BTC USD 26,570.2 Gold USD 1,925.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ADUN BN cadang jawatan TKM 1 diganti

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
19/11/2008 3:14pm


PULAU PINANG 19 Nov. — Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini mencadangkan Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairuddin diganti dengan Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung).

Mohd. Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata Mohamad Fairus tidak layak memegang jawatan itu memandangkan beliau tidak aktif dan tidak diberi kepercayaan kerajaan negeri untuk menguruskan perkara berhubung hal ehwal agama Islam.

Beliau turut mencadangkan jawatan exco Agama yang turut disandang Mohamad Fairus diberi kepada Hamdan Abdul Rahman (Pas-Permatang Pasir) untuk kebaikan kerajaan pakatan pembangkang dan rakyat negeri ini.

“Dalam pembentukan satu jawatankuasa untuk menyediakan produk halal mengikut ajaran Islam, sebagai Exco Agama, Mohamad Fairus tidak diberi kepercayaan.

“Demi menjaga maruah orang Melayu dan agama Islam, saya berpendapat beliau tidak lagi layak menjadi Timbalan Ketua Menteri. Berikan sahaja jawatan itu kepada ADUN Batu Maung yang begitu aktif,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Usul Anggaran Pembangunan 2009 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Mohd. Farid berkata, penduduk Islam di Pulau Pinang kecewa kerana Mohamad Fairus gagal memainkan peranan sebagai pemimpin nombor dua negeri.

“Saya juga hairan kenapa Mohamad Fairus yang juga Exco Agama dan Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi tidak dipilih menganggotai Jawatankuasa Pusat Hab Halal. Bukan sahaja tidak dipilih sebagai anggota jawatankuasa malah yang paling mengecewakan tidak diberi peluang mengetuai AJK itu,” katanya.

Sebaliknya beliau berkata, empat Exco yang tidak perlu makan makanan halal pula dilantik sebagai AJK Hab Halal itu untuk melaksanakan projek itu.

Beliau berkata sikap Mohamad Fairus (PKR-Penanti) pernah ditegur oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau jarang melawat kawasan.

“Bila ditegur jarang lawat kawasan, alasannya sibuk. Bila diberi tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, beliau letak jawatan dengan alasan jadual terlalu ketat,” katanya.

- Bernama
 
Sponsored Post

aku org Penang lebih tahu kes mamat nih..
baru 32 tahun.. jd bidan terjun mcmnilah jadinya..
dah tu membe2 suk kata, tdo pon kuat...
nak jadi pak lah junior kot!!!
pak lah satu hal la, dah tua, ni muda trang tang tang, miting exco, Sidang DUN kerap lena..
Orang Islam dlm PKR dh xda calon yg layak dah..

beza dgn x-bos aku dato seri rashid yg menonjol dan aktif dlm pentadbiran negeri
 
aku org Penang lebih tahu kes mamat nih..
baru 32 tahun.. jd bidan terjun mcmnilah jadinya..
dah tu membe2 suk kata, tdo pon kuat...
nak jadi pak lah junior kot!!!
pak lah satu hal la, dah tua, ni muda trang tang tang, miting exco, Sidang DUN kerap lena..
Orang Islam dlm PKR dh xda calon yg layak dah..

beza dgn x-bos aku dato seri rashid yg menonjol dan aktif dlm pentadbiran negeri

rashid mana nie...rashid glugor yang bini kena bunuh tu ker..

kalau yg tu aku tak respek langsung...bekas TNB meter reader masuk umno ngam lak dengan mr 10% si ibrahim saad gang lak ngan mail katak sg nibung...elok dah...

:eek::eek::eek::eek:
 
aku org Penang lebih tahu kes mamat nih..
baru 32 tahun.. jd bidan terjun mcmnilah jadinya..
dah tu membe2 suk kata, tdo pon kuat...
nak jadi pak lah junior kot!!!
pak lah satu hal la, dah tua, ni muda trang tang tang, miting exco, Sidang DUN kerap lena..
Orang Islam dlm PKR dh xda calon yg layak dah..

beza dgn x-bos aku dato seri rashid yg menonjol dan aktif dlm pentadbiran negeri

wakakka...TKM bidan terjun la ni...wah rugi kau takjadi calon PKR mido dlm pilihanraya bulan mac aritu..kalau tak sah sah kau jadi TKM!
 
TKM 1 fairus nie sembang bergegar2 gak la time baru lepas pilihanraya hari tu..

dari cara dia bagi ucapan berkenaan isu melayu penang yg agak ketinggalan dalam banyak hal, honestly aku mmg tabik la.

tp lps tu.. terus diam je, kat media pun cume dok keluar muka lim guan eng je.. mybe fairus ni mmg jenis low profile kot. :)
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register