Adib : Menteri cadang dakwa semula 12 suspek kerana sertai Perhimpunan Haram

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,418
Reaction score
12,138
Points
1,906
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA

56m ·

Dua tahun pemergian Allahyarham Adib. Seolah-olah menemui jalan buntu. Mereka yang dulu bersama-sama memperjuangkan nasib keluarga Allahyarham pun sudah tidak nampak kelibat.

Antara mereka yang sudah dapat kuasa pun apa kurangnya. Apabila ditanya, kita pula yang ditohmahnya dengan pelbagai makian.

Dicabarnya kita untuk masuk politik dan berentap dengannya. Jika kita sahut cabaran itu, kita pula dituduh sebagai pemecah-belah umat Islam.

Kes Adib: Bila kita ‘follow up’, ada pihak melenting
Agama, bangsa diperalatkan sehingga jadi fitnah kepada umat



E00D55DC-945C-46B3-A1DA-975DDEEBB91C-780x470.jpeg

ADIB, mungkin jasadmu sudah tiada tapi semangat perjuanganmu akan terus umat ini kibarkan…

Melihat apa yang berlaku kepada bangsa dan agama Islam hari ini, tidak ada kata-kata yang dapat digambarkan melainkan bahawa pemimpin-pemimpin politik Melayu Muslim yang ada, tidak mempunyai apa-apa agenda dalam perjuangan mereka. Apatah lagi dalam membela umat ini.

Kalau ada pun, itu hanyalah sekadar lintasan-lintasan dalam hati tetapi tidak berani dizahirkan. Kalau kita tanya mereka, pasti mereka akan melenting dan mendakwa kita membuat fitnah dan tuduhan melulu serta dilabel dengan pelbagai gelaran dan nama.

Kalau hendak disenaraikan isu-isu yang membebani orang Melayu, pasti ianya tidak cukup ruang hendak ditulis. Begitu banyak dan besar tetapi tidak ada apa-apa yang mampu dibuat. Kalau ada pun yang ikhlas mahu memperjuangkan bangsa Melayu maka mereka akan diperlekehkan dan dipermain-mainkan.

Mereka akan diugut dan ditekan sehingga mereka sukar untuk bergerak dan bersuara. Maaf saya katakan, tidak keterlaluan kalau saya istilahkan mereka ini hanyalah ibarat ‘sampah-sampah di jalanan’. Mereka ibarat ranting-ranting yang sudah berulat dan reput dan tidak mungkin umat dapat berpaut untuk menyelamatkan diri.

Mungkin memang layaklah bangsa ini dihina, dikeji dan diperkotak-katikkan sebegini rupa kerana pemimpin yang sudah nanar pemikirannya. Agama dan bangsa diperalatkan sehingga agama dan bangsa itu sendiri menjadi fitnah kepada umat dan menjadi bahan ketawa kepada musuh.

Ada juga antara mereka ini hanyalah pemuka kepada pihak lain kerana hakikatnya hidup mereka berada dalam kocek-kocek tauke Cina yang kaya-raya. Mereka bercakap apa yang yang disuruh bukan apa yang sepatutnya; kebenaran. Sama ada di pihak kiri mahupun di pihak kanan, tidak ada bezanya kerana nilai mereka hanyalah sepuluh sen.

Mungkin mereka menyangka bahawa mereka akan ada di puncak kuasa sepanjang masa seumur hayat mereka. Walhal satu hari nanti mereka akan turun juga dan pada ketika itu barulah mereka akan berlumba-lumba ke masjid dan tersengih-sengih berjumpa rakyat.

Hidup akan terasa kosong dan mula mencari kebahagiaan di atas sejadah. Duit rakyat yang dicuri entah ke mana dan akan terus dicuri.

Genap dua tahun Adib meninggalkan kita. Setiap hari keluarganya merintih meraih simpati tetapi apakan daya. Kita rakyat marhaen ini hanya mampu membantu apa yang termampu sahaja.
Al-Fatihah buat Allahyarham Adib.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Aminuddin Yahaya

1608270178226.png



 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,477
Reaction score
1,468
Points
201

Untuk ingatan kita semua. Bahawa Arwah Adib masih tidak terbela. Pahatkan dalam ingatan kita kejadian ini. Kali pertama dalam sejarah pasukan Bomba di bunuh oleh PERUSUH CELAKA di Malaysia.

Para pemimpin tanggungjawab kalian membela Arwah Adib. Nyawa seorang muslim yang tidak terbela. Kami sampai bila-bila tidak akan melupakan peristiwa ini.

Hamzah Zainudin Pastikan PENGANAS ini dibawa kemuka pengadilan.

Video ini akan di ulang sampai bila-bila.

Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General's Chambers Malaysia
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,418
Reaction score
12,138
Points
1,906
"Saya difahamkan pihak polis turut mencadangkan diadakan inkues baru, tapi setakat ini tiada lagi inkues baru," kata menteri undang-undang.

1608449154751.png


Takiyuddin: K'jaan jamin keadilan sewajarnya buat keluarga Adib
Diterbitkan Hari ini 3:12 pm


Kerajaan memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memberi keadilan buat keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang meninggal dunia semasa bertugas ketika berlaku rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya dua tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata setakat ini pihak Jabatan Peguam Negara masih menunggu hasil siasatan polis yang difahamkan kini di peringkat akhir, sebelum tindakan seterusnya dapat diambil.

"Satu inkues telah dibuat di mahkamah, kemudian koroner atau hakim yang mendengar inkues membuat verdict (keputusan) bahawa punca kematian adalah kerana tindakan jenayah oleh dua orang atau lebih, yang tidak diketahui,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) Kedah di Baling, hari ini.

"Itu verdict oleh koroner, jadi menyebabkan pendakwa raya apabila hendak mendakwa seseorang, perlu mengenal pasti pembuat jenayah itu, jadi oleh kerana verdict itu mengatakan orang yang tidak diketahui maka menyebabkan tindakan pendakwaan tidak dapat dibuat.

“...saya difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara meminta pihak polis membuat siasatan lanjut dan saya difahamkan pihak polis turut mencadangkan diadakan inkues baru, tapi setakat ini tiada lagi inkues baru," katanya.

Takiyuddin berkata demikian semasa mengulas kekecewaan keluarga Muhammad Adib dengan cadangan mengadakan semula inkues kematian anggota bomba itu kerana sudah terlalu lama bersabar menunggu pembelaan terhadap arwah.



d5f299bba543b8843962c41d609a55a5.jpg



Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Sementara itu Takiyuddin berkata, sebuah bangunan baru kompleks mahkamah yang menempatkan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret akan dibina di Sik bagi menggantikan bangunan lama sedia ada yang sudah uzur.

Beliau berkata ia melibatkan peruntukan sekitar RM30 juta, dan pembinaannya akan bermula dalam masa terdekat, dijangka siap pada 2022.

"Bangunan mahkamah di Sik yang dibina dalam tahun 1950-an itu sudah agak uzur, kita telah kenal pasti tanah di Sik seluas 1.2 hektar, dan dengan pembinaan bangunan baru ini kita harap dapat mempercepatkan pengurusan kes di Sik,” katanya.

- Bernama
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,418
Reaction score
12,138
Points
1,906
inkues dah dibuat, yg mana Koroner putuskan yg ada makhluk yg bertindak mencederakan arwah sehingga menyebabkan maut
dan Peguam Negara dah arahkan polis utk siasat sebab nak cari suspek yg terbabit


dah tak timbul isu cari punca kematian
 
  • Like
Reactions: WnB

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,375
Reaction score
12,246
Points
2,376
inkues dah dibuat, yg mana Koroner putuskan yg ada makhluk yg bertindak mencederakan arwah sehingga menyebabkan maut
dan Peguam Negara dah arahkan polis utk siasat sebab nak cari suspek yg terbabit


dah tak timbul isu cari punca kematian
Isu nya
Nape takde lagi tertuduh yang jadi punca kematian arwah Adib
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,418
Reaction score
12,138
Points
1,906
Isu nya
Nape takde lagi tertuduh yang jadi punca kematian arwah Adib
tu lah tn TXT, berzaman dok menunggu kertas siasatan siap dari polis dan keputusan AG
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,375
Reaction score
12,246
Points
2,376
tu lah tn TXT, berzaman dok menunggu kertas siasatan siap dari polis dan keputusan AG
Kalau berterusan macam ni
Terbukti la undang² boleh dibeli
 
Sponsored Post
Top
Log in Register