BTC USD 101,568 Gold USD 2,654.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adira minta cerai tanggung Datuk Seri Red Adnan Abu 5 tahun

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,577
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,577
Reaction score
6,648
Points
881
Awards
1
Suami tengah susah, Adira tetap bagi sokongan kepada Datuk Red… “Selagi dia mahu berusaha”

Rabu, 27 Mac 2024 9:57 AM
PENYANYI Adira Suhaimi berkata dia akan tetap memberikan sokongan moral kepada suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu walaupun usahawan itu sudah jatuh muflis sejak tahun 2019.

Sebagai isteri, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, sentiasa memberikan sokongan kepada Adnan atau lebih dikenali Datuk Red kerana masih mahu berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Saya macam mana pun tetap beri sokongan kepada Datuk Red selagi dia mahu berusaha (ubah kehidupannya). Saya akan sentiasa sokong.

Adira 1

Adira harap orang ramai juga memberikan sokongan kepada Datuk Red.

"Saya cuba bantu apa yang saya boleh antaranya adalah bagi dia semangat," katanya kepada mStar pada Rabu.

Dalam masa sama, Adira juga berharap agar orang ramai turut memberikan sokongan dan semangat kepada suaminya itu untuk terus bangkit kembali.

Ibu kepada empat orang cahaya mata itu juga meminta supaya netizen tidak mengecam dan memburukkan keadaan Datuk Red.

"Kalau dia nak berusaha itu, Alhamdulilah. Jangan bagi dia 'down' lagi, harap semua orang bagi dia semangat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sedihnya hidup dato Red, dah 5 tahun tiada kerja, selama ini ditanggung Adira

"Memandangkan dia sedang berusaha ini, kita bantulah apa yang boleh tolong," ujarnya.

Adira bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pengorbanan yang dilakukan sejak lima tahun kebelakang supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Sebelum ini, menerusi satu temu bual bersama mStar, Datuk Red mendedahkan dirinya diisytihar muflis sejak 2019 dan tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.

Adira 2

Adira menanggung keluarganya sejak lima tahun lalu.

Sejak itu, Adira terpaksa menanggung kehidupan keluarganya oleh kerana Datuk Red tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.
 
Sponsored Post

Adira tanggung datuk red 5 tahun ke..gawat gini...grab panda ada kan..low class job kot..
 
Datuk Red tak pilih kerja, jadi pembantu di bazar Ramadan pun boleh... Mahu cari duit persiapan raya anak-anak

Rabu, 27 Mac 2024 12:00 PM
PENDEDAHAN usahawan Datuk Seri Adnan Abu mengenai usahanya sedang mencari pekerjaan mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Ada yang berpendapat Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red terlalu memilih kerja selepas diisytihar muflis sejak tahun 2019.

Menyangkal dakwaan netizen itu, Datuk Red berkata dia benar-benar memerlukan pekerjaan buat masa ini bagi menampung kehidupannya dan keluarga.

Datuk red 2

Datuk Red mahu beri fokus sambutan hari raya terlebih dahulu.

"Untuk buat masa sekarang dan melihat keadaan saya ketika ini... saya memang tak kisah kerja apa sekali pun.

"Kalau ada orang suruh tolong di bazar Ramadan sekali pun saya tiada masalah.

"Janji saya dapat tunaikan hasrat anak-anak saya untuk menyambut hari raya nanti," katanya kepada mStar.

Sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Datuk Red berkata dia perlu berusaha mencari wang bagi memenuhi permintaan anak-anak.

"Saya sanggup buat apa sahaja untuk penuhi permintaan anak saya. Biarlah mereka berbaju raya... saya sudah tua tiada masalah kalau tiada. Yang penting anak saya gembira.

"Saya bukan minta sedekah, saya nak kerja sebab saya masih kuat lagi berkerja.

"Janji halal dan dapat cari rezeki untuk anak-anak... untuk selesaikan hutang nanti dulu.

"Bagi saya hidup dulu, saya takkan lari kemana pun," ujarnya.

datuk red 1

Datuk Red janji tak lari dari membayar hutang.

Sebelum ini, menerusi satu temu bual bersama mStar, Datuk Red mendedahkan dirinya diisytihar muflis sejak 2019 dan tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.

Sejak itu, Adira terpaksa menanggung kehidupan keluarga memandangkan suami tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Manakala isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim memfailkan perceraian penghujung Januari lalu.

red 1

Adnan juga diuji dengan kedua-dua rumah tangganya.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Adnan bersama isteri pertama, Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
 
Musibat scammer ni. Aritu ada retis pompuan kata kena scam pasal tanah tapi kena kecam balik sebab musibat merah ni ramai fans2 gatal ovari. Pelik sungguh, hensem pun tak sangat. Gegurl assume dia kaya lagi tu bekap sangat.

Alih2 mengaku dah bankrap bertahun. Padanlerrr bini retis mintak cerai. Masa musibat merah ni buat live aritu nangis2 mintak perhatian kata dah bankrap bagai, ada ramai komen pasal tanah jugak. Ada siap sebut arwah ayah tekene, meninggal dah. Ramaiiii sangat bukan sorang dua.

Bukan sekor ni je scam orang pastu nikah retis. Laki heliza pun tunggu masa je.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register