Adib : Menteri cadang dakwa semula 12 suspek kerana sertai Perhimpunan Haram

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,548
Reaction score
2,017
Points
201
Kene kumpul kat padang merbok skali lg ni
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,353
Reaction score
1,552
Points
201
Politik nye hal. X ada kuasa sembang Kari bukan main.. ada kuasa lain plak jadi
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,418
Reaction score
12,138
Points
1,906
Bapa anggota bomba itu memfailkan permohonan perintah komital terhadap bekas peguam negara atas dakwaan menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.

Kematian Adib: Rayuan Tommy Thomas berhubung kuasa mahkamah dengar kes hina ditetap 28 Mei




January 27, 2021 3:50 PM


Kassim-Abdul-Hamid-and-tommy-thomas.jpg

Mohd Kassim Abdul Hamid (kiri) mendakwa Tommy Thomas menghina mahkamah dengan memfailkan afidavit ke atas kematian anaknya.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Mei ini untuk mendengar rayuan bekas peguam negara, Tommy Thomas bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Koroner boleh mendengar prosiding komital terhadapnya.

Peguam Kanan Persekutuan, Mankiranjit Kaur berkata, tarikh itu ditetapkan susulan pengurusan kes di depan Timbalan Pendaftar, Darmafikri Abu Adam.

Mohd Kassim Abdul Hamid, bapa kepada anggota bomba, Muhammad Adib, memfailkan permohonan ex parte untuk perintah komital terhadap Thomas kerana didakwa menghina mahkamah apabila memfailkan afidavit dari Pejabat Peguam Negara pada 3 April 2019.

Afidavit itu dilaporkan mendakwa kematian anaknya bukan akibat kecederaan dialami Adib.

Kassim turut menuduh Thomas menghina mahkamah apabila mengeluarkan kenyataan media pada 28 Mei 2019, ketika inkues kematian anaknya masih berlangsung.

Koroner, Rofiah Mohamed membenarkan prosiding menghina mahkamah itu diteruskan selepas memeriksa dokumen dan afidavit difailkan kedua-dua pihak. Menurutnya, bapa Adib telah membuktikan kes prima facie terhadap Thomas.

Pada 28 Jan 2020, Pesuruhjaya Kehakiman ketika itu, Meor Hashimi Abd Hamid berkata, Mahkamah Koroner mempunyai budi bicara untuk memberi izin memulakan prosiding komital terhadap Thomas.

Beliau bagaimanapun melepaskan Thomas daripada prosiding menghina mahkamah disebabkan perkara material yang tidak didedahkan Kassim.


Sementara itu, Mankiranjit berkata, pada hari sama, Mahkamah Rayuan juga akan mendengar rayuan Kassim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membatalkan rayuan difailkan Thomas.

Peguam Aidil Khalid hadir bagi pihak Kassim ketika pengurusan kes.

Pada 27 Sept 2019, Rofiah memutuskan “lebih daripada dua orang yang tidak dikenali” menyebabkan kematian Adib, yang meninggal dunia akibat kecederaan dialami ketika dikerahkan ke lokasi rusuhan di luar Kuil Sri Maha Mariamman.

Adib, 24, anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di luar kuil di USJ 25, Subang Jaya itu pada 27 Nov 2018 sebelum meninggal dunia pada 17 Dis tahun sama di Institut Jantung Negara.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,418
Reaction score
12,138
Points
1,906
1613410280953.png


Peguam negara: Sabar, kami akan buat keputusan kes Adib nanti


Diterbitkan 15 Feb 2021, 5:57 pm

Dikemaskini 15 Feb 2021, 5:57 pm



"Tunggu dan sabar, kami akan buat keputusan nanti," kata Peguam Negara, Idrus Harun.

Itu adalah reaksi Idrus ketika diminta mengulas perkembangan terkini kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Masih belum nampak sebarang pengakhiran, pelbagai pihak kembali membangkitkan kes tersebut sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, Idrus tidak menyatakan secara khusus berapa lama lagi tempoh diperlukan Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan berkenaan.

Terdahulu, ketika dihubungi Malaysiakini, Idrus berkata pihaknya akan mengeluarkan keputusan berhubung siasatan kes terbabit kemudian.
"Kami akan mengeluarkan keputusan kemudian," katanya.

Muhammad Adib ialah berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah semasa bertugas di pekarangan Kuil Sri Mahamariamman pada 27 Nov 2018.

Dia akhirnya menghembus nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Dis 2018. Bagaimanapun punca kematiannya dipertikaikan sama ada akibat diserang atau kerana kemalangan.

Inkues yang dijalankan memutuskan - pada 27 Sept 2019 - kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Namun sehingga kini belum ada mana-mana orang ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Saksi tak periksa tubuh mangsa
Kematian tersebut juga menjadi satu daripada isu yang dimainkan Umno, PAS serta kumpulan pendesak Melayu ke atas Pakatan Harapan ketika gabungan itu menjadi kerajaan pusat.

Sementara itu, ketika diminta mengulas isu sama Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memberitahu Malaysiakini hanya Jabatan Peguam Negara yang boleh melaporkan status kes berkenaan.

Ketika ditanya adakah ia bermaksud polis sudah melengkapkan siasatan dan hanya menunggu keputusan peguam negara, Abdul Hamid berkata ringkas: "Pihak peguam negara akan keluarkan kenyataan."

c2e355b68ae52bf273c99522b65aa89f.jpg
Abdul Hamid Bador

Menurut sumber Malaysiakini, ketika ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) memang sudah selesai menyiasat kes tersebut namun katanya belum ada individu yang menjadi suspek menyebabkan kematian Muhammad Adib dikenal pasti.

"PDRM dah siasat tapi dah sampai penghujung tiada pesalah yang dapat dikenal pasti," katanya.

Sumber itu juga memberitahu dapatan mahkamah koroner Shah Alam yang membuat inkues atas kematian itu juga "luar biasa" dan keterangan pakar patologi yang menjadi saksi inkues berkenaan diterima walaupun dia tidak memeriksa badan mangsa.

Jangan dibiar dalam kegelapan
Baru-baru ini, bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid yang dihubungi Malaysiakini meluahkan rasa kecewa dengan kelewatan pihak berkuasa menyelesaikan kes kematian anaknya.

Menurut Mohd Kassim, kelewatan kes tersebut memperlihatkan pihak berkuasa seolah-olah mengambil sikap sambil lewa dan menganggap ia bukan masalah kepada negara.

Turut sama menzahirkan rasa kecewa, Pertubuhan Pembela Islam (Pembela). Pengerusinya Aminuddin Yahaya berkata tempoh siasatan kematian itu sudah berlalu terlalu lama namun belum ada tindakan tegas diambil.

Umno pula menggesa kerajaan segera mengumumkan perkembangan siasatan dan tindakan lanjut yang akan diambil berhubung kes itu.

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata pengumuman itu penting agar pihak keluarga arwah tidak berterusan dibiarkan dalam 'kegelapan'.

Untuk rekod sepanjang inkues berlangsung beberapa keterangan saksi juga menarik perhatian.

Misalnya bagaimana baju yang dipakai Muhammad Adib, 24, didapati mungkin dibasuh terlebih dulu sebelum ia diserahkan kepada pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Saksi juga memberitahu beberapa anggota bomba memberitahunya bedah siasat tidak perlu dilakukan ke atas jenazah Muhammad Adib.

Polis pula memaklumkan siasatan kes berkenaan masih diteruskan dan tidak pernah ditamatkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, baru-baru ini berkata Jabatan Peguam Negara masih menunggu hasil siasatan polis yang difahamkan kini "di peringkat akhir".


 
Sponsored Post
Top
Log in Register