BTC USD 99,833.4 Gold USD 2,680.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah Hamzah Zainuddin ialah Pengkhianat Sebenar dalam Bersatu?

Nafi lah pulak šŸ¤£

1711348070271.png



Fadillah nafi ada draf perjanjian peruntukan wakil rakyat pembangkang
bernama.png

Bernama
Diterbitkan: Mar 24, 2024 10:30 PM
ā‹…
Dikemaskini: 10:30 PM


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini berkata tidak wujud draf perjanjian berkaitan tuntutan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan Kerajaan MADANI seperti didakwa oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN).
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata tiada sebarang draf dokumen diserah atau diterima semasa pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.
ā€œSaya tegaskan sekali lagi dalam pertemuan saya bersama wakil-wakil pembangkang minggu lepas, tiada sebarang dokumen diberi oleh pihak Kerajaan MADANI mahupun pihak pembangkang.

ā€œIa sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka malah tiada perbincangan mengenai perjanjian pun,ā€ menurutnya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.




Beliau turut menggesa Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid daripada Bersatu, yang membangkitkan isu mengenai draf itu, agar meminta dokumen tersebut daripada Hamzah.
ā€œCuba lihat draf itu wujud atau tidak,ā€ katanya.

Pada 22 Mac lepas, Hamzah berkata pihaknya sudah menerima draf dokumen yang memperinci perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil turut menafikan kenyataan Hamzah berhubung perkara tersebut dan mengesahkan pertemuan Fadillah dengan Ketua Pembangkang itu hanya untuk mendengar pandangan mereka.



Menteri Komunikasi itu berkata Kerajaan Perpaduan telah meneliti perbincangan tersebut dan dijangka membuat tindakan susulan termasuk mengadakan perbincangan di peringkat Majlis Pimpinan Kerajaan MADANI yang akan diadakan nanti.

ā€œBuat masa ini, kita tidak dapat sesuatu yang substantif daripada pihak pembangkang jadi kita kena go back to the drawing board.

ā€œJika ada Ahli Parlimen pembangkang yang merasakan perbincangan ini agak lambat, jangan salahkan kerajaan, (mereka) kena tanya kepada Ketua Pembangkang kenapa ia lambat,ā€ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Ramadan CSR dan Iftar Perdana Lembah Pantai bersama Foodpanda Malaysia serta rakan kolaborasi di IWK Eco Park@Pantai Dalam di Kuala Lumpur hari ini.
- Bernama

 
Sponsored Post

ā€˜Wakilā€™ Anwar sudah serah draf perjanjian, dakwa Wan Fayhsal​


-25 Mar 2024, 08:48 AM

Pemimpin Bersatu itu mendakwa, perkara itu tidak diketahui sesiapa termasuk Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.​




Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa perdana menteri telah menyerahkan sebuah ā€˜draf perjanjianā€™ kepada Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menerusi wakil.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim ada menyerahkan ā€œdraf perjanjianā€ melalui ā€œwakilnyaā€ kepada Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Ketua Pemuda Bersatu mendakwa, perkara itu tidak diketahui sesiapa termasuk Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yang semalam menafikan kewujudan dokumen terbabit.

ā€œYang kamu tak tahu ialah PMX (Anwar) sudah hantar wakilnya dah serahkan dokumen tersebut kepada ketua pembangkang.

ā€œBukan semua benda PMX cerita dengan kamu. Memanglah TPM dan kamu tak tahu. Bukan ā€˜fake newsā€™,ā€ katanya di X.





Beliau berkata demikian membalas hantaran Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari yang menyelar tindakan pembangkang mengeluarkan pelbagai kenyataan ketika rundingan sedang dijalankan.

ā€œBelum apa-apa perjanjian atau perbincangan yang mendalam, dah mula jual cerita bukan-bukan. Pihak sebelah sana memang sinonim dengan golongan ā€˜fake newsā€™ ke?,ā€ soalnya.

Semalam, Fadillah berkata ā€œdraf perjanjianā€ yang diperkatakan pembangkang itu tidak wujud.

Fadillah, yang diberi tanggungjawab berunding dengan pembangkang berhubung peruntukan Ahli Parlimen berkata, beliau tiada menyerahkan sebarang draf seperti didakwa, dalam pertemuan dengan Hamzah.

Di Dewan Rakyat pada Khamis lepas, Hamzah berkata, pihaknya sudah menerima suatu draf dokumen yang memperincikan cadangan pemberian peruntukan daripada Fadillah.

Ahli Parlimen Bersatu Rosol Wahid semalam dilaporkan berkata, Ahli Parlimen PN menuntut peruntukan RM3.5 juta setahun dalam ā€œdraf tawaran perjanjian baharuā€ itu.


FMT telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan maklum balas.
 

Attachments

ā€˜Adakah Ahli Parlimen Machang cetak sendiri drafā€™, soal Fahmi​


-25 Mar 2024, 11:44 AM

Fahmi Fadzil menafikan ada wakil Anwar Ibrahim menyerahkan draf perjanjian melalui ā€˜wakilnyaā€™ kepada Hamzah Zainudin seperti didakwa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.​



View attachment 5e9c9a0c-fahmi-fadzil-wan-fayshal-collage-250324.webp
Fahmi Fadzil meminta Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal merujuk Fadillah Yusof, wakil rasmi kerajaan dalam rundingan peruntukan pembangkang.

KUALA LUMPUR: Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil menafikan dakwaan ada ā€œwakilā€ Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyerahkan ā€œdraf perjanjianā€ kepada Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Fahmi berkata beliau telah menyemak dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Ketua Setiausaha Politik Anwar Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa pegawai lain yang memaklumkan tiada draf diserahkan seperti didakwa Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

ā€œAdakah Ahli Parlimen Machang mencetak drafnya sendiri? Sebab sebelum ini beliau pernah cadang untuk selesai masalah ekonomi kena cetak wang.

ā€œSaya percaya beliau mungkin rasa terpanggil untuk menyelamatkan keadaan kerana yang disebut oleh ketua pembangkang (Hamzah) dalam Parlimen pada Khamis lalu ialah ada draf.




ā€œTetapi TPM (Fadillah Yusof) yang duduk bersama dengan ketua pembangkang apabila melaporkan kepada Kabinet menyatakan tidak ada sebarang draf dan perkara ini telah disahkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri,ā€ kata menteri komunikasi itu pada sidang media di Parlimen.

Terdahulu, Wan Fayhsal yang juga ketua Pemuda Bersatu mendakwa Anwar ada menyerahkan ā€œdraf perjanjianā€ melalui ā€œwakilnyaā€ kepada Hamzah, yang turut berkaitan dengan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.
Beliau mendakwa perkara itu tidak diketahui sesiapa termasuk Fadillah yang semalam menafikan kewujudan dokumen terbabit.

Fadillah, yang diberi tanggungjawab berunding dengan pembangkang berhubung peruntukan Ahli Parlimen berkata, beliau tidak menyerahkan sebarang draf seperti didakwa, dalam pertemuan dengan Hamzah pada 19 Mac lalu.

Di Dewan Rakyat pada Khamis lepas, Hamzah berkata, pihaknya sudah menerima suatu draf dokumen yang memperincikan cadangan pemberian peruntukan.

Ahli Parlimen Bersatu Rosol Wahid semalam dilaporkan berkata, Ahli Parlimen PN menuntut peruntukan RM3.5 juta setahun dalam ā€œdraf tawaran perjanjian baharuā€ itu.

Justeru, Fahmi meminta wakil rakyat Bersatu itu merujuk saluran rasmi yang sudah dilantik berhubung rundingan berkenaan.


ā€œSaya rasa kalau Ahli Parlimen Machang tak tahu apa-apa baik dia diam,ā€ tambahnya.
 
1711348513575.png


Wan Fayhsal dakwa PM sudah serah dokumen perjanjian

Diterbitkan: Mar 25, 2024 12:42 PM
ā‹…
Dikemaskini: 12:42 PM



Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerusi wakilnya sudah menyerahkan draf dokumen perjanjian mengenai peruntukan kepada wakil rakyat bukan kerajaan kepada Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Dalam satu balasan ciapan di X dengan ahli Parlimen PKR Taufiq Johari, dia yang juga ketua Armada Bersatu, berkata perkara itu dilakukan secara rahsia selepas Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menafikan kewujudan draf perjanjian itu semalam.

228e04f9b7d351db8861760322a53082.jpg
Fadillah Yusof

ā€œYang kamu tak tahu ialah PMX (Anwar) sudah hantar wakilnya dah serahkan dokumen tersebut kepada ketua pembangkang.

ā€œBukan semua benda PMX cerita dengan kamu macam dia buat deal dengan Bagan Datuk (Ahmad Zahid Hamidi) dulu.




ā€œMemanglah TPM (timbalan perdana menteri) dan kamu tak tahu. Bukan fake news,ā€ katanya dalam satu ciapan menjawab kenyataan Taufiq, yang mengkritik pembangkang kerana mengeluarkan kenyataan ketika rundingan masih berjalan.

Dalam kenyataan di X itu Taufiq berkata secara peribadi, dia merasakan perlu sebuah negara perpaduan yang harmoni dan damai.

ā€œPolitik matang dan sihat. Tapi belum apa-apa perjanjian atau perbincangan yang mendalam, dah mula jual cerita bukan-bukan. Pihak sebelah sana memang sinonim dengan golongan fake news ke?ā€ sinisnya.


acf8176cc01404d376586d2698a74037.jpg
Taufiq Johari
Semalam Fadillah berkata tidak timbul wujudnya draf perjanjian baharu itu seperti yang didakwa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dengan kerajaan.



Jelasnya, pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu hanya mendengar permohonan PN dan apa yang mereka tawarkan, namun tiada sebarang dokumen diberi atau pun diterima.

ā€œSaya tegaskan sekali lagi dalam pertemuan saya bersama wakil-wakil pembangkang minggu lepas, tiada sebarang dokumen diberi oleh pihak kerajaan Madani mahupun pihak pembangkang.

ā€œIa sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka malah tiada perbincangan mengenai perjanjian pun,ā€ katanya. Pada 22 Mac lepas, Hamzah berkata pihaknya sudah menerima draf dokumen yang memperinci perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

9bb81856c090c3a4e8d2bf0d97ef9d21.jpg
Hamzah Zainudin
Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil turut menafikan kenyataan Hamzah berhubung perkara tersebut dan mengesahkan pertemuan Fadillah dengan ketua pembangkang itu hanya untuk mendengar pandangan mereka.

 

ā€˜Adakah Ahli Parlimen Machang cetak sendiri drafā€™, soal Fahmi​


-25 Mar 2024, 11:44 AM

Fahmi Fadzil menafikan ada wakil Anwar Ibrahim menyerahkan draf perjanjian melalui ā€˜wakilnyaā€™ kepada Hamzah Zainudin seperti didakwa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.​



View attachment 5e9c9a0c-fahmi-fadzil-wan-fayshal-collage-250324.webp
Fahmi Fadzil meminta Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal merujuk Fadillah Yusof, wakil rasmi kerajaan dalam rundingan peruntukan pembangkang.

KUALA LUMPUR: Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil menafikan dakwaan ada ā€œwakilā€ Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyerahkan ā€œdraf perjanjianā€ kepada Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Fahmi berkata beliau telah menyemak dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Ketua Setiausaha Politik Anwar Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa pegawai lain yang memaklumkan tiada draf diserahkan seperti didakwa Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

ā€œAdakah Ahli Parlimen Machang mencetak drafnya sendiri? Sebab sebelum ini beliau pernah cadang untuk selesai masalah ekonomi kena cetak wang.

ā€œSaya percaya beliau mungkin rasa terpanggil untuk menyelamatkan keadaan kerana yang disebut oleh ketua pembangkang (Hamzah) dalam Parlimen pada Khamis lalu ialah ada draf.




ā€œTetapi TPM (Fadillah Yusof) yang duduk bersama dengan ketua pembangkang apabila melaporkan kepada Kabinet menyatakan tidak ada sebarang draf dan perkara ini telah disahkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri,ā€ kata menteri komunikasi itu pada sidang media di Parlimen.

Terdahulu, Wan Fayhsal yang juga ketua Pemuda Bersatu mendakwa Anwar ada menyerahkan ā€œdraf perjanjianā€ melalui ā€œwakilnyaā€ kepada Hamzah, yang turut berkaitan dengan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.
Beliau mendakwa perkara itu tidak diketahui sesiapa termasuk Fadillah yang semalam menafikan kewujudan dokumen terbabit.

Fadillah, yang diberi tanggungjawab berunding dengan pembangkang berhubung peruntukan Ahli Parlimen berkata, beliau tidak menyerahkan sebarang draf seperti didakwa, dalam pertemuan dengan Hamzah pada 19 Mac lalu.

Di Dewan Rakyat pada Khamis lepas, Hamzah berkata, pihaknya sudah menerima suatu draf dokumen yang memperincikan cadangan pemberian peruntukan.

Ahli Parlimen Bersatu Rosol Wahid semalam dilaporkan berkata, Ahli Parlimen PN menuntut peruntukan RM3.5 juta setahun dalam ā€œdraf tawaran perjanjian baharuā€ itu.

Justeru, Fahmi meminta wakil rakyat Bersatu itu merujuk saluran rasmi yang sudah dilantik berhubung rundingan berkenaan.


ā€œSaya rasa kalau Ahli Parlimen Machang tak tahu apa-apa baik dia diam,ā€ tambahnya.
Mat jargon jadi mat cetak lah lepas ning.
 
Bosan dah aku politik malaysia..semua mangkun hayun...
Hadap jer lah, sbb masih ada yg taruh harapan pada parti dia. Bagi aku semua sama, biarpun ada yg mmg ikhlas nk buat Islah, atau nk i'la Islam dlm negara, tp byk kekangan luaran yg di luar kawalan.
 
Hadap jer lah, sbb masih ada yg taruh harapan pada parti dia. Bagi aku semua sama, biarpun ada yg mmg ikhlas nk buat Islah, atau nk i'la Islam dlm negara, tp byk kekangan luaran yg di luar kawalan.
yg islam sanggup berPADU dgn mereka yg benci islam....tak leh buat apa...ada manusia mcm tu...bila agama dihina...dia takde rasa apa apa..janji boleh makan minum...happy happy sikit..cukup dah bagi dia...
 
2375beb8b35d4563672d7aeadceb1c70.jpg


mk-small-logo-50.png

BERITA
Usul rujuk Saifuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Diterbitkan: Mar 25, 2024 4:22 PM
ā‹…
Dikemaskini: 4:22 PM



http://www.facebook.com/share.php?u=https://www.malaysiakini.com/news/700629
https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/700629
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/700629
Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata dia telah merujuk Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ini kerana, katanya, Saifuddin membuat dakwaan mengelirukan sebanyak tiga kali di Dewan Rakyat mengenai Perikatan Nasional.

51bd9e4eb6b7092959ad566002a4986f.jpg
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

ā€œBeliau tidak menarik balik sama sekali dakwaan yg menyatakan, sebanyak tiga kali dibuat dalam Dewan Rakyat.
ā€œ(Sepanjang) zaman Pagoh YB Tan Sri Muhyiddin (Yassin) jadi PM tidak ada sekupang pun peruntukan disalurkan kepada pembangkang. Ini tidak tepat.



ā€œUntuk makluman rakan-rakan media dan rakyat Malaysia, zaman PN memerintah, zaman Covid-19, semua ahli parlimen, termasuk pembangkang, malah Dewan Negara sekalipun, menerima peruntukan berjumlah RM300,000 untuk bantuan bakul makanan - tanpa ada sebarang rundingan yang dibuat ketika itu,ā€ kata Wan Fayhsal.

Katanya, Saifuddin dirujuk di bawah Perkara 36(12) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut Wan Fayhsal, bagi seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat adalah terbukti berpolitik dengan cara tidak sihat.

ā€œKita minta beliau tarik balik dalam Dewan itu saja sebenarnya, bukan susah pun tapi tidak dibuat.

ā€œJadi saya terpaksa rujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan supaya fakta ini dibetulkan dan menunjukkan YB Pagoh dan juga kerajaan PN tidak pernah menzalimi pembangkang seperti mana kami dizalimi pada hari ini,ā€ katanya
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register