BTC USD 49,103.1 Gold USD 1,701.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah Esok Untuk BN ?

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,032
Reaction score
3,798
Points
236
Tentu tidak mudah bagi Tun Abdul Razak Hussein mengambil keputusan mengubah parti Perikatan, kepada jenama yang sepenuhnya baharu. Kalau tidak cermat, tranformasi parti Perikatan pada 1973 itu boleh mengelirukan dan membawa padah. Boleh jadi “total lost”. Tapi ia perlu dilakukan juga selepas tercetus tragedi 13 Mei 1969; dan selepas prestasi buruk parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1969. Kedua-dua peristiwa berkenaan mendesak pimpinan parti Perikatan (khususnya Umno) memikir kembali strategi dan hala tuju gabungan politik era berkenaan.

Keputusannya, nama “Perikatan” dan logo kapal layar digugurkan. Ditukar kepada jenama dan imej yang sepenuhnya baru; dengan nama Barisan Nasional (BN), dan lambang dacing. Lambang dacing bukanlah jenis penimbang yang selalunya terdapat di kedai-kedai runcit atau pasar ikan. Lambang dacing diambil daripada simbol klasik keadilan sejagat yang dipegang oleh watak Ratu Adil; bertutup mata, serta tangan kiri memegang pedang. Mahasiswa undang-undang tentu pernah melihat imej berkenaan.

54f0a78235958ba1f95babf11f647466.jpg

Penubuhan BN mempunyai matlamat agung, iaitu mahu mencapai keadilan sosial. Tanpa keadilan, Malaysia tidak akan dapat memupuk perpaduan. Dan tanpa perpaduan, peristiwa seumpama 13 Mei boleh berulang. Bersatu di atas faham perkauman sempit, pengkhianatan dan curang akan merosak batang tubuh bangsa. Begitulah hebatnya kesedaran bapa-bapa pendiri bangsa kita dalam mengenal pasti persoalan besar, dan merumuskan penyelesaian. Mereka cukup bijak serta berani mengorak langkah yang luar biasa.

BN dan lambang dacing itu sendiri jauh lebih bermakna berbanding nama serta logo Perikatan Nasional (PN) hari ini yang diciptakan oleh kem Muhyiddin Yassin. PN dilihat tidak lebih sebagai parti yang berdiri atas rasa dendam dan politik kebencian.

4a5ecf7daa8b3d65182af0196eb63721.jpg

PN tidak ada imej berupa gambar tertentu. Meski warna biru tua cuba meniru birunya BN, logo yang berupa tulisan “Perikatan Nasional” tidak membawa apa-apa pengertian tersirat. Ia sekadar tulisan buta. PN juga ditubuhkan secara tergesa-gesa selepas rampasan kuasa dalam “Langkah Sheraton”, Mac 2020. Selain itu, ia turut didaftar dan dirasmikan dengan terkocoh-kacah bagi memenuhi keperluan kempen pilihan raya mengejut negeri Sabah, September lalu. Bandingkan, sebelum BN didirikan, beberapa dasar telah pun dirumus oleh pentadbiran Abdul Razak sebagai PM ke-2. Antaranya, usaha pengagihan kekayaan yang saksama dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berkonsepkan kebijakan “affirmative action”.

Rusia sebelumnya telah berjaya mengeluarkan negara mereka daripada kemelesetan ekonomi yang dahsyat dengan konsep berkenaan. Bahkan Kesatuan Soviet juga dikenali sebagai “Affirmative Action Empire” pertama di dunia.

026772b0b9df82aa0ebe3304b591682e.jpg

Dalam masa sama, generasi kepimpinan di era Abdul Razak juga memperkenalkan ideologi negara yang kita ikrarkan sebagai “Rukun Negara”—ringkas, padat dan cukup berkesan sebagai penyataan jiwa Malaysia dan rakyatnya. Para pendiri bangsa—yang saya sebut sebagai “generasi era Abdul Razak” tadi—mungkin telah mengambil ikhtibar daripada keadaan politik tidak stabil di banyak negara muda di Asia, yang juga baru merdeka. Misalnya pemisahan India-Pakistan yang sebelumnya merupakan negara yang satu, tapi terpecah akibat pergeseran Muslim-Hindu. Di Indonesia pada pertengahan 1960-an pula telah berlaku pembunuhan jutaan jiwa akibat faham Komunisme dan kecurigaan kaum.

Jika dipelajari sejarah Amerika, keadaan di negara Uncle Sam itu lebih berkecamuk. Meski Amerika mencapai kemerdekaan jauh sebelum Tanah Melayu, iaitu pada 1776; namun akibat banyak perkara asas yang tidak beres, pada 1861 perang saudara tercetus. Kepimpinan yang ikhlas dan cekap di antara generasi era Abdul Razak telah dengan cepat menyediakan asas kenegaraan; yang di Pakistan, India, Indonesia dan Amerika mengambil masa lama untuk dipersiapkan.

Dengan matlamat “kerajaan Melayu-Islam”, PN bukan penyelesaian kepada kesatuan dan perpaduan Malaysia. PN itu sendiri merupakan punca perpecahan dengan wujudnya parti-parti perkauman aliran keras di dalamnya. PN tidak lebih adalah blok ketiga atau “third force” diluar BN dan Pakatan Harapan (PH).

8190392287c0e3e0a1dd5700a95552f4.jpeg
Namun, BN tetap ada kelemahan.

Punca kehancuran BN bermula bukan di era Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM ke-5, mahupun Najib Razak sebagai PM ke-6. BN mula mereput dari dalam dimakan anai-anai yang menetas serta membiak sejak era Dr Mahathir Muhamad menjadi PM ke-4 lagi. Kalau hendak dikatakan Mahathir membawa kemajuan, kerosakan yang ditinggalkan juga sangat banyak. Kalau dikatakan Mahathir dapat memajukan banyak sektor, menjahanamkan sektor yang lain juga tidak terhitung.

Kesan terhebat tinggalan Mahathir adalah amalan politik tanpa nilai, yang bagi saya lebih rendah ketimbangkan “politik Machiavelli”. Machiavellian sanggup melakukan apa sahaja untuk menang demi negara; tapi, Mahathirisme melakukan apa sahaja untuk menang adalah demi nafsu diri dan kelompoknya. Negara hanya dijadikan alasan, selain sebagai sumber menumpuk kekayaan. Kita tahu BN tumbang dalam PRU ke-14 dengan Najib terpaksa menanggung beban. Siapa pun yang berada di tempat Najib pada 2018, BN tetap bisa kecundang meski tidak wujud skandal 1MDB.

597ae5a8b236ddefeff880bd4dd5d6ce.jpeg

Sebab-musababnya adalah seperti yang dinyatakan tadi, yakni Umno sudah terlalu lama mereput dimakan asai Mahathirisme. Anai-anai itu gagal dibasmi meski selepas Mahathir melepaskan jawatan PM pada 2003. Di dalam PRU akan datang, dengan keadaan BN yang sudah berusia 48 tahun kini, adalah sukar untuk BN kembali menang dan menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana 11 kali PRU sebelumnya. Sekarang BN mempunyai 41 kerusi parlimen—39 daripadanya kerusi Umno. Kekuatan semasa Umno samalah dengan jumlah kerusi yang dimiliki oleh Keadilan yang berada dalam PH.

Tidak dinafikan, imej PH juga sangat buruk tercalar—juga bahana dirosakkan di era Mahathir menjadi PM kali kedua tempohari. Kalau PH masuk pilihan raya dengan bendera merah berkelapa anak panah itu, besar kemungkinan PH akan ditolak pengundi. Logo PH seakan sudah jadi imej traumatik kepada rakyat.

Begitulah teruknya PH telah dirosakkan Mahathir, Muhyiddin bahkan kumpulan Azmin Ali. Seiringan itu, ramai melihat PN hanyalah sebagai PH 2.0 kerana PM dan ramai menterinya diangkut dari PH 1.0. Mungkin di sinilah titik persamaan BN dan PH kerana keduanya telah dibinasakan oleh individu yang sama.

cddc348bacebda31e1cd149bce5cc26e.jpeg

Selain itu, Umno dengan cepat perlu menyedari bahawa Pas sama sekali bukan kawan. Tidakkah semakin jelas, Pas lebih berminat dengan pihak yang boleh mereka tunggang untuk berkuasa? Dengan kekuatan sendiri, sampai kiamat pun Pas takkan mampu menjadi kerajaan pusat. Kalau Umno sumber kuasanya, maka Umno sahabat Pas. Kalau PPBM sumber kuasa itu, maka PPBM sahabat Pas. Kata sesetengah orang, agama lagikan Pas tunggang, apalah sangat parti politik seperti Umno atau PPBM.

Selepas ditinggalkan banyak parti, terutama dari Sabah dan Sarawak, BN tidak dapat tidak perlu melakukan “restart” dengan penjajaran baru parti-parti. Di situlah makna sebenar “grand coalition”—dan bukan macam sesetengah pihak yang hendak memungut parti sisa yang sudah luput kehormatan. Bagi BN sendiri, kisah generasi era Abdul Razak yang dijelaskan agak panjang di atas, perlu dijadikan panduan. Gabungan besar baharu perlulah meliputi falsafah politik dan ekonomi, konsep dan imej, serta meneliti jiwa setiap parti yang akan dirangkul bersama.

Tanpa kesediaan untuk melakukan tranformasi besar ini—sepertimana Abdul Razak mengubah parti Perikatan kepada BN dahulu—jalan ke depan bagi BN sangat kelam. Namun sekiranya perjuangan generasi era Abdul Razak dijadikan rujukan, dalam PRU ke-15 nanti, PN hanyalah tandingan yang terlalu kerdil untuk ‘BN’ yang baharu. Sebagai anggota Keadilan, saya tidak mahu menaruh impian berlebih-lebih kerana yakin, Keadilan tetap punya pilihan. Saya hanya mahu membayangkan betapa gementarnya PN dan sekutu mereka apabila mendengar laungan slogan “barisan rakyat, barisan kita!” Bersamanya ada pengertian besar “suara rakyat, suara keramat”.

Malaysia seperti yang dihasratkan oleh pejuang kemerdekaan dan bapa-bapa pendiri bangsa kita, perlu dibangunkan semula. Lekas! Sekarang juga.

HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi.

Sumber asal https://www.malaysiakini.com/news/557436
 
Sponsored Post

hani85

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2010
Messages
6,828
Reaction score
262
Points
91
tulisan yg bagus.. walaupun ade bau2 bias tu

takpelah.. nasihat yg baik utk semua org.. (y)
Tak cukup bagus untuk saya. Penulis gagal menjelaskan punca yang BN jatuh lingkup adalah fitnah yang berleluasa. Memang lah tak nak dedah kesalahan sendiri, kan? PKR pun terlibat sama.

Dan kelakarnya, knowing Mahathir macamtu, masih lagi nak bekerjasama dengan Mahathir. Bila dah kena tikam bertubi-tubi mulalah meratib itu ini.

Yang bagi pisau kat Mahathir tu dah kenapa? Haish.
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,098
Reaction score
1,265
Points
111
Tak cukup bagus untuk saya. Penulis gagal menjelaskan punca yang BN jatuh lingkup adalah fitnah yang berleluasa. Memang lah tak nak dedah kesalahan sendiri, kan? PKR pun terlibat sama.

Dan kelakarnya, knowing Mahathir macamtu, masih lagi nak bekerjasama dengan Mahathir. Bila dah kena tikam bertubi-tubi mulalah meratib itu ini.

Yang bagi pisau kat Mahathir tu dah kenapa? Haish.
Wah. Komen yang bagus
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,812
Reaction score
1,212
Points
151
Tak cukup bagus untuk saya. Penulis gagal menjelaskan punca yang BN jatuh lingkup adalah fitnah yang berleluasa. Memang lah tak nak dedah kesalahan sendiri, kan? PKR pun terlibat sama.

Dan kelakarnya, knowing Mahathir macamtu, masih lagi nak bekerjasama dengan Mahathir. Bila dah kena tikam bertubi-tubi mulalah meratib itu ini.

Yang bagi pisau kat Mahathir tu dah kenapa? Haish.
Bkn semuanya fitnah ada jgk yg betul......kt xleh lari dr realiti, bila berkuasa kt anggap kt dh terbaik tp bnyk lg kelemahan yg kt boleh perbaiki
 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,110
Reaction score
292
Points
41
tak lupa juga zaman pemerintahan BN adalah zaman ketirisan dana kerajaan...tapi ye la...bak kata pujangga...asal melayu isle
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
975
Reaction score
443
Points
41
betul tu bro..

org benci bn umno ni dulu sbb byk kaki songlap kaki samseng .. sbb ramai tak boleh beza dia wakil kerajaan atau cuma dari parti memerintah .. dia punya berlagak tu mmg tak ingat dunia.. padanlah muka terduduk aritu

skrg dah kurang sbb lepas kalah dulu ramai lompat ke ppbm etc

nak cari lubuk duit baru.. nak cari tuan baru.. tapi tengok gaya tersangkut juga sbb org ppbm dah standby dari awal

org pun dah pangkah sbb tau dia mmg nak cari duit / pangkat je.. bukan nak tolong rakyat pun..

bn byk buat project utk rakyat.. tp masalah dia org bawahan yg songlap.. dari ketua cawangan sampai ke menteri

aku tak kata bn dah suci.. tp penyakit dia tu dah berpindah ke parti lain bila diorang tinggal kan umno lepas kalah dulu.. party lain pun bergelut dgn masalah dalaman juga.. dari dulu sampai skrg, takde yg 100% perfect

dlm politic ni.. kita kena tengok policy dgn delivery.. betul tak apa dia janji dgn apa yg dia bawak.. bukan setakat nama party je.. sbb org dlm dia tu bila2 je boleh gelap mata bila tengok duit.. ni mmg sikap manusia, tak kira party pun

pru15 ni lagi menarik.. sbb bn ade banyak point nak hentam ph masa 22 bulan dulu.. byk juga tuduhan dulu yg diorang jilat balik sbb konon tak tau duit dah takde .. janji pun byk tipu buat2 tak tau bila dah ada kuasa

kan lebih kurang bn lama jugak tu.. haha .. so skrg ni kenalah upgrade apa yg patut.. buang mana yg bermasalah

takpelah.. kita tengok dulu perkembangan terbaru party masing2 camne.. ade yg makin kuat, ade yg makin kabur.. apa2 pun PRU15 nanti dijangka mmg akan sengit..

sekadar pandangan sendiri je.. maaf kalau ade yg terasa.. ;)
 

pinjamankereta2013

Fun Poster
Joined
Feb 8, 2013
Messages
888
Reaction score
160
Points
33
Aku akan pangkah parti selain dari BN
Baru dia tau apa erti melokop ko skang
Selagi zahid ada..selagi muka muka penyamun ada.. aku xkan pangkah BN

BN nie suci sikit skang sebab haritu dah mammpos
Kalau tak berlagak tak hengat
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
2,700
Reaction score
654
Points
81
Aku akan pangkah parti selain dari BN
Baru dia tau apa erti melokop ko skang
Selagi zahid ada..selagi muka muka penyamun ada.. aku xkan pangkah BN

BN nie suci sikit skang sebab haritu dah mammpos
Kalau tak berlagak tak hengat
bosan dah sentimen penyamun ni.. pru14 elok je rakyat angkat ketua penyamun jd pm.. next....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register