Adibah Noor Ragu-Ragu Diajak Sertai Konsert

CG Sponsors




dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Penyanyi Adibah Noor mengakui terpaksa bersikap skeptikal atau ragu-ragu apabila pihak Dangerous Events menjemputnya untuk mengadakan konsert jelajah bersama Misha Omar dan Jaclyn Victor.

Adibah berkata, perasaan itu timbul kerana dia bimbang konsert yang diberi nama 'Konsert Jelajah 3 Permata’ itu gagal menarik penonton untuk membeli tiket menyaksikan persembahan mereka.

"Satu perkara mengenai masyarakat kita adalah mereka tidak suka mengeluarkan wang untuk menyaksikan persembahan artis tempatan kerana mereka sukakan sesuatu yang percuma.

"Itu yang membuatkan saya agak skeptikal apabila pihak penganjur mahu membikin konsert ini," ujarnya ketika ditemui pemberita pada sidang media konsert itu di The Curve, di sini, Selasa.

Konsert jelajah itu bakal berlangsung di enam buah negeri pada tahun ini iaitu Sarawak (21 September), Sabah (28 September), Johor (12 Oktober), Pahang (19 Oktober), Kedah (26 Oktober) dan Kuala Lumpur (2 November).

Dalam pada itu, Adibah berkata, perasaan itu hilang apabila dia yakin dengan perancangan promosi yang telah disusun bagi memastikan persembahan tersebut mendapat sambutan.

Tambah Adibah, barisan artis yang ditampilkan iaitu Misha dan Jaclyn juga mempunyai peminat yang besar dan peluang itu tidak harus disia-siakan.

"Saya percaya pihak penganjur dapat mempromosikan acara ini ditambah dengan barisan artis yang ditampilkan cukup kuat," katanya.

Sementara itu, Adibah yang juga penyampai radio Suria FM memberitahu, walaupun sibuk dengan tugas di stesen radio itu dia yakin dapat memberikan tumpuan kepada projek berkenaan.

"Alhamdulillah ini adalah rezeki dan walaupun jadual sangat pada tetapi pengurusan masa itu penting bagi memastikan semuanya berjalan lancar," ujarnya.

Selain 'Konsert Jelajah 3 Permata’ itu, Adibah juga sedang giat menjalani latihan teater muzikal ‘Chow Kit Road’ yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada Mei ini.
 
Sponsored Post

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,037
Reaction score
228
Points
133
baik punya ayat :

mereka tidak suka mengeluarkan wang untuk menyaksikan persembahan artis tempatan kerana mereka sukakan sesuatu yang percuma
 

zaza nana

Active Member
Joined
Aug 4, 2009
Messages
1,126
Reaction score
1
Points
25
adibah noor nih nyanyi sedap jugak...

KONSERT JACKLYN/NING/SHILA AMZAH XDE KE?
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,704
Reaction score
21,089
Points
1,671
klo anuar zain habis licin tiket
 
Sponsored Post
Top
Log in Register