Adib : Menteri cadang dakwa semula 12 suspek kerana sertai Perhimpunan Haram

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Pendirian itu dibuat AGC susulan representasi yang dikemukakan oleh pihak bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid #BHkes
https://bit.ly/2KvThia

Pejabat Peguam Negara terus wakili Tommy Thomas dalam prosiding komital
November 25, 2020 @ 5:09pm
tommy_1606295359.jpg

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan terus mewakili Tan Sri Tommy Thomas dalam rayuan berhubung prosiding komital yang difailkan bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terhadap bekas Peguam Negara itu.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata pendirian itu dibuat AGC susulan representasi yang dikemukakan oleh pihaknya sebelum ini.
Representasi itu bagi mendapatkan pendirian terkini AGC berikutan pertukaran Peguam Negara pada 6 Mac lalu, sama ada masih berdiri teguh di belakang tingkah laku Thomas selaku bekas Peguam Negara, khususnya berkenaan kenyataan media yang menjadi subjek perkara prosiding menghina mahkamah, ataupun AGC menjarakkan dirinya dengan tindakan Thomas itu.

Selain AGC, Thomas turut diwakili peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dalam rayuan yang difailkan Mohd Kassim pada 11 Februari lalu, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Januari lalu, yang membenarkan rayuan Thomas untuk mengetepikan prosiding komital itu.




Menurut Mohamed Haniff, Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Jan tahun depan untuk pendengaran rayuan tersebut.

Beliau juga berkata pihak AGC turut mengemukakan permohonan untuk memfailkan rayuan di luar tempoh masa berhubung isu bidang kuasa Mahkamah Koroner mendengar dan memutuskan prosiding komital.
"Mahkamah tetapkan 17 Disember ini untuk mendengar permohonan (AGC) untuk memfailkan rayuan di luar tempoh masa," katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Mohd Kassim memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas pada 16 Julai tahun lalu di Mahkamah Koroner Shah Alam, atas dakwaan menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.

Mahkamah Koroner membenarkan permohonan itu dan Thomas kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan Mahkamah Koroner telah terkhilaf ketika membenarkan prosiding komital dimulakan terhadap Thomas.

Dalam permohonan itu, Mohd Kassim, 66, mendakwa Thomas telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan AGC pada 3 April tahun lalu, berhubung punca kematian anaknya.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui. – BERNAMA

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
sepatutnya kerajaan sekarang ni mewakili Adib sebab Adib ni part of Bomba penjawat awam yg meninggal ketika dia menjalankan tugas
ni gi teruskan apa yg AG dulu buat, gi lawan Adib

aduuh la, tak critical thinking betul AG ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Aminuddin Yahaya

24m ·

Baru sahaja tadi bapa Allahyarham Adib mengeluarkan kenyataan yang menyatakan kekecewaan beliau dan pihak keluarga terhadap pihak yang berkuasa yang masih lagi gagal mencari penjenayah yang menyebabkan kematian Adib.

Kebetulan pula hari ini genap dua tahun peristiwa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya berlaku manakala esok genap dua tahun peristiwa Allahyarham Adib dipukul dalam peristiwa rusuhan itu.
Saya secara peribadi mengenali keluarga Allahyarham, terutamanya ayahnya yang sangat cekal dan merendah diri. Apabila ayahnya mengeluarkan kenyataan sebegini di media, pastinya beliau tidak lagi dapat menahan kekesalan. Sebenarnya ini bukan kali pertama ayahnya mengeluarkan kenyataan media sebegini.

Setiap kali ada berita dari keluarga Allahyarham, saya terus terbayang wajah ayahnya, ibunya dan adiknya yang sudah beberapa kali saya saksikan menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan atas penganiayaan yang berlaku kepada Allahyarham dan keluarganya itu.

Saya rasa bersalah dan sedih kerana masih lagi tidak dapat menegakkan keadilan buat Allahyarham dan keluarganya itu. Kadangkala, saya rasa marah apabila mereka yang dahulunya beriya-iya membela keluarga Adib tetapi kini senyap menyepi dan ada pula yang telah 'U-turn'. Malah, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara pun sudah tidak menyebelahi kita.

Kadangkala rasa buntu, tetapi insyaAllah saya, rakan-rakan NGO dan rakan-rakan peguam akan sentiasa memikirkan cara dan strategi untuk menegakkan keadilan buat Allahyarham dan keluarganya ini.

Saya yakin, setiap kesukaran akan ada jalan keluarnya dan saya yakin jika kita ikhlas berjuang Allah akan membantu kita. Biarlah orang mahu mentertawakan kita kerana masih lagi gagal, tetapi kita yakin bahawa pertolongan Allah akan tiba jua nanti.

Kita beriltizam tidak akan berputus asa! Mohon doa anda semua agar kami istiqamah dan dipermudahkan segala urusan membela golongan yang teraniaya sebegini.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
26 November 2020

Sumber:
https://www.bharian.com.my/.../cari-dan-siasat-segera...

1606379896751.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Mohamad Jamalee

· 11m ·

Esok, 27hb November, 2 tahun lepas, seorang anggota bomba, arwah Muhammad Adib Mohd Kassim, dikejarkan ke hospital kerana cedera parah ketika menjalankan tugas menjaga keselamatan para perusuh.
Hari ini, 26hb November, 2 tahun selepas insiden, seorang ayah masih merayu supaya keadilan untuk anaknya ditegakkan.

1606391446218.png

1606391455046.png

1606391463987.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Aminuddin Yahaya

47m ·

𝗣𝗗𝗥𝗠 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗗𝗡 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵𝘆𝗮𝗿𝗵𝗮𝗺 𝗔𝗱𝗶𝗯

1. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengambil maklum kenyataan media keluarga Allahyarham Muhammad Adib Kassim bertarikh 26 November 2020 yang menyatakan kekecewaan terhadap kegagalan pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk membela kematian Adib sempena genapnya tempoh dua tahun peristiwa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

2. PEMBELA memandang serius terhadap kekesalan yang dizahirkan oleh keluarga Allahyarham Adib yang mendakwa bahawa pihak polis tidak berhubung dengan pihak keluarga untuk memberitahu perkembangan terkini walaupun pihak peguam telah meminta polis segerakan siasatan selanjutnya untuk menangkap pembunuh-pembunuh yang bertanggungjawab.

3. PEMBELA mendesak agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberikan penjelasan lanjut terhadap perkembangan terkini tentang kes ini dan bukan datang dengan membawa cerita baharu yang berlawanan dengan keputusan mahkamah koroner serta fakta-fakta keterangan peguam Syazlin Mansor.

4. Penjelasan Menteri KDN yang menyatakan untuk hanya mendakwa 12 suspek di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan adalah tidak munasabah sama sekali kerana kes ini melibatkan kematian. PEMBELA juga mempersoal kewajaran untuk diadakan inkues semula yang telah dicadangkan; mengapakah tidak diambil tindakan tuntas setelah selesai dibuat inkues pertama?

5. PEMBELA memohon pihak Pejabat Peguam Negara agar tidak melengahkan lagi kes ini lebih-lebih lagi apabila mantan Peguam Negara Tommy Thomas telah melakukan beberapa kesalahan besar yang tidak berpatutan sebagai seorang Peguam Negara.

6. Sekali lagi PEMBELA ingin menuntut agar semua pihak yang terlibat agar telus dan jujur bagi menyelesaikan kes ini dengan seadil-adilnya untuk menjaga kewibaaan dan integriti pemerintah dan negara. PEMBELA akan terus bersama keluarga Allahyarham Adib agar Allahyarham mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
30 November 2020

#Justice4Adib
#KeadilanBuatAdib
25aa.png
Telegram: telegram.me/aminuddinyahaya
25aa.png
Twitter: www.twitter.com/AminuddinYahaya


1606696101122.png
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,380
Reaction score
2,419
Points
206
sepatutnya kerajaan sekarang ni mewakili Adib sebab Adib ni part of Bomba penjawat awam yg meninggal ketika dia menjalankan tugas
ni gi teruskan apa yg AG dulu buat, gi lawan Adib

aduuh la, tak critical thinking betul AG ni
mujur la term2 ni orang awam tak berapa faham.
rasa kalau orang faham yang kerajaan lawan arwah, mesti lebih ramai akan bising dan bersuara.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
mujur la term2 ni orang awam tak berapa faham.
rasa kalau orang faham yang kerajaan lawan arwah, mesti lebih ramai akan bising dan bersuara.
kann
nice of you tn kopirait sentuh part ni :)

saya sebenarnya kecewa dengan AG sekarang berkenaan yg part ni
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,454
Reaction score
1,882
Points
201
Adeh skrang kerajaan back up tommy ke apa? Mcm mana bole jd lagu ni?

makin suka la dap & pengganas LTE kalau camni :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register