Adik-beradik disangka pasangan khalwat

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SUBANG JAYA - Seorang anggota penguat kuasa jabatan agama didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk memecah masuk ke dalam rumah seorang wanita kerana menyangka dia berkhalwat di Jalan BK 4/3F, Bandar Kinrara, Puchong di sini Rabu lalu.

Kejadian itu berlaku pukul 2.15 pagi apabila lelaki terbabit bersama anggota penguat kuasa agensi tersebut memecah pintu utama rumah Noor Astina Shila Noor Hazizi atau Rina, 27, ketika dia bersama dua adik lelakinya sedang tidur di situ.

Dalam kejadian yang tidak diduga itu, mangsa kerugian hampir RM3,000 setelah mendakwa pintu sliding, jeriji dan kunci mangga rumahnya dipecah dan dirosakkan atas alasan mangsa enggan membuka pintu walaupun diketuk beberapa kali.

Dakwa Rina, kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati anggota tersebut yang berang selepas dia beberapa kali menolak permintaannya untuk bertemu.

"Sebelum kejadian, saya berkenalan dengan lelaki itu 21 November lalu dan pernah keluar dengannya sekali untuk makan di sebuah kedai mamak.

"Dia beritahu saya yang dia seorang jurutera Petronas di Sepang dan selepas itu dia hubungi dan hantar SMS untuk jumpa lagi, tapi saya tolak secara baik," katanya yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta di Jalan Ipoh di sini.

Ekoran itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Puchong pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar pula ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Nak mengayat tak dapat nak nayakan orang lak...jangan senda kasi masuk 'dalam' saja

:mad:
 
Sponsored Post

qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
as-sengal tul mamat tuh.....
trime aje la kenyataan org xnk dgn die tuh....
ni siap bole guna alasan khalwat lg
utk pecah masuk umah org....
mana xrosak kredibiliti
penguatkuasa jabatan agama cmni....
#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S
 

Pistia

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2008
Messages
8,760
Reaction score
47
Points
70
ish.. ape la org jabatan agama pun perangai gini ker..:-?
 

adioz88

Super Active Member
Joined
Jun 15, 2008
Messages
6,659
Reaction score
11
Points
65
ini orang ada sakit mental
kena kasik duduk dengan anggota masyarakat kat hospital tanjung rambutan sana
 

levitez

Legendary Member
Joined
May 28, 2007
Messages
14,102
Reaction score
15
Points
115
mamat tu poyo & pegawai penguatkuasa lagi poyos meraban!! :eek:
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
pegawai2 macam ni yg sedap kita sumbat dalam penjara, salahguna kuasa.
 

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
Nak mengayat tak dapat nak nayakan orang lak...jangan senda kasi masuk 'dalam' saja

:mad:
er.. betul ek depa nak mengayat? huhuhu... macam saya, akan inform kat jiran-jiran sebelah dulu bgatau yang kami adalah adik beradik. sambil tu boleh kenal-kenal jiran :)

:)cgrock
 
Sponsored Post
Top
Log in Register