.

Ogos lalu, isu berkaitan pengenalan tulisan Jawi hangat diperdebatkan selepas kerajaan mahu memperkenalkannya bagi murid tahun empat di sekolah Cina dan Tamil.

Ia ditentang hebat pelbagai pemimpin politik bukan Melayu dan kumpulan masyarakat sivil terutamanya Pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong).







Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/502107
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,226
Reaction score
255
Points
81
Dap memang pandai, dl lim pun leh perdaya pas siap dia ckp ikut khalifah semua terpesona.....bangun la Wei jgn tido lg ngn permainan mcm nie
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,077
Reaction score
404
Points
56
Kalau pertandingan ni gagal tarik peserta, esok2 DAP akan anjurkan Sunathron pulak.
Jangan terkejut pada raya kurban nanti ada lembu cop DAP.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,806
Reaction score
1,305
Points
206
KKB ni bandar orang pencen.
memang senyap dan rilek.

siapa nak naik bukit fraser atau sungai chiling mesti singgah sini makan atau solat.
patut nak buat event panggil skali anak jati KKB si aiman tino tu kot-kot lah apek YB ni kenal.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,358
Reaction score
2,115
Points
226
"Kaligrafi Tamil tidak dipertandingkan kerana beliau tidak bertemu ramai pakar dalam seni itu untuk tulisan Tamil.
Bagaimanapun seorang pakar kaligrafi Tamil, Dr Velu Perumal, diundang bagi menunjukkan demonstrasi seni itu.
"

sejak bila Tamil ada khat? orang makan tooot dia pun nak makan tooot :rolleyes: :D
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
20,164
Reaction score
1,597
Points
201
Orang melayu dah hilang keyakinan dengan DAP. Buat lah apa kebaikan sekalipun tetap dipandang serong oleh orang melayu.
 

akudotcom

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
3,592
Reaction score
795
Points
71
Pandai ke vavi2 ni menulis huruf arab :cool:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register