Adib : Menteri cadang dakwa semula 12 suspek kerana sertai Perhimpunan Haram

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,418
Reaction score
12,138
Points
1,906
1607941975953.png


Punca kematian Adib akan diketahui tak lama lagi - Hamzah
Diterbitkan Hari ini 6:17 pm


PARLIMEN l Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kedudukan sama ada (wujud) penyebab-penyebab sehingga berlaku kematian Adib, tidak lama lagi akan kita maklumkan kepada semua,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu.

Beliau menjawab isu yang dibangkitkan RSN Rayer (PH-Bukit Jelutong) yang bertanyakan tempoh selesai siasatan kematian Muhammad Adib.

Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian Muhammad Adib berikutan terdapat saksi baharu yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba dan penyelamat itu.
- Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,418
Reaction score
12,138
Points
1,906
inkues dah buat, punca kematian sudah diketahui. kenapa nak tahu punca kematian Adib lagi sekali?

apa tujuan inkues
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,548
Reaction score
2,018
Points
201
Kata punca kematian di pukul

4 yg di bebaskan dgn bon polis

Ari tu 12 org
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,353
Reaction score
1,552
Points
201
Ulang skrip yg sama.. ape permainan la dia org ni
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,854
Reaction score
2,238
Points
201
takpalah janji kerajaan Melayu Islam. Anak2 melayu pun takda bising dah.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,548
Reaction score
2,018
Points
201
Kene desak Tommy Thomas lucut warganegara nya plak kot :D

suka main2 sama melayu depa ni

Mana Keadilan Untuk Adib
26 July 2019 Berita Bergambar
WhatsApp-Image-2019-07-26-at-15.45.24.jpeg

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Exco Pemuda Muhammad Faiz Hashim beraamaPergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Gerakan Tuntut Malaysia (TUNTUT) hari ini mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas untuk meletak jawatan kerana di Masjid Negara petang tadi. Foto — MediaUMNO
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,418
Reaction score
12,138
Points
1,906
Ahli keluarga Muhammad Adib sudah lama bersabar untuk melihat sendiri wajah pelaku sebabkan kematian anggota bomba yang dipukul dalam rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman pada 2018 #BHnasional
https://bit.ly/3aaGZ9I

Cari penjenayah, bukan siasat punca kematian - Keluarga Adib

Disember 15, 2020 @ 3:52pm


BHadib_1608018702.jpg


ALOR SETAR: Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim hairan dengan siasatan polis masih menjurus punca kematian arwah, sedangkan Mahkamah Koroner sudah membuat keputusan mengenainya.

Ia susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, semalam bahawa siasatan polis terhadap penyebab kematian Muhammad Adib di peringkat akhir dan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata siasatan seharusnya menjurus untuk mencari penjenayah yang menyebabkan kematian Adib selepas dua tahun kejadian itu berlaku.

"Kenapa masih hendak siasat punca kematian Adib? Ahli keluarga sekarang cuma nak tahu siapa pelaku yang sebabkan kematian anak saya.


"Saya dan isteri sudah lama bersabar demi melihat sendiri wajah pelaku menyebabkan kematian anak kami. Namun, sampai sekarang masih hendak siasat penyebab kematian Adib?

"Bukankah keputusan inkues lalu sudah jelas mengatakan bahawa kematian Adib disebabkan perbuatan jenayah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Kassim berkata, mahkamah juga sudah mengeluarkan arahan untuk menyiasat dan mencari individu menjadi penyebab kematian Muhammad Adib.

Katanya, semua fakta, bukti dan dokumen dibawa ke Mahkamah Koroner sepatutnya dapat membantu untuk melakukan siasatan dalam mencari penjenayah terbabit.

"Saya bukan cakap kosong, tetapi berdasarkan keputusan Mahkamah Koroner. Bukan seorang saksi yang tampil beri penerangan sepanjang inkues itu, semua bukti sudah ada.

"Jadi sudah-sudah buang masa, hendak tangguh sampai bila? Kami ahli keluarga semua berpegang pada keputusan inkues itu dan kami harap kerajaan cari pelaku secepat mungkin," katanya.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Pada 27 September tahun lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu tidak dikenali.

Sepanjang prosiding inkues itu juga, seramai 30 saksi termasuk saksi pakar dan Mohd Kassim turut dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,418
Reaction score
12,138
Points
1,906
Shahidan mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ‘sebenarnya’ memperjuangkan kes Adib.

Jangan nak jadi ‘hero’ konon perjuang kes Adib, Shahidan tempelak Ahli Parlimen DAP




December 16, 2020 1:40 PM


Adib-Mohd-Kassim.jpg

KUALA LUMPUR: Shahidan Kassim menempelak Ahli Parlimen DAP yang didakwa cuba menjadi “hero” dalam kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dua tahun lalu.

Shahidan berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang “sebenarnya” memperjuangkan kes Adib dari awal berbanding Pakatan Harapan (PH) yang didakwa tidak berbuat apa-apa.

“Jangan hanya bercakap, konon nak jadi hero. Tidak payah jadi hero. Bila kami sudah buat, jangan ambil kesempatan untuk dilihat kononnya berjuang sesuatu tetapi sebenarnya tidak buat apa-apa.

“Apa pun kita perlu bersyukur Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin telah bertindak dan cuba selesaikan penyiasatan kes Adib ini,” kata Ahli Parlimen Arau itu di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian setelah RSN Rayer (PH-Jelutong) mempersoalkan kelewatan menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi seperti kematian Adib dan usaha menjejaki ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

“Banyak kes belum selesai seperti Jho Low dan Adib,” kata Rayer yang juga pemimpin DAP dari Pulau Pinang,

Isnin lalu, Dewan Rakyat memaklumkan hasil siasatan berhubung penyebab kematian Adib akan dimaklumkan tidak lama lagi.


Hamzah berkata, siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018 di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,418
Reaction score
12,138
Points
1,906
Najib Razak



1j ·

Hari ini ulang tahun kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Namun kita seolah-olah tak ke mana dengan siasatan kes tersebut.
Pada bulan September 2019, mahkamah Koroner memutuskan kematian Adib berpunca daripada tindakan jenayah lebih seorang individu tidak dikenali.
Tapi beberapa hari lepas pula, kerajaan PN kata punca kematian Adib akan diketahui tak lama lagi.
Adakah ini bermaksud keputusan inkues mahkamah koroner adalah salah?

1608175400882.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register