Adib : Menteri cadang dakwa semula 12 suspek kerana sertai Perhimpunan Haram

CG Sponsors




oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,694
Points
191

Anggota polis mengawal keadaan dari kejadian tidak diingini.







SUBANG JAYA - Pengguna lalu lintas terpaksa berdepan kesesakan teruk susulan daripada tindakan sebilangan pihak yang berhimpun bagi membantah pemindahan kuil berhampiran laluan menuju ke Plaza Tol USJ hari ini.

Menerusi hantaran yang tular di laman Facebook, kelihatan anggota keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa membuat kawalan susulan kekecohan berkenaan.

Difahamkan seramai kira-kira 300 orang anggota polis ditempatkan di lokasi terlibat bagi mengawal sebarang situasi tegang yang tercetus.

Memetik laporan The Star, kekecohan tersebut tercetus setelah anggota polis dan FRU mula berkumpul di luar pagar kuil berkenaan pada jam 10 pagi tadi bagi melaksanakan operasi pemindahan tersebut.

Pengerusi Persatuan Tranformasi Pendidikan India Malaysia, Elangovan Annamalai berkata, sebelum ini jawatankuasa kuil berkenaan telah merancang untuk menempatkan semula kuil berkenaan di lokasi lain yang terletak 2.7 kilometer dari tempat asal.

“Namun begitu ada pihak yang menentang tindakan tersebut dan mengawal kawasan ini bagi menghalang pemindahan tersebut,” katanya.

Difahamkan, Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk Mohan Shan, Adun Sentosa, Gunaraj George, Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa, pemaju dan peguam turut berada di lokasi bagi mencari penyelesaian terhadap isu tersebut.

Jawatankuasa pengurusan kuil berkenaan menerusi satu kenyataan media menyatakan bahawa pemindahan kuil itu ke lokasi baharu adalah berdasarkan keputusan penghakiman yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014 lalu.

Pada 28 September lepas, satu notis juga telah dikeluarkan oleh mahkamah bagi mengarahkan penghuni kuil tersebut untuk mengosong premis terbabit bagi memulakan kerja-kerja pemindahan.















sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/bantah-pindah-kuil-laluan-sesak-1.896505







.
 
Kematian Adib akibat jenayah, polis lambat bertindak - Koroner

Diterbitkan Hari ini 12:32 tengahari | Dikemaskini Hari ini 12:32 tengahari



Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau tiga penyerang tidak dikenali yang mengheret dan memukulnya ketika rusuhan berlau di Kuil Sri Mahamariamman di Seafield tahun lalu.

Koroner Rofiah Mohamad ketika menyampaikan keputusan bagi menentukan punca kematian Adib juga mengumumkan mahkamah mendapati polis tidak bertindak semasa rusuhan berlaku.

Menurutnya, trauma tumpul pada dada yang membawa kepada kematian anggota bomba itu bukan akibat perbuatan sendiri mahupun disebabkan oleh kemalangan.

"Saya juga membuat dapatan kematian arwah disebabkan kegagalan PDRM dan FRU kawal rusuhan.

"Keterangan jelas menunjukkan telah berlaku beberapa kebakaran sebelum arwah terlibat. Anggota bomba juga telah diancam perusuh yang tak mahu kebakaran dipadam.

"Ada polis berkawal dan api berjaya dipadam bomba.

"Adalah amat malang bila dua troop FRU dengan ratusan anggota dengan tujuh kenderaan pelbagai jenis, water cannon, gas tank dan sebagainya, tetapi hanya melihat perusuh-perusuh melakukan khianat pada bomba dan tak melakukan apa-apa.

"(Mereka) hanya siap siaga dengan senjata mereka, semata-mata kerana tak diberi arahan walaupun keadaan meruncing," jelasnya.

Rofiah berkata salah seorang saksi juga memberi keterangan bahawa Ketua Polis Daerah Subang Jaya tidak dapat dihubungi semasa kejadian itu.

Beliau berkata kegagalan pihak polis menjalankan tugas mereka menyumbang kepada insiden berkenaan.

Dengan berakhirnya inkues itu, Rofiah berkata, mahkamah menyerahkan kepada Peguam Negara dan polis untuk menjalankan siasatan serta melakukan pendakwaan.

Mahkamah terima keterangan pakar

Ketika membacakan penghakiman bertulis, koroner menyenaraikan penemuan mahkamah selama 41 hari inkues, yang menyaksikan seramai 30 saksi tampil termasuk pakar-pakar forensik untuk memberi keterangan.

Menurut penemuan yang dibacakan Rafidah di mahkamah, antara bukti utama adalah video yang diambil semasa kejadian pada 26 Nov 2018 termasuk klip selama 46 saat.

Beliau berkata imej pegun dari video menunjukkan Adib masih berada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) pasukan bomba, dengan kepalanya menghadap ketika dia memegang pintu penumpang depan yang sedikit renggang.

Mahkamah juga menerima teori bekas pakar forensik Hospital UKM Dr Shahrom Abdul Wahid bahawa Adib telah ditarik keluar dari kenderaan itu apabila pintu kenderaan itu sedang ditendang.

Beliau berkata, keterangan pakar fizik itu adalah kukuh untuk menolak teori pakar patologi Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Hafizam Hasmi bahawa Adib tercampak keluar dari van.

Di samping itu, Rofiah berkata mahkamah menerima keterangan pembantu perubatan Institut Jantung Negara (IJN) Ashraf Baruji, yang memberi keterangan bahawa Adib memberitahunya bahawa mangsa dipukul semasa rusuhan itu.

Beliau berkata mahkamah mendapati Adib berkata demikian kepada Ashraf menerusi ikatan peribadi yang dibina antara kedua-duanya ketika mangsa menerima rawatan di IJN, memandangkan Ashraf bertanggungjawab untuk menjaga Adib setiap hari.

Rofiah berkata hubungan itu menjelaskan mengapa Adib memberitahu Ashraf mengenai apa yang berlaku kepadanya dan bukan kepada pihak polis, yang mana mangsa hanya menggelengkan kepala apabila ditanya polis mengenai kejadian itu.

Peguam, keluarga mahu AG, polis tangkap pembunuh Adib

Sementara itu, suasana gembira dan terharu menyelubungi mahkamah ketika koroner menyampaikan keputusannya.

Seseorang dari galeri awam di mahkamah juga didengar berkata "Yes Alhamdulillah" sebaik sahaja keputusan mahkamah diumumkan.

Beberapa individu yang lain, termasuk peguam yang mewakili keluarga mangsa, juga dilihat memeluk antara satu sama lain.

Selepas inkues membuat kesimpulannya, peguam Kamaruzzaman Wahab, yang mewakili keluarga Adib, memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu, mereka kini meminta polis mengambil tindakan dengan menangkap individu yang terlibat dalam kematian Adib dan membawa mereka ke mahkamah.

Seorang lagi peguam, Syazlin Mansor, berkata mereka sangat berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan mengucapkan terima kasih kepada semua saksi termasuk pakar yang membantu inkues berkenaan.



Kerajaan diberi tempoh 40 hari pecat Waythamoorthy

Diterbitkan 25 Dis 2018, 7:42 petang | Dikemaskini 25 Dis 2018, 8:47 malam





Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) memberi tempoh 40 hari kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi memenuhi tujuh tuntutan mereka.

Tuntutan itu dinyatakan pada himpunan menuntut keadilan untuk anggota bomba yang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan mendesak pemecatan P Waythamoorthy yang diadakan di Dataran Seni Klang, hari ini.

Antara tuntutan itu ialah pemecatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy sebagai menteri perpaduan yang disifatkan menjadi penumbang berlakunya rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman 25 dan 26 Nov lalu.

Bercakap di hadapan 2,000 peserta himpunan itu, Presiden Gerakan Rakyat Malaysia (Geras), Abu Bakar Mohamed berkata pihaknya akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Kita desak petualang ini (Waythamoorthy) supaya dia letak jawatan. Layak ke dia jadi menteri perpaduan? Layak ke?.

"Jadi, kita beri tempoh 40 hari kepada kerajaan untuk memenuhi tujuh tuntutan ini, demi perpaduan negara serta keadilan untuk Allahyarham Muhammad Adib," katanya.

Selain Waythamoorthy, Geras juga turut mendesak supaya Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran dan Exco Selangor, V Ganabatirau turut disingkirkan kerana didakwa turut terbabit "mengapikan" isu rusuhan kuil berkenaan.



Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis lalu, selepas hampir tiga minggu bertarung nyawa.

Allahyarham merupakan anggota bomba yang cedera parah akibat dipukul perusuh pada hari kedua rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman.

Perhimpunan yang dijadualkan bermula jam 4 petang itu berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Perserta terlebih dulu berkumpul di Masjid Bandar Diraja Klang dan menunaikan silat Asar secara berjemaah.

Selepas itu, mereka melakukan solat jenazah ghaib secara berjemaah buat arwah Muhamad Adib sebelum berarak ke Dataran Seni.

Peserta kemudiaanya berarak kira-kira 200 meter dengan laungan selawat dan takbir.


Perarakan bermula kira-kira jam 5.15 petang dengan pemantauan polis.

Beberapa peserta dilihat membawa sepanduk sementara beberapa pemimpin utama Geras dilihat mengenakan pakaian tradisional dan pendekar Melayu.

Sementara itu Setiausaha Geras Wan Asshima Kamaruddin ketika berucap mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib.

"Mengapa kes-kes sebelum ini mudah saja tubuhkan RCI, tetapi untuk kes Muhammad Adib tidak ditubuhkan?

"Sebab itu kita anjurkan himpunan ini dan (kita) akan terus desak tuntutan kita dibawa hingga ke parlimen," katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/457675

dah ada yg kena dakwa ke...?

tak kisah lah apa atas kesalahan sekali pun:-?
Dah ada yg kena dakwa ke?
ok, kenyataan difahami, cuma ada kemungkinan terlepas tak jika dikategorikn sebagai tidak cukup bukti atau tiada yg mengaku?

utk seksyen 302 tidak disabitkan ke cek mek?
tn marvelous, tn d_conan dan tn John yg dihormati, setakat ni tertuduh tertuduh yg didakwa mengikut seksyen seksyen tersebut:-
-seksyen 148 kk
-seksyen 323 kk
-seksyen 151 kk
-seskyen 79 APJ

Ada di antara mereka mengaku salah, ada diantara mereka mengaku tak salah dan mohon bicara


Disini saya lampirkan prosiding undang undang yg melibatkan pertuduhan tersebut utk makluman tuan tuan:-

A.Mahkamah Majistret Petaling Jaya
4 Dis 2018

Coram:
Majistret Majistret Nor Ariffin Hisham.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim [email protected]
Tertuduh:
Empat tertuduh, Muhammad Ridzuan Sekh Ruslan, 26; Irwan Nordin, 38; pegawai keselamatan One City, Mohd Khairi Abd Rashid, 24 dan Rozaihan Jamaludin, 38

Pertuduhan:
=semua tertuduh didakwa bersama-sama dengan beberapa orang lagi yang masih bebas didapati berada dalam rusuhan dan ketika rusuhan itu, semua tertuduh memiliki parang, kapak, pisau dan kayu yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

=didakwa dilakukan di kuil berkenaan antara jam 2 pagi dan 5 pagi, 26 November lalu.

=didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan

=mengaku tidak bersalah

Keputusan Mahkamah:
-tunda kes ke 17 Januari 2019 untuk sebutan semula kes itu


B.Mahkamah Majistret Petaling Jaya
4 Dis 2018

Coram:
Majistret Majistret Nor Ariffin Hisham.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim [email protected]
Tertuduh:
T Thinekaran, 34

Pertuduhan:
=s sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Datuk K Tanggeswaran, 23, dengan cara menumbuk mangsa di bahagian kening sebelah kiri di tepi jalan Lebuhraya Damansara-Puchong, USJ, di sini, jam 4.30 petang pada tarikh sama.

=didakwa dilakukan di kuil berkenaan antara jam 2 pagi dan 5 pagi, 26 November lalu.

=didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan

=mengaku tidak bersalah

Keputusan Mahkamah:
-tunda kes ke 17 Januari 2019 untuk sebutan semula kes itu
C.Mahkamah Majistret Petaling Jaya
4 Dis 2018

Coram:
Majistret Majistret Nor Ariffin Hisham.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim [email protected]
Shafiq Hasim, Amir Nasruddin dan Fairuz Johari
Tertuduh:
Mohd Shamis Samsuri, 29

Pertuduhan:
= berada di dalam satu perhimpunan yang menyebabkan suatu gangguan kepada ketenteraman awam dan gagal mematuhi arahan bersurai yang diberikan oleh polis.

= didakwa dilakukan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Usaha, USJ 16, Subang Jaya pada jam 1.15 pagi, 28 November lalu

=didakwa mengikut Seksyen 151 Kanun Keseksaan

=mengaku bersalah

Mahkamah:
-dia dipenjara dua bulan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari hari ini.

D.Mahkamah Majistret Petaling Jaya
4 Dis 2018

Coram:
Majistret Majistret Nor Ariffin Hisham.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim [email protected]
Shafiq Hasim, Amir Nasruddin dan Fairuz Johari
Tertuduh:
R M Pavethren, 19

Pertuduhan pertama dan kedua,
=didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan semasa pemeriksaan dijalankan dan mengabaikan perintah anggota polis, Koperal Riza Ahmad Abdul Khalid yang bertugas mengawal dan menyelia lalu lintas dilakukan di Jalan Harmoni, Putra Heights, dekat Petaling Jaya, pada 1.15 pagi, 28 November lalu

=pertuduhan gagal mengemukakan kad pengenalan, dia didakwa mengikut Peraturan 7(1A) Peraturan Pendaftaran Negara 1990

=pertuduhan mengabaikan perintah polis, dia didakwa mengikut Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

=mengaku bersalah

Mahkamah:
-Bagi kesalahan gagal mengemukakan kad pengenalan, dia didenda RM3,500 atau empat bulan penjara

-manakala bagi kesalahan mengabaikan perintah polis, remaja itu dikenakan hukuman denda RM1,500 atau dua bulan penjara, sekiranya gagal membayar denda.



E. Mahkamah Majistret Petaling Jaya
10 Dis 2018
Coram:
Majistret Nurshahirah Abd Salim
Tertuduh:
mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun diwakili peguam Sri Threren

Situasi:
-direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Keputusan Mahkamah
-membenarkan dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

F. Mahkamah Majistret Petaling Jaya
12 Dis 2018
Coram:
Majistret Nurshahirah Abd Salim
Tertuduh:
Muhammad Qayyum Mohd Faisal, Mohd Ashraf Mohd Faisal, Absal Evastrie Abdullah, Muhamed Jalil Talib, Muhammad Khairol Anuar Zabidi (pelajar kolej), Muhd Zamri Md Said, Shukri Razali, Afizal Sabtu dan Nor Azmi Abdul Ghani.

Pertuduhan:
-mereka didakwa bersama-sama empat lelaki yang sudah dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan beberapa yang masih bebas didapati berada dalam rusuhan dan semasa rusuhan itu, kesemuanya memiliki parang, kapak, pisau dan kayu yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

-merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya.

-didakwa dilakukan di kuil berkenaan, di USJ 25, Seafield, dekat Petaling Jaya, antara jam 2 pagi dan 5 pagi, 26 November lalu

-mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan

Mahkamah
-dibenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin serta lapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan selain pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.

-17 Januari depan sebagai semula kes

tn John, tu adalah 4 org kena reman sebenarnya atas cubaan membunuh bawah seksyen 307 kanun keseksaan. ni berkaitan kes belasah arwah. tapi diorang dah dibebas reman sekarang ni dengan bon mahkamah dan jaminan polis

dah arwah adib ni meninggal, mmg 4 org ni kena dipanggil balik la ke Mahkamah utk disiasat dan direman semula sepatutnya atas seksyen 302 kanun keseksaan
pastu kalau ada bukti mencukupi, polis akan hantar kertas siasatan kepada AG utk mohon cadangan pendakwaan terhadap 4 org ni

namun sampai sekarang belum kedengaran 4 org suspek ni dibawa keMahkamah utk tangkapan semula dan direman bawah 302 kanun keseksaan

sepatutnya dah ada jaminan polis dan bon mahkamah, mereka akan terikat dengan polis dan Mahkamah, senang utk mereka ditangkap semula


tn hj, gini deh, tuan tanah dah ada penghakiman daripada Mahkamah utk dia ambik semula dari tanah tu dari kuil. dah berzaman dia sabar dan cuba dapatkan balik tanah tu. tapi ada je pihak kuil yg tak bersetuju
dia even bagi depo pada pihak kuil utk dapatkan tanah dia

pihak kuil pula yg tak bersetuju dengan relocation tempat tu katanya sbb tanah yg diganti oleh pihak kerajaan Negeri adalah berhampiran dengan masjid, ni adalah sukar utk mereka melakukan ibadat dengan harmoni tanpa ada gangguan
jadi pihak yg enggan pindah masih menunggu jawapan dari kerajaan negeri


pihak developer dah semakin tak sabar utk ambik hak dia
sudah tentu dia akan bawa sebarang dokumen sebagai penghakiman Mahkamah, notice of eviction dan sebagainya utk menghalang org kuil dari halang kerja dia utk ambik tanah tu
sudah tentu developer akan bawak polis utk mengesahkan kerja/tidakan yg dia buat utk mengambik hak dia, tanah dia tu legitimate dan valid berdasarkan undang undang
polis tu takkan buat apa apa, cuma sebagai pemerhati dan kawal keadaan je jika berlaku yg tak diingini

jadi ada gak samsengMelayu pulak yg buat kecoh mula mulanya, ni dah mengacaubilau keadaan

jadi sebahagian komuniti sini bertindak melindungi kuil
dan menyalahkan pihak polis sebagai gagal utk memberi ketenteraman


sapa agaknya yg membakar kenderaan
sapa agaknya yg menterbalikkan kenderaan
sapa agaknya yg menahan trak polis
sapa yg membuat laluan nak ke kuil tu jem
sapa yg agaknya menyusahkan kerja polis sebenarnya

ni soalan soalan yg kita perlu fikirkan juga


p/s. namun kita ada dengar yg mana developer tak mengaku mereka berkaitan dengan isu ni. jadi kita perlu follow perkembangan kes ni


Tuan TT, please pin post cek mek ni dan letak kat 1st post thread ni, infomasi berguna utk warga CG

Last edited:
Sponsored Post

mai128

Active Member
Joined
Sep 26, 2007
Messages
2,113
Reaction score
40
Points
30
suka sgt buka kuil dekat2 jalan..
pbt mcm buta..
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,676
Reaction score
657
Points
171
Kalling right action force
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,591
Reaction score
2,975
Points
201
mmg gitu ke agama diorang..

xbley langsung pindahkan kuil diorang..

tapi spokesperson tu orang dia gak, mmg nak alih ke lain..

tepi jalan sgt kuil tu..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
dah keluar perintah Mahkamah Tinggi pada 2014 lagi, tapi masih lagi ada yg menentang
ni dah menyusah ramai pihak atas keengganan diorang ikut perintah Mahkamah
 

SKK

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2013
Messages
647
Reaction score
213
Points
23
Tangkap je yang menghalang tu. Tu dah kira menghina mahkamah tu.
 

skyz.silver

Active Member
Joined
Jan 3, 2013
Messages
1,007
Reaction score
65
Points
40
myusahkan org je...
kepala otak letak kat mne lahhh,,,
x pikir ke pasal org nk kna hadap jem tuu sb tindakan korang nieee...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register