Adakah Ini Hujjah Yg Orang Tolak Hukum Allah Maka Tak Beriman?

CG Sponsors




samesame

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2011
Messages
2,799
Reaction score
531
Points
71
Maaf aku bertanya, Adakah ini hujjah yang orang bila menolak hukum Allah maka dia
tidak beriman dan solatnya tidak sah spt yg diwar-warkan oleh PAS.

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? Mereka hendak berhakim kepada thaghut[Orang yang menetapkan hukum secara curang menurut hawa nafsu], padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.( An Nisaa':60)

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.(An Nisaa':61)
 
Sponsored Post

satio

Active Member
Joined
Jan 12, 2011
Messages
1,905
Reaction score
69
Points
30
sesiapa yg mengucapkan la ila ha illallah maka dia beriman.
 

satio

Active Member
Joined
Jan 12, 2011
Messages
1,905
Reaction score
69
Points
30
walaupun belum sempurna imannya..itu sudah menjadi urusan Allah..
 

samesame

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2011
Messages
2,799
Reaction score
531
Points
71
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan 'fatwanya' sebelum ini bahawa solat orang Umno tidak mendapat sebarang pahala kerana parti itu kononnya menolak dasar Islam.

Beliau berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan apabila tolak Islam bermakna mereka turut menolak Allah SWT.

"Islam mari (datang) daripada Allah SWT, bukan mari daripada Nabi Muhammad SAW, bukan mari dari Kelantan, mari daripada Allah.

"Demo (UMNO) tolak Islam. Bila tolak Islam, erti dia tolak Allah, tolak Jibril, tolak Nabi Muhammad SAW, tolak Al-Quran. Kalau tolak Islam mesti automatik tolak Nabi, tolak Allah SWT," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pawah Rusa negeri di Kompleks Perkhidmatan Veterinar di sini hari ini.

Nik Aziz pada Jumaat mencetuskan kontroversi melalui fatwa beliau terhadap keislaman orang Umno apabila mendakwa sembahyang ahli parti itu tidak memberikan sebarang pahala.

Pemimpin PAS itu turut mendakwa Umno telah menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

Pada 17 November tahun lalu dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz mendakwa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekeh Islam dalam dasar parti itu.

Nik Abdul Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada Umno kini menganut agama Kristian, Buddha ataupun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Malah, bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) turut disamakan oleh Mursyidul Am PAS itu seperti memberi dedak serta padi kepada haiwan ternakan.
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
Maaf aku bertanya, Adakah ini hujjah yang orang bila menolak hukum Allah maka dia
tidak beriman dan solatnya tidak sah spt yg diwar-warkan oleh PAS.

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? Mereka hendak berhakim kepada thaghut[Orang yang menetapkan hukum secara curang menurut hawa nafsu], padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.( An Nisaa':60)

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.(An Nisaa':61)
Bukan ayat nih yang digunakan ... cuba awak tgk video TGNA tuh ...
 

satio

Active Member
Joined
Jan 12, 2011
Messages
1,905
Reaction score
69
Points
30
berat sungguh kesan politik ni pada org islam skrg...
 

arzaraza

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2010
Messages
5,762
Reaction score
28
Points
70
hukum Allah ni macam undang2 di dunia la.

kalau dah tolak apa yang Allah suruh adakah hang boleh mengaku beriman lagi?

sama jugak kalau hang tak mau ikut undang2 lalulintas adakah hang kata hang bawa kereta/moto dgn penuh disiplin?
mesti kena saman trafik punya ataupun hang langgar orang lain.
 

dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
islam.. kita percaya allah yang satu.. manusia tidak boleh menghukum manusia lain melibatkan agama .. kerana mereka bukan allah.. allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati hamba nya.. allah yang menerima ibadan hambanya.. dan allah juga memberi belas kasihan nya kepada hamba untuk masuk suhrganya... kalau nak dihitung dengan amalan manusia didunia ini.. hanya seperti zarah yang kecil jika nak dibandingan dgn nikmat yang allah berikan.. so jgn menghukum org lain.. silap diri kita sendiri bukan penghuni shurga...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register