Adib : Menteri cadang dakwa semula 12 suspek kerana sertai Perhimpunan Haram

CG Sponsors

akiyamasan

Active+ Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
3,715
Reaction score
873
Points
81
Siasatan kes Adib perlu diteruskan [METROTV]

Seremban: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap pihak berkuasa dapat menyambung semula proses siasatan kes kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (BPM) Muhammad Adib Mohd Kassim.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan terkini membabitkan kes siasatan Allahyarham Muhammad Adib.

"Kami sentiasa memberi sokongan kepada pihak berkuasa dalam meneruskan siasatan siasatan keadilan dapat ditegakkan terhadap Allahyarham Muhammad Adib.

"Dalam masa yang sama, CUEPACS berharap isu ini tidak terus dijadikan modal politik atau isu perkauman demi kepentingan sesetengah pihak sahaja.

"CUEPACS menaruh harapan yang tinggi agar keadilan untuk Muhammad Adib akan terus dituntut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia Negeri Sembilan Kali ke-22 2020, di Dewan Dato Hamzah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, di sini, tadi.

Majlis perasmian disempurnakan Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Hamdan Ali dan turut hadir, Presiden Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenangjung Malaysia, Zainal Abidin Nong Chik.

Hamdan Ali (dua dari kanan) berkatakan sesuatu kepada Adnan Mat (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia Negeri Sembilan. FOTO AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September tahun lalu, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, keadilan terhadap Muhammad Adib amat penting bagi memastikan kes seumpama itu tidak berlaku lagi pada masa akan datang terutamanya membabitkan penjawat awam yang bertugas demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau berkata, walaupun inkues sudah dijalankan dan menunjukkan Allahyarham meninggal dunia bukan disebabkan kemalangan sebaliknya tindakan individu tertentu, namun sehingga kini pelakunya belum menerima hukuman.

"Kalau kes ini sudah diputuskan di mahkamah bahawa ada tindakan individu tertentu yang membawa kepada kematiannya.

"Kami hendak lihat setiap yang berlaku pada penjawat awam ada pembelaan dan dalam kes ini ternyata telah dibuat di mahkamah dan ada tindakan oleh sesuatu kumpulan.

"Jadi, kami merayu kepada kerajaan supaya beri keadilan kepada Adib ini dengan secepat mungkin kerana prosiding mengenainya telah pun ada dan boleh diambil tindakan lanjut," katanya.
Apa benda la Cuepecs ni.. Diaorang tak tahu ke saksi semua dah lari keluar negara? Mana boleh dah teruskan kes..tutup buku lah.,.haiyoo
 
Sponsored Post

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,676
Reaction score
539
Points
161
Oh..ye ke..

x dengar pulak berita semua saksi tu keluar negara..

Yang dengar cuma inkues tu nak dibuat semula..

Ada link x pasal saksi semua tu x dapat dicari?

Kalau boleh tempek kat sini insya Allah dah boleh pakai alasan tu..
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Koroner yang mendapati kematian Muhammad Adib Mohd Kasim dalam rusuhan pada 27 November tahun lalu adalah satu jenayah, membuatkan penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berdepan tugas rumit menjejaki dalang pembunuhan anggota bomba dan penyelamat itu.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abdul Moin, berkata susulan keputusan terbabit, ia menjadi tugas pegawai penyiasat mengesan jejak bukti yang diperoleh polis sebelum ini dalam usaha mencari individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian mangsa.

“Peranan inkues hanyalah untuk mencari punca kematian, manakala tugas polis adalah menyiasat insiden itu dan mendapatkan bukti sehingga pihak yang melakukan jenayah ditangkap dan didakwa di mahkamah...tugas (pegawai penyiasat) kini menjadi agak rumit kerana perkara terbabit sebenarnya hendaklah ditentukan pada awal lagi.

“Pihak polis sebelum ini sudah menahan beberapa suspek, bagaimanapun pertuduhan tidak dapat dikemukakan kerana mungkin kekurangan bukti yang lengkap dan kukuh.

“Oleh itu diharapkan selepas kertas siasatan dibuka semula dan siasatan terperinci dijalankan, individu yang melakukan jenayah itu boleh dibawa ke muka pengadilan dan seterusnya memberikan keadilan kepada keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi BH.

Mahkamah Koroner hari ini, memutuskan punca kematian Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Fahmi berkata, walaupun inkues mendapati kematian mangsa adalah akibat perbuatan jenayah, tetapi keputusan koroner itu masih boleh dicabar di Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 341A Kanun Acara Jenayah.

“Permohonan semakan itu boleh difailkan Pejabat Peguam Negara atau mana-mana pihak berkepentingan. Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mendengar permohonan semakan berkenaan mengikut seksyen sama,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata, prosiding komital dikemukakan bapa Adib terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas, berhubung inkues kematian mangsa, tidak ada kena mengena dengan dapatan oleh Mahkamah Koroner hari ini.

Peguam itu berkata, ia adalah kerana prosiding komital membabitkan isu lain, iaitu berkaitan kredibiliti Thomas dalam mengeluarkan kenyataan berhubung prosiding inkues.
 
KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,676
Reaction score
539
Points
161
Apa benda la Cuepecs ni.. Diaorang tak tahu ke saksi semua dah lari keluar negara? Mana boleh dah teruskan kes..tutup buku lah.,.haiyoo
Jangan lupa. AG tommy thomas buat statement Adib mati kerana kemalangan ketika inkues masih berjalan. Betapa bias
 
Berita ni aku pun tahu..banyak je boleh jumpa kat internet

Berita pasal saksi lari keluar negara tu?

Mana?
 
akiyamasan

Active+ Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
3,715
Reaction score
873
Points
81
Jangan lupa. AG tommy thomas buat statement Adib mati kerana kemalangan ketika inkues masih berjalan. Betapa bias
Ya..AG Tommy ni memang kita tahu bias..

Pasal tu ramai orang melalak masa dia tengah berkuasa dulu

Aku bukan nak bercakap pasal politik..

Aku bercakap pasal keadilan Adib ni..

Aku Melayu kau Melayu..kita nak Adib ni sama2 dapat pembelaan..

Bukan nak menjilat parti politik yang kita sokong..

Soalan aku..mana bukti semua saksi tu lari kat luar negara?

Dah satu page dah aku mintak, ko berpusing lagi macam gasing..

Kalau x ada cakap je lah x ada..x yah buang masa, aku pun x tanya dah
 
akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,455
Reaction score
1,882
Points
201
Apa benda la Cuepecs ni.. Diaorang tak tahu ke saksi semua dah lari keluar negara? Mana boleh dah teruskan kes..tutup buku lah.,.haiyoo
mungkin mereka tidak berani utk mendesak menteri undang2 utk letak jawatan :D
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin

8m ·

Kes jenayah terhadap Adib, kakitangan kerajaan yang beruniform yang telah dibelasah ketika bertugas pada 27 November 2018, masih segar dalam ingatan.

Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba bunuh kepada bunuh.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata kes berkenaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian Muhammad Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018.

Ayah dan ahli keluarga allahyarham Adib masih menghubungi kami memohon bantuan dan pembelaan terhadap kes berprofil tinggi tersebut.

Saya dan rakan-rakan saya hanya marhein yang tidak punyai apa-apa posisi. Nak tanya YB Mujahid pun, beliau kini berada di kerusi pembangkang.

Apakah YB-YB yang kini berada dalam kerajaan masih sudi dan bersedia untuk membantu keluarga Adib ?

Siapakah yang sebenarnya berkuasa sekarang ini ?

1605362300878.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register