- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
IPOH 3 Dis. - Rakyat yang berdepan masalah dinasihatkan tidak menggunakan parti pembangkang untuk menyelesaikan masalah mereka, sebaliknya mengadu terus kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi mendapatkan bantuan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata, tindakan orang ramai bertemu parti pembangkang tidak perlu kerana BPA yang terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat sentiasa prihatin dan komited membantu mereka.
''Pembangkang sebenarnya tiada mempunyai kuasa di negara ini. Mereka tidak boleh buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah rakyat.
''Kalau pergi jumpa pembangkang, mereka hanya boleh buat bising di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tidak akan membawa apa-apa faedah kepada rakyat yang mengadu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan penduduk Kampung Jalan Air Kolam, Talang, Kuala Kangsar di pejabat BPA Perak di sini hari ini.
Bagi memudahkan orang ramai membuat aduan, Murugiah memberitahu, BPA di Putrajaya sebagai contoh, sudah menetapkan hari Selasa pada setiap minggu sebagai Hari Bertemu Pelanggan.
Sepanjang hari itu, katanya, orang ramai boleh datang ke pejabat BPA itu untuk mengadu apa sahaja masalah kecuali berkaitan kewangan dan pinjaman wang dengan ah long.
Selain menerima aduan, beliau berkata, pelanggan yang datang juga disediakan makan tengah hari percuma untuk memberi keselesaan kepada mereka terutama pengadu yang datang dari jauh.
"Kita cuba sedaya upaya memberi layanan mesra kepada pelanggan dan saya sudah memberi peringatan kepada pegawai-pegawai BPA supaya melayan mesra setiap pengadu.
"Aduan yang dibuat juga harus mendapat maklum balas cepat iaitu dalam tempoh 48 jam dan mesti diselesaikan dalam masa sepuluh hari," katanya.
Selain membuat aduan secara terus di mana-mana pejabat BPA di seluruh negara, beliau memberitahu, orang ramai juga boleh memaklumkan masalah mereka melalui e-mel, telefon atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mana-mana pegawainya termasuk beliau sendiri.
Murugiah berkata, setakat ini sambutan orang ramai terhadap BPA masih kurang memuaskan kerana tidak banyak laporan diterima pada setiap hari.
Sebagai contoh, ujarnya, pejabat BPA di Perak hanya menerima purata dua aduan setiap hari sedangkan jumlah pegawai bertugas di situ berjumlah 13 orang.
Katanya, kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menubuhkan BPA tetapi semua itu akan jadi pembaziran jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.
Kenapa? Takut ke?