- Joined
- Mar 21, 2008
- Messages
- 15,045
- Reaction score
- 390
- Points
- 131

Begini daifnya rumah 2 beradik warga emas di pontian johor yg hanya mendapat bantuan JKM sejumlah RM300 sebulan sedangkan Pengurusi Pusat Pungutan Zakat dengan kembang hidung mengumumkan kutipan sejumlah RM 400 juta pada tahun 2012 ..
Bangsat punya PPZ , mana lesapnya RM400 juta tu jika orang miskin mcm ni cuma dapat RM300 sebulan ...duit zakat guna utk buat bangunan , beli aircond , computer dan isi minyak kenderaan PPZ ke ?
<><><>
PONTIAN – Melihat keadaan sebuah rumah usang dan dikelilingi dengan semak samun di Kampung Permas Kelapa, di sini, pasti tiada siapa yang menyangka kediaman itu berpenghuni.
Namun rumah itulah menjadi tempat berteduh pasangan adik beradik, Mian Subari, 86, dan adiknya Noriyah, 56, sejak bertahun lamanya.
Difahamkan, Mian yang tidak pernah mendirikan rumah tangga sehingga kini masih menjaga adik perempuannya itu yang mempunyai masalah lembam.
Tinjauan Sinar Harian ke rumah terbabit mendapati, keadaan dalam kediaman itu perlu diperbaiki dan terdapat banyak takungan air hujan susulan keadaan bumbung rumah yang bocor.
Mian berkata, dia yang kini sudah tidak lagi bekerja amat bersyukur kerana masih mempunyai tempat tinggal meskipun dalam keadaan serba kekurangan.
Bagaimanapun, dia mengakui memasang impian supaya rumah didiaminya itu dapat dibaiki untuk keselesaan hidupnya dan Noriyah.
“Saya dan adik bersyukur kerana kami masih lagi mempunyai tempat berteduh dan berlindung dari hujan dan panas,” katanya.
"Kami hidup pun dengan bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mana mungkin saya dapat membaik pulih rumah ini. Saya juga tidak lagi mampu membuat kerja-kerja berat atas faktor usia. Oleh itu, saya amat berharap ada pihak yang dapat membantu sekurang-kurangnya membaiki rumah ini,” katanya.
Mian berkata, keadaan rumah yang usang, bocor dan berlubang itu menyebabkan dia dan Noriyah sering kesejukan pada waktu malam.
Menurutnya, keadaan bertambah buruk sekiranya hujan lebat kerana hampir keseluruhan zink rumah bocor dan dinding rumah berlubang.
"Bila lihat awan mendung sahaja, saya dan adik sudah mula runsing memikirkan memikirkan keadaan rumah,” katanya.
Mian berkata, semak-samun yang sudah menjalar di atas bumbung rumah membuatkan dia dan Noriyah semakin bimbang mengenai keselamatan diri.
“Bimbang juga sekiranya terdapat haiwan liar seperti ular di atas bumbung. Dulu ada orang datang melihat kawasan sekitar rumah dan mereka beritahu akan cuba mendapatkan bantuan baiki rumah.
“Pada ketika itu, saya amat gembira, tetapi sampai sekarang tiada khabar berita,” katanya.
Justeru, Mian bersama Noriyah amat berharap supaya rumah berkenaan dapat dibaiki segera bagi membolehkan mereka hidup lebih selesa
=========================================================================
Seleweng zakat: Perbelanjaan RM800,000 tidak dilapor MAIWP
KUALA LUMPUR: Pendedahan penyalahgunaan wang zakat yang dikait dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom menimbulkan tanda tanya berikutan perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilapor dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pengarah Pasukan Khas Zakat Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, perbelanjaan pengurusan yayasan itu juga tidak munasabah kerana mencecah RM2 juta.
Mengikut laporan tahun 2010 MAIWP, beliau berkata, pendapatan Yayasan Taqwa ialah RM7.78 juta manakala perbelanjaan RM6.98 juta tetapi RM800,000 tidak dilapor dalam laporan.
Memetik HarakahDaily, katanya, belanja pengurusan itu sangat tinggi, tambahan pula yayasan itu hanya mempunyai seorang pengurus besar dan 17 kakitangan sahaja.
“Mengikut peratusan penyaluran zakat Yayasan Taqwa kepada asnaf, didapati agihannya ialah RM4.98 juta atau 64 peratus manakala kos pengurusan RM2 juta atau 36 peratus.
“Kenapa peratusan penyaluran agihan hanya 64 peratus sedangkan ramai tidak mendapat bantuan,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut di sini, hari ini.
Kamaruzaman – Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berkata, laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa juga tidak disertakan dalam laporan tahunan MAIWP.
Beliau berkata, yayasan itu ialah agensi bawah MAIWP yang ditubuh pada 1990 dan dipengerusikan Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama.
“Kami mendesak Jamil Khir jawab. Ke manakah wang RM800,000 yang tidak dilapor dalam laporan tahunan 2010 itu dibelanjakan?” katanya.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga, katanya, mendesak Jamil Khir menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa mencecah RM2 juta.
“Semua ini dijelaskan segera dan terperinci. Sekiranya dikatakan wang yang dibelanjakan itu bukan wang zakat, sila jelaskan dengan terperinci,” katanya.
Beliau turut mendesak pihak terbabit melantik satu badan bebas untuk mengaudit kewangan Yayasan Taqwa secara menyeluruh.
Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik di Kedah.
Beliau juga dipalit skandal penggunaan wang zakat kira-kira RM65,000 sebagai kos guaman untuk menghalang permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Azlan Bukhari.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26298
==========================================================================================================================
ini saya jumpa di facebook.com
kalau sudah admin sila mergekan sahaja
soalan saya yang pertama kepada yang pakar tentang zakat
1.ada tak cara membayar segala jenis zakat tanpa hantar ke pusat zakat negeri/negara kiranya.kita tak beri duit tu ke pusat zakat.terus ke pada orang yang memerlukan. ke ? mcm mana ke?
2.setiap kali bulan puasa kita akan bayar zakat fitrah ke pusat zakat.soalanya : bagaimana nak bayar zakat fitrah tanpa bayar ke pusat zakat?
http://www.youtube.com/watch?v=0pw23RONc3s
http://www.youtube.com/watch?v=CulB_yog7YI
http://www.youtube.com/watch?v=4gv1D2WhDX0
Last edited: