BTC USD 49,256.7 Gold USD 1,785.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adobe Photoshop Kini Membolehkan Anda Ganti Langit dengan Mudah

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,493
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,493
Reaction score
4,298
Points
236
Aplikasi Adobe Photoshop sangat sinonim dengan kebanyakan pereka grafik. Dalam melakukan penyuntingan grafik, salah satu perkara yang kerap dilakukan adalah dengan menyunting dan menukar latarbelakang sesuatu gambar.

Pada acara Adobe MAX tahun ini, Adobe telah membawakan satu fungsi untuk memudahkan penukaran latar belakang yang dipanggil Sky Replacement. Menggunakannya dengan satu klik, pengguna boleh menukar gambar latar belakang yang berasaskan langit, dan menukar langit tersebut kepada gambar lain.

adobe-photoshop-sky-replacement-Photoshop_Sky-Replacement-Composite-950x586.jpg
adobe-photoshop-sky-replacement-Photoshop_Sky-Replacement-Presets-950x318.jpg

Photoshop juga turut menyertakan beberapa pilihan gambar langit seperti langit biru, suasana matahari terbenam, atau beberapa pilihan menarik termasuklah pelangi. Malah pengguna juga boleh menggantikan dengan gambar planet atau gambar dari Adobe Stock, bersesuaian dengan kreativiti masing-masing.


Bacaan lanjut: Kemaskini Adobe Photoshop
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register