Info Adakah China Sedang Merancang Rampasan Semula Taiwan Ketika Ini ?

CG Sponsors




Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,440
Reaction score
1,947
Points
201
gebang lebih je china ni.
takut terciduk je nanti.
standard betul perangai China dan geng mereka ni... - mereka buat pasal...hantam org...kacau org....provoked org...lepas tu berlakon jadi mangsa keadaan..seolah olah org dengki dgn mereka...
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201
Cross-strait tensions: Taiwan's says its armed forces have right to self-defence, counter attack


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201
China 'mesti berundur' - Taiwan

TAIPEI: Taiwan menuntut supaya China berundur dan menuduhnya mengancam keamanan selepas seorang pegawai Beijing menolak sempadan laut yang diiktiraf meluas berikutan pencerobohan baru-baru ini.

Menteri Luar, Joseph Wu menggesa Beijing supaya 'kembali ke piawaian antarabangsa' selepas jurucakap Kementerian Luar China mengatakan, tidak ada apa yang disebut garis sempadan di Selat Taiwan kerana 'Taiwan adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari wilayah China'.

Wu memberitahu wartawan bahawa garis sempadan menjadi simbol untuk mencegah konflik ketenteraan dan menjaga keamanan serta kestabilan di Selat Taiwan selama bertahun-tahun dan komen Kementerian Luar China dianggap seperti ingin menghancurkan status quo.

"Saya menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengutuk Parti Komunis China (CCP) atas kata-kata dan perbuatannya yang berbahaya dan provokatif, yang mengancam perdamaian... China mesti berundur," tambahnya dalam ciapan di Twitter.

China menganggap Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya, jika perlu secara paksa untuk diserap ke Tanah Besar, walaupun negara itu sudah memerintah secara sendiri selama lebih tujuh dekad.

Beijing telah meningkatkan tekanan di pulau demokratik itu sejak pemilihan Presiden Tsai Ing-wen pada 2016, yang menolak pandangannya bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada China.

Tahun lalu, Taiwan menuduh China melanggar perjanjian lama selepas jet pejuangnya untuk kali pertama melintasi garis tengah perairan yang memisahkan kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, pengaruh Washington yang semakin meluas ke Taiwan di bawah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi satu lagi titik tolak pertikaian dengan Beijing, ketika AS dan China bertelagah dengan pelbagai masalah perdagangan dan keselamatan serta pandemik COVID-19.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Taiwan melaporkan peningkatan pencerobohan pesawat perang China ke zon pengenalan pertahanan udara (ADIZ). - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201
Taiwan warns China to 'back off' after military planes enter Taiwan's air defence zone | DW News


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201
Ongoing threats from China push Taiwan towards the US


 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,453
Reaction score
305
Points
131
pentingnya Taiwan kpd US sbb bole jadikan pangkalan tentera..
China pula nak luaskan jajahan laut dan darat dah sudah tentu utk kurangkan pangkalan tentera US..

tgk gaya, mmg negara ketiga yg akan jadi mangsa permusuhan US-China..
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201

Taiwan to strengthen defences as China tensions escalate
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201
China sekat firma AS jual senjata kepada Taiwan

BEIJING: China hari ini menegaskan akan mengenakan sekatan terhadap Lockheed Martin, iaitu unit Boeing dan firma Amerika Syarikat (AS) lain yang terbabit dalam kegiatan jual senjata kepada Taiwan, sebuah negara dianggap wilayah Beijing.

Dua firma gergasi AS itu terbabit dengan penjualan baru-baru ini, bernilai AS$1 bilion (RM4.16 bilion) berupa peluru berpandu kepada Taiwan termasuk syarikat Raytheon.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian, menegaskan AS supaya berhenti menjual senjata kepada negara berkenaan.

Status Taiwan berpotensi untuk tercetusnya konflik antara AS dan China dalam pertikaian meluas membabitkan teknologi, keselamatan dan kuasa perdagangan.

Pada minggu lalu, Jabatan Negara AS meluluskan penjualan peluru berpandu 135 udara-ke-darat yang menurut Kementerian Pertahanan Taiwan bagi membangunkan keupayaan pertempuran.

Turut diluluskan adalah enam pod pengendap udara MS-110 dan 11 pelancar roket ringan mudah alih M142, menjadikan pakej tiga senjata itu bernilai AS$1.8 bilion (RM7.5 bilion).

Beijing menegaskan, negara kepulauan yang ditadbir sendiri itu adalah sebahagian dari wilayahnya dan berjanji untuk bertindak balas dengan cara ketenteraan sekiranya Taipei secara rasmi bergerak ke arah kemerdekaan.

Menurut Zhao, sekatan itu untuk melindungi kepentingan nasional dan akan dikenakan bagi mereka yang berkelakuan buruk dalam proses penjualan senjata kepada Taiwan.

"Kami akan terus mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi kedaulatan nasional dan kepentingan keamanan," kata Zhao tanpa perincian lanjut.

Beijing meningkatkan tekanan diplomatik dan ketenteraan terhadap Taiwan sejak pemilihan Presiden Tsai Ing-wen pada 2016.

China melihat Taiwan sebagai negara de facto yang berdaulat dan bukan sebahagian dari 'Satu China'.

Pesawat tempur dan pengebom China dilihat memasuki zon pertahanan udara Taiwan dengan kerap pada beberapa bulan lalu, sementara filem propaganda menunjukkan serangan simulasi ke atas wilayah seperti Taiwan.

Beijing sebelum ini pernah menyekat Lockheed untuk penjualan senjata. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201
AS umum jualan senjata AS$2.4 bilion kepada Taiwan
tw-missile_1603775124.jpg

Antara peluru berpandu yang dijual AS kepada Taiwan dalam pakej pertahanan bernilai hampir RM1 trillion. - Foto AFP


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan jualan 100 senjata sistem pertahanan pantai, Harpoon, bernilai AS$2.4 bilion (hampir RM1 trilion) kepada Taiwan.

Urus niaga itu menimbulkan kemarahan China, yang bantahannya terhadap jualan peluru berpandu bernilai AS$1 bilion (RM4.1 bilion) kepada Taiwan minggu lalu, tidak diendahkan oleh AS.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas China memutuskan kemungkinan menyekat firma AS yang terbabit dalam penjualan senjata api terdahulu, melakukan sebarang urus niaga dengan negara kepulauan demokratik bebas itu.

Menurut Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan, cadangan penjualan sistem Harpoon itu berpotensi menambah keselamatan penerima dan membantu mengekalkan kestabilan politik, keseimbangan tentera dan kemajuan negara.

Perjanjian itu membabitkan 100 senjata sistem pertahanan pantai, Harpoon termasuk pelancar peluru berpandu 400 RGM-84L-4 Harpoon Block II dengan keupayaan jarak serangan sekitar 125 kilometer.

Peluru berpandu dihasilkan oleh Boeing itu boleh diletakkan di lokasi tetap atau di belakang trak.

Pejabat Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, mengeluarkan satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada AS berhubung penjualan itu dan berkata ia akan meningkatkan keupayaan perang.

Taiwan sering kali berdepan ancaman China, yang pemimpinnya menganggap kepulauan itu sebagai salah satu daripada wilayah mereka, malah berikrar akan mengambilnya semula secara paksa jika perlu.

China dilihat ingin menekan Taiwan sejak pilihan raya 2016 dan Ing-wen pula menganggap Taiwan sebagai negara berdaulat, bukannya sebahagian daripada 'Satu China'.

Sejak beberapa bulan lalu, jet pejuang China dan pengebom kerap menceroboh ruang udara Taiwan dan filem propaganda menunjukkan serangan terhadap Taiwan serta pangkalan AS di Guam turut dihasilkan. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register