BTC USD 118,676 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

$$$ adsense blackhat + logitraffic $$$

Sponsored Post

Kepada semua newbie2 dan pakar2 adsense,

harap maaf diatas laluan masuk saya ni. Untuk pengetahuan, saya merupakan salah seorang pengusaha adsense 3 tahun yang lepas. Melalui pembacaan ebook dari malaysia dan luar negara, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan pembelajaran. Mungkin lebih sesuai kepada newbie kerana saya tidak lah berjaya sgt didalam adsense

Saya akui ini program yang benar dimana adsense diwujudkan untuk mempromosi sesuatu iklan org lain dilaman web atau blog mereka. Pembayaran dilakukan diatas kaedah pay per click dimana walaupun seseorang yang click itu tidak membeli barangan yang di iklankan, namun pembayaran kepada yang post iklan (adsense) tetap akan dibayar. Melalui pengalaman, saya hany membina blog yang ringkas tetapi padat dengan pengetian yang sebenar. hari

Apa yang ingin saya kongsi adalah, untuk membuat program adsense dan memeastikan ianya berjaya, anda haruslah peka terhadapa beberapa perkara yang ingin saya nyatakan dibawah:

1. Topik dan kandungan web atau blog yang dibina. Adsense dihantar kelaman blog anda menerusi keserasian secara automatik. Anda tidak boleh memilih...dimana jika terdapat banyak perkataan mengenai perabot, bermakna iklan perabot lah yang akan sampai ke web/blog anda.

2. Mencari nilai wang adsense yang dibayar pay per click. terdapat banyak iklan, tetapi tahukah anda iklan mana yang harganya mahal? So anda perlu fikir syarikat apa yang sangat kaya dan banyak iklan pay per click. Kalau anda silap tajuk mungkin, iklan adsense yang dihanatar ke web/blog anda adalah yang sangat murah dimana mungkin bayaran setiap click adalah USD0.01 bagi setiap 10 click. Jadi anda perlu fikirkan apa kandungan sesuai ingin anda perkatakan didalam blog anda

3. Bahasa
. Bahasa juga memainkan peranan yang penting untuk program adsense. sekiranya web/blog anda dalam bahasa malaysia, bermakna banyak la iklan adsense yang sampai ke web/blog anda. Dan seperti mana kita tahu kalau iklan adsense dalam bahasa malaysia tentu kebanyakan nya adalah juga dr malaysia. Dan kebanyakan juga iklan adsense dari malaysia adalah berharga sangat murah. Kesimpulannya kandungan web/blog anda seharuslah dalam bahasa international (english) dimana semua iklan adsense berpeluang masuk ke web/blog anda. Dan berapa ramai kah diantara kita sememangnya hebat untuk menulis dalam bahasa inggeris?

4. kandungan web/blog haruslah menarik. maksudnya apa yang ingin dipersampaikan kepada pembaca haruslah menarik. Sekiranya tidak menarik, tentu sekali, pemabaca tidak ingin melawat utk kali kedua

5. Persaingan ranking kedudukan carta web/blog anda. Kebiasaannya keyword yang menarik akan berada diatas didalam "searching". Contohnya anda meletak nama "gold" tentu ranking web/blog anda ada dalam senarai carian, tetapi belum tentu anda berada diatas. Sebaliknya jika anda letak nama "kambing kaki hitam", tentu sekali agak susah org ingin taip perkataan tersebut didalam carian. Kseimpulannya cari perkataan menarik tetapi lebih specific kerana kebiasaannya yang general dah pon habis dikebas orang.

So itu sahaja yang ingin saya berkongsi dengan saudara/i semua. Walaupun saya tidak lagi bergiat dengan Adsense, saya harap info tersebut tetap membantu. Bukan saya tak minat adsense, cuma minat saya dah berubah arah.....akhir kata saya mohon maaf lah kpd otai2 adsense, andaikata ada silap penerangan saya mengenai adsense ni

Nasihat: Semoga program adsense kalian suksess. Newbie carilah seseorang yang benar ingin mengajar anda untuk suksess dalam adsense. Ada ramai yang mencari untung sendiri malalui keuntungan penjualan buku dan sebagainya. walhal...benda tak tara mana pon. Remember one thing....bukan senang utk senang....setiap yang dapat perlu lah melalui strategi dan usaha yang bersungguh. Keikhlasan sebenar nak buat program adsense juga penting. jangan sesekali menggunakan "taktik kotor"
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register