Adik Presiden Pas meninggal dunia

CG Sponsors




NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,183
Reaction score
1,041
Points
1,101
MARANG - Adik kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu Aishah Awang, 58, meninggal dunia akibat sakit buah pinggang di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 7.28 malam kelmarin.

Difahamkan, Aishah yang merupakan bekas Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu bagi sesi 1989-1991 dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat menderita sakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu.

Anak saudara beliau, Abd Ghafar Abd Ghani, 48, ketika ditemui berkata, selain penyakit buah pinggang Aishah juga menghidap kencing manis dan jantung sejak beberapa tahun lalu.

“Arwah ke hospital semalam (Khamis) bagi membuat rawatan hemodialisis. Tetapi selepas itu, dia sakit dengan tiba-tiba dan dimasukkan ke hospital.

“Keadaannya menjadi semakin teruk dan meninggal dunia beberapa minit selepas waktu Maghrib. Ketika meninggal dunia, (Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang) berada di sisi arwah,” katanya.

Aishah ialah anak kelima daripada enam beradik. Abdul Hadi yang juga abang arwah anak keempat.

Aishah meninggalkan suaminya, Ghazali yang berusia lewat 50-an dan tiga anak iaitu Sumaiyah, 28, Mohamad, 24, (imam Masjid Rusila) dan Hamzah, 20.

Jenazah Aishah disembahyangkan di Masjid Rusila pada jam 9 pagi semalam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rusila.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Innalillah........
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
setiap yang hidup pasti akan pergi jua...innalillah...moga ditempatkan dikalangan orang2 yang mukmin hendaknya..
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
akziah utk keluarga Tuan Guru Hadi Awang
 

x35

Active Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
1,639
Reaction score
182
Points
43
...Kullu nafsin zaikatul maut
 
Last edited:

wangmai2u

Active Member
Joined
Oct 19, 2009
Messages
1,564
Reaction score
91
Points
30
Takziah Pada Keluarga Dan AL-Fatihah untuk Allahyarhamah..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register