BTC USD 57,231.7 Gold USD 1,789.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aduhai 4 orang isteriku

belakepare

Active+ Member
Messages
2,912
Joined
Apr 19, 2008
Messages
2,912
Reaction score
43
Points
30
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai
> empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan
> memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri
> keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.
> Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik
> untuk isteri keempatnya itu.
>
> Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia
> sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha
> untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua
> temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau
> isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
>
> Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat
> menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh
> pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat
> masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua
> ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan
> mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
>
> Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah
> pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi
> kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur
> semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang
> tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini
> begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu
> memperdulikannya.
>
> Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari
> mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia
> mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam
> hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun,
> apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan
> jika aku harus hidup sendiri."
>
> Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai
> bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling
> kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah
> sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan
> menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu
> saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi
> begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat
> menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan
> menghiris-hiris hatinya.
>
> Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri
> ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat
> ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan
> menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab,
> "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika
> kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan
> isteri ketiganya itu.
>
> Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu
> berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau
> selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali
> pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan
> mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan,
> "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku
> hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan
> kubuatkan makam yang indah buatmu."
>
> Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini
> berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku
> akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi.
> Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia
> bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu
> dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri
> pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang
> kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman,
> "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat
> aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini
> isteriku."
>
> Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam
> hidup ini;
>
> ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan
> belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak
> indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera
> apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang
> tersisa saat kita menghadapNYA.
>
> ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat
> kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka
> akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
>
> ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa
> pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu
> bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan
> menemani kita.
>
> DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita.
> Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi
> kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya
> jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan
> mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu
> menolong kita diakhirat kelak.
>
> Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan
> bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
 

CG Sponsors




Top
Log in Register