BTC USD 76,403.2 Gold USD 2,684.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah Hamzah Zainuddin ialah Pengkhianat Sebenar dalam Bersatu?

Sponsored Post

ramai tak suka kerajaan perpaduan @ madani. tapi party lain pun ada je issue. tak cukup berwibawa nak fight. siapalah kita nak undi GE16 nanti. jadi walanon juga lah jawabnya.
Next GE aku mmg akan kembali undi PAS, insyaallah.

Selain nk bagi peluang kpd Ulama, aku nk bagi walaun yg masih terawang2 bayangkan suasana akan indah bila pimpinan sanjungan memimpin, akan kembali memijak tanah.
 
1711069027352.png



PN sudah terima draf perjanjian peruntukan sekata
Diterbitkan: Mar 21, 2024 9:07 PM

Dikemaskini: 9:07 PM



PARLIMEN | Hamzah Zainudin hari ini berkata dia sudah menerima dokumen yang memperincikan rundingan mengenai peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.

Katanya dia menerima draf tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

"Cuma kita (pembangkang) nak lihat perkara-perkara yang menjadi syarat dalam dokumen itu," katanya semasa berbalas hujah dengan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Ketika itu Saifuddin sesi penerangan mengenai langkah pemerkasaan Lembaga Penapisan Filem.



Pertikaian singkat di antara dua ahli politik itu bermula apabila RSN Rayer (PH–Jelutong) mencadangkan agar dihasilkan filem lanjutan Anwar: The Untold Story bagi menceritakan kisah pihak yang telah mengkhianati Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam perjalanan politiknya.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, tidak ada keperluan untuk sekuel seperti itu dan menyifatkan Anwar seorang yang memandang ke hadapan dan pemaaf.

Sambil menyokong kenyataan Saifuddin bahawa pemimpin harus memaafkan, Hamzah turut membidas Anwar kerana "cakap tak serupa bikin" apabila menganggap perdana menteri itu menindas pembangkang.

"Jangan timbulkan polemik di negara apabila pemimpin ni cakap tak serupa bikin.




"Saya nasihat sesama kita hari, pada bulan puasa ni, berlaku adillah kepada semua. Itu permintaan saya,” kata ketua pembangkang itu.

Nampak sebagai pendendam
Sebagai respons, Saifuddin berkata jika Hamzah bercakap mengenai peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang, ahli parlimen PH juga tidak menerimanya ketika Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin (Pagoh) menjadi perdana menteri.

Kata Saifuddin, dia masing ingat bagaimana Muhyiddin ketika itu memberikan jawapan terhadap permintaan ahli parlimen PH yang mahu peruntukan pembangunan kawasan disalurkan melalui wakil rakyat setempat.

Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha PH menjelaskan, peruntukan memang diberi ke kawasan pembangkang namun tidak melalui ahli parlimen pembangkang.

“Hanya semasa Bera (Ismail Sabri Yaakob) menjadi perdana menteri, kami menerima peruntukan itu.
"Secara kebetulan, saya dan Larut berada dalam jawatankuasa Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) pada masa itu," kata Saifuddin.

Bagaimanapun, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu dan PN berkata, Saifuddin telah tersilap apa yang diperkatakannya.


9514a95513a4fa8f64bedd771ca4a792.jpg
Anwar Ibrahim



Kata Hamzah dia tidak bercakap mengenai peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen sebaliknya merujuk kepada pelbagai isu lain.

“Banyak perkara lain yang saya maksudkan. Orang nampak perdana menteri (Anwar) sebagai seorang yang sangat berdendam.

“Contohnya, dikatakan kerajaan sebelum ini (PN) menggunakan wang berbilion-bilion, RM600 bilion, RM300 bilion, tetapi akhirnya tidak ada apa-apa.

"Inilah yang dilihat oleh rakyat. Tindakan lebih berkesan berbanding kata-kata.

“Baru dua tiga hari lalu, saya berjumpa timbalan perdana menteri. Peruntukan adalah dua hala – anda tawarkan, kami terima.
"Sama ada kita tangguh atau tidak, itu perkara lain.
"Apabila anda mempunyai kuasa, jangan menyalahgunakan majoriti yang anda ada," kata Hamzah.


dfc033cc69f0e055152e73b2a6a00f49.jpg

Saifuddin kemudian menjelaskan pada awalnya dia membuat tafsiran sebegitu kerana terdapat banyak aduan yang dibuat oleh ahli parlimen pembangkang mengenai isu peruntukan sama rata kepada ahli parlimen.

Bagaimanapun, mengenai dakwaan Hamzah bahawa Anwar adalah individu yang pendendam, Saifuddin berkata dia “serahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai”.

“Setakat ini, insya-Allah, kerajaan kukuh, bersatu dan berfungsi.

“Saya rasa mari kita ikuti bersama-sama rangka kerja yang pembangkang boleh terus mengkritik.

“Pembangkang boleh jadi (mekanisme) semak dan imbang, untuk memantau,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata perbincangan akan diadakan dengan wakil pembangkang berhubung permintaan mereka mendapatkan peruntukan sama rata.

Fadillah berkata, hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet minggu depan.
 
ramai tak suka kerajaan perpaduan @ madani. tapi party lain pun ada je issue. tak cukup berwibawa nak fight. siapalah kita nak undi GE16 nanti. jadi walanon juga lah jawabnya.
takde lah aku nak undi lulusan sastera aka si munafiq besar jd kerajaan balik.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register