Info Adakah China Sedang Merancang Rampasan Semula Taiwan Ketika Ini ?

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Pada 19 Januari 2020, berlegar sebuah gambar di laman media sosial popular China, Weibo menunjukkan satu kumpulan pegawai tentera China sedang tekun menjalankan tugas mereka di dalam sebuah pusat operasi.

Screenshot-1576.jpg


Gambar tersebut tidak menampakkan apa-apa yang istimewa, tetapi bagi mereka yang bermata tajam mereka menyedari peta dan model skala dalam bilik operasi itu sebenarnya merupakan peta kepada Taiwan.

Screenshot-1577.jpg


Beberapa petunjuk yang ditegakkan atas peta itu menunjukkan laluan yang berpotensi untuk dijadikan pintu masuk tentera China ke Taiwan, melalui kawasan kepulauan Kinmen dan Penghu yang dikuasai Taiwan, sebelum hadir ke bahagian selatan pulau Taiwan sendiri.

Gambar yang dipercayai sengaja dibocorkan tentera China yang dikenalpasti sebagai kumpulan 'Operasi Pendaratan dan Peperangan Pulau Selatan' menimbulkan kebimbangan orang ramai, adakah China akan mengambil kesempatan ke atas wabak yang sedang melanda merampas kembali Taiwan.


Kemenangan besar pemerintah Taiwan anti China dalam pilihanraya

Screenshot-1578.jpg


Tidak diketahui adakah pembocoran gambar bilik operasi itu merupakan satu tindak balas kerajaan China terhadap kemenangan besar Presiden Tsai Ing-wen memenangi lebih 57% jumlah undian, dalam pilihanraya yang selesai pada 11 Januari 2020.

Terkenal sebagai seorang yang terbuka dalam pandangannya bahawa China perlu menghormati pendirian Taiwan serta mengakui kedaulatan mereka, kemenangan besar Tsai Ing-wen itu dilihat sebagai satu petunjuk; rakyat Taiwan sendiri enggan tunduk kepada China atau menyertai rancangan penyatuan orang Cina di bawah China.

Sehingga ke hari ini China melihat Taiwan bukan sebagai sebuah negara berdaulat, sebaliknya merupakan sebahagian daripada jajahan mereka.

Screenshot-1579.jpg


Disebabkan oleh petanda-petanda yang ada, banyak pihak merasakan China akan mula bertindak ke atas Taiwan sempena insiden Covid-19 yang melanda, namun China didapati mula bertindak ke atas Hong Kong terlebih dahulu; melalui pengenalan akta yang bakal menyebabkan mana-mana warga Hong Kong ditahan sekiranya menyebarkan sentimen anti China.


Xi Jingping mengingatkan askar China untuk bersedia

Screenshot-1586.jpg


Berikutan daripada beberapa tindakan China yang dilihat menggugat keamanan dunia, seperti apa yang berlaku di Malaysia dan Jepun serta campur tangan Amerika Syarikat di Asia Tenggara, Xi Jinping dalam ucaptamanya sempena National People's Congress pada 27 Mei 2020 mengingatkan agar semua angkatan tentera China bersedia menghadapi apa saja kemungkinan.

Dalam himpunan yang sama, kerajaan China mengumumkan bahawa bajet ketenteraan mereka akan ditingkatkan kepada 6.6% daripada keseluruhan bajet mereka, membolehkan angkatan tentera China terus menjadi angkatan terbesar di dunia; meliputi 2 juta petugas dengan 14 buah kapal perang sentiasa aktif dalam setahun.

Jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat, batalion tentera China jauh melebihi kekuatan kuasa dunia tersebut yang 'hanya mampu' mempunyai 1.3 juta petugas dengan 5 kapal aktif setiap masa.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China direkodkan menyebut bahawa pertambahan bajet itu perlu, disebabkan oleh ancaman beberapa pihak yang seringkali menyerang tindak tanduk China sebagai penggugat keamanan.

Selain itu, ancaman Taiwan juga diramalkan menjadi agenda utama China disebabkan pengaruh Tsai Ing-wen yang sudah pasti akan menyukarkan impian China.


Taiwan terus berkeras, China terus mendesak

Screenshot-1587.jpg


Selepas beberapa bulan kembali memegang kuasa, Presiden Tsai Ing-wen setakat ini tidak henti-henti menyebut bahawa Taiwan membuka pintu rundingan kepada China agar kedua-dua negara dapat mengekalkan keamanan masing-masing.

Bagaimanapun pelawaan itu sudah pastilah dilihat oleh China sebagai satu tamparan panas kepada mereka, yang langsung tidak mengiktiraf kewujudan Taiwan.

Penolakan Taiwan terhadap usul 'satu negara dua sistem' yang cuba diperkenalkan China kepada Taiwan mirip dengan sistem di Hong Kong, juga mencalarkan hubungan kedua-dua negara kerana usaha itu telah cuba diketengahkan oleh China sejak dekad 1950-an lagi.

Apa yang kita tahu setakat ini berdasarkan kepada beberapa pembocoran maklumat yang ada, China memang meletakkan tahun 2020 sebagai tahun di mana operasi mereka ke atas Taiwan akan dilancarkan, berdasarkan kepada laporan Kementerian Pertahanan Taiwan sendiri.

Sama ada perkara itu benar akan berlaku atau tidak, kita belum tahu.

Selepas kerajaan China melancarkan latihan awal operasi bagi percubaan simulasi menawan sebuah pulau bernama Pulau Dongsha milik Taiwan pada 27 Mei 2020 dengan bantuan wabak Covid-19 yang masih melanda, tak mustahil China akan mengambil kesempatan ke atas kemelut yang sedang melanda dunia.
 
Last edited:
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,213
Reaction score
1,116
Points
201
kemon HK n Taiwan... kasi hentai china..
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,888
Reaction score
2,047
Points
206
gebang lebih je china ni.
takut terciduk je nanti.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,757
Reaction score
3,573
Points
236
Ikut Rancangan China, Kapal Pengangkut Pesawat Tentera Laut AS Sudah Lama Terkubur Di Dasar Laut

Krisis Taiwan Ketiga merupakan pengajaran ‘brutal’ bagi China yang sejak sekian lama telah membuat persediaan untuk berdepan dengan perang di dalam wilayahnya sendiri. Bagaimana pun, tentera laut China patut diberikan kredit kerana telah mampu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut, dan sekarang setelah 22 tahun berlalu, tidak mustahil bagi China untuk membinasakan mana-mana kapal pengangkut pesawat milik AS.

Lebih 20 tahun lalu satu konfrontasi di rantau Timur Asia telah hampir mengheret AS dan China ke kancah konflik. Walaupun rakyat AS tidak begitu maklum tentang krisis tersebut, apa yang berlaku telah menginsafkan China, terutama pihak perancangan ketenteraan negara itu. Menurut penganalisis ketenteraan Kyle Mizokami dalam nationalinterest.org, apa yang dikenali dalam kalangan ahli sejarah sebagai Krisis Taiwan Ketiga itu merupakan satu pengajaran kepada China tentang kuasa dan kepelbagaian guna kapal pengangkutan pesawat. Pengajaran yang diperoleh China itu menjadi obsesi hingga ke hari ini.

Krisis tersebut tercetus pada 1995.

Pilihan raya demokratik pertama Taiwan untuk memilih presiden ditetapkan pada 1996 dan ia merupakan peristiwa penting yang tentu sekali dibantahi oleh China.

taiwan_strait.jpg

Susulan itu presiden Taiwan, Lee Teng Hui dari Parti Kuomintang dijemput mengunjungi AS untuk berucap pada satu majlis di Cornell University di mana beliau mendapat pendidikan lanjutan. Lee tidak disukai oleh Beijing kerana pendirian tegarnya memisahkan identiti Taiwan daripada Komunis China di tanah besar. Beliau mahukan sistem pemerintahan sendiri dan seterusnya telah menubuhkan sebuah negara China yang asing daripada negara komunis China.

Jemputan untuk beliau berucap di Cornell University tentang demokrasi menambahkan lagi kemarahan China. Pada mulanya pentadbiran Clinton berasa keberatan untuk meluluskan visa Lee. Permohonan beliau sebelum itu telah ditolak untuk tujuan yang sama. Bagaimana pun, sokongan sebulat suara daripada pihak Kongres AS telah memaksa White House meluluskan visa beliau.

Beliau seterusnya menghadirkan diri ke Cornell University pada Jun. Berikutan itu agensi rasmi komunis China Xinhua memberi amaran bahawa isu Taiwan amat berbahaya dan lagi bahaya sekiranya ia dipanaskan sama ada oleh AS mahu pun oleh Lee. Menurut Xinhua ‘luka’ yang dilakukan ke atas China itu akan membantu menunjukkan dengan lebih jelas kepada seluruh rakyat komunis China apa jenis negara AS sebenarnya.

1008px-thumbnail.jpg

FOTO: Wikimedia Commons
Pada Ogos 1995 China telah mengumumkan beberapa siri latihan peluru berpandu di Laut China Timur. Walaupun latihan tersebut bukan sesuatu yang luar biasa, namun pengumuman yang dibuat itu agak luar biasa. Susulan itu timbul spekulasi bahawa ia merupakan bermulanya kempen oleh pihak China sebagai tindak balas terhadap lawatan Lee ke Cornell University dan hasutan ke atas rakyat Taiwan sebelum diadakan pilihan raya.

Latihan tersebut membabitkan Kor Artileri PLA (kini dikenali sebagai Angkatan Roket PLA) dan penggunaan pesawat pejuang F-7 China (pesawat MiG-21 Fishbed versi China). Lokasi latihan terletak kira-kira 400km dari Taiwan. Seiring latihan itu lebih 100 bot perikanan awam komunis China telah memasuki perairan Taiwan berhampiran Pulau Matsu yang terletak tidak jauh dari tanah besar China.

Menurut globalsecurity.org gerakan mobilisasi pasukan peluru berpandu jarak jauh oleh pihak China dilakukan secara berterusan hingga 1996 – sesuatu yang menjurus kepada kesungguhan pihak China untuk mencetuskan perang. Sehubungan itu China telah menyusun rancangan luar jangka bagi serangan peluru berpandu ke atas Taiwan selama 30 hari, iaitu satu serangan sehari hingga sehari sebelum pilihan raya presiden diadakan pada Mac 1996.

Walaupun serangan tidak berlaku, namun persiapannya telah dapat dikesan oleh pihak perisikan AS. Kemudian pada Mac 1996 China telah mengumumkan latihan tentera besar-besaran keempat sejak lawatan Lee ke Cornell University. Kali ini China mengumumkan pula beberapa siri zon ujian peluru berpandu di luar pesisir pantai tanah besar yang sebenarnya menghalakan peluru berpandu betul-betul ke arah Taiwan.

Realitinya, China telah melancarkan tiga peluru berpandu. Dua daripadanya jatuh hanya 48km dari ibu negara Taiwan, Taipei, sementara satu lagi jatuh kira-kira 56km dari bandar raya Kaohsiung. Kedua-dua bandar raya itu merupakan pelabuhan terbesar Taiwan yang mengendalikan sebahagian besar daripada trafik perkapalan negara tersebut. Bagi Taiwan apa yang dilakukan oleh China tidak lain daripada ancaman ketara untuk memusnahkan ekonomi negara itu.

Berikutan kejadian itu tentera laut AS yang beroperasi di sekitar rantau berkenaan telah diletakkan dalam keadaan siap siaga. Kapal pembawa peluru berpandu USS Bunker Hill diarahkan belayar menuju ke selatan Taiwan bagi memantau semua ujian tentera China itu menggunakan sistem radar SPY-1.

1280px-USS_Independence_CV-62_underway_1979.jpg

USS Independence / Foto: Wikmedia Commons/Camera Operator: PH1 LINCOLN / Public domain

Sementara itu kapal pengangkut pesawat ringan USS Independence bersama kapal pembinasa Hewitt dan O’Brien berserta kapal frigat McClusky mengawal bahagian timur Pulau Taiwan. Selepas ujian peluru berpandu itu kapal USS Nimitz meninggalkan Teluk Parsi menuju ke kawasan barat Lautan Pasifik. Ini merupakan kumpulan kapal pertempuran lebih besar yang terdiri daripada kapal jenis ‘cruiser’ Port Royal, kapal pembinasa peluru berpandu Oldendorf dan Callaghan (yang kemudian diserahkan kepada tentera laut Taiwan), kapal frigate peluru berpandu USS Ford dan kapal selam penyerang USS Portsmouth.

USS Nimitz dan kapal-kapal pengiring mengawal di Laut Filipina bagi membantu USS Independence apabila diperlukan. Bagaimana pun, kedua-dua kapal tidak memasuki ke Selat Taiwan seperti yang diuar-uarkan. Pergerakan operasi kapal-kapal pembawa pesawat AS itu dianggap oleh China sebagai satu penghinaan. Ini kerana pada waktu itu China baharu mula menunjukkan kesan daripada pengembangan ekonomi yang pesat, tetapi masih tidak berkeupayaan untuk mencabar mahu pun menyaingi ancaman sebegitu daripada tentera laut AS yang berada tidak jauh dari pesisir pantai China.

Dua tahun kemudian seorang ahli perniagaan China telah membeli badan kapal pengangkut pesawat Rusia, Riga dengan tujuan menjadikannya sebuah resort dan kasino. Hari ini kita dimaklumkan bahawa ia muncul sebagai kapal pembawa pesawat pertama China, Liaoning setelah diserahkan kepada pihak tentera laut PLA dan seterusnya menjalani pengubahsuaian pesat selama 15 tahun.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya sebuah lagi kapal pengangkut pesawat sedang dalam pembinaan dengan matlamat untuk mewujudkan sejumlah lima kapal pengangkut pesawat milik tentera laut China. Pada masa yang sama, Kor Artileri Kedua PLA menggunakan kepakaran dalam pengendalian peluru berpandu jarak jauh untuk menghasilkan peluru berpandu balistik pemusnah kapal DF-21D.

Peluru berpandu DF-21D mampu memusnahkan kapal-kapal besar, termasuk kapal pengangkut pesawat dan pada masa akan datang boleh memaksa tentera laut AS berundur untuk beroperasi pada jarak kira-kira 1,400 kilometer dari Tawan dan pulau-pulau perikanan negara itu.

Krisis Taiwan Ketiga muncul sebagai pengajaran bagi China yang sejak sekian lama hanya menumpukan kepada peperangan dalam wilayah sendiri. Kini, 22 tahun kemudian China dilihat mempunyai keupayaan untuk memusnahkan mana-mana kapal pengangkut pesawat milik tentera laut AS.

Artikel Bebas
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201
China threatens necessary response to US-Taiwan meet | Taiwan-China conflict


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201
China conducts more exercises near Taiwan as US official visits


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201

There has been a further escalation of cross-strait tensions, as a senior US diplomat met with top Taiwanese leaders on the island. That has provoked China, which has slammed a "collusion" between Washington and Taipei. Taiwan said it had to scramble fighter jets and deploy air defence missiles after 18 Chinese aircraft buzzed the island.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201
18 Chinese warplanes intrude on Taiwan ADIZ in multiple sectors
1600416130-5f646982eee6c.jpg


TAIPEI (Taiwan News) — For the second day in a row on Friday (Sept. 18), 18 Chinese People's Liberation Army Air Force (PLAAF) warplanes entered Taiwan's Air Defense Identification Zone (ADIZ) — and were warned 24 times to leave the area before being driven away by Taiwanese fighter jets.

Democratic Progressive Party (DPP) legislator Wang Ting-yu (王定宇) wrote on his Facebook page Friday that PLAAF warplanes intruded into the southwestern, western, northern, and northwestern sectors of Taiwan's ADIZ. He added, the Chinese Communist Party (CCP) is becoming "an international troublemaker again."

Liberty Times reported the Chinese aircraft were detected inside the ADIZ at the altitudes of 5,700, 6,300, 7,000, 7,500, and 8,400 meters. Taiwan's Air Force broadcast 24 warnings to the PLAAF planes, including cautioning several times that they were "close to my airspace." This is a rarely used warning indicating they were close to penetrating Taiwan's sovereign airspace.

Liberty Times wrote the Taiwan Air Force dispatched 17 batches of fighter jets, which eventually drove the Chinese aircraft away. Wang pointed out the aggressive incursions took place during the first full day of a visit by the U.S. Under Secretary of State for Economic Growth, Energy, and the Environment Keith Krach and his delegation to Taiwan.

Prior to the trip, China warned of "serious damage" to Sino-American relations if it was not canceled. After the U.S. ignored the communist country's warnings and went ahead with the trip, China lodged a complaint with Washington and said it would make a “necessary response.”

Update: 09/18 3:50 p.m.

According to the Ministry of National Defense (MND), two H-6 bombers, eight J-16 fighters, four J-10 fighters, and four J-11 fighters of the PLAAF crossed Taiwan's Median Line and intruded into the country's ADIZ. Based on a map posted on its real-time update page and its Twitter account, the H-6 bombers and J-16 fighters penetrated Taiwan's southwest ADIZ on separate sorties.

Also on separate missions, the four J-11 fighters and four J-10 fighters crossed over the Median Line off the northwest coast of Taiwan. Meanwhile, the squadron of eight J-16 fighters breached the Median Line further to the north.

The MND confirmed that it had issued radio warnings and scrambled fighter jets to intercept the Chinese warplanes. It added that it deployed its air defense missile system to monitor their movements.

1600416086-5f64695690506.jpg


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201
Diplomat Kanan AS lawat Taiwan, China adakan latihan ketenteraan

BEIJING: China mengadakan latihan ketenteraan berhampiran Selat Taiwan serentak dengan lawatan diplomat paling kanan Amerika Syarikat (AS) ke negara kepulauan itu, yang membangkitkan kemarahan Beijing.

Hubungan AS-China ketika ini berada pada tahap paling rendah sejak beberapa dekad, dengan kedua belah pihak saling bertelagah mengenai perdagangan, ketenteraan dan keselamatan selain isu membabitkan pandemik COVID-19.

Setiausaha Pertumbuhan Ekonomi, Tenaga dan Alam Sekitar AS, Keith Krach, tiba di Taipei kelmarin untuk lawatan tiga hari, iaitu pegawai atasan tertinggi AS yang melawat negara itu dalam tempoh 40 tahun.

Pada sidang media semalam, jurucakap Kementerian Pertahanan China, Ren Guoqiang, ketika ditanya mengenai lawatan itu, berkata Beijing mengadakan latihan ketenteraan berhampiran Selat Taiwan.

"Ini ialah tindakan yang sah dan perlu dilakukan bagi mengawal kedaulatan serta maruah wilayah China, sebagai reaksi terhadap keadaan semasa di Taiwan," katanya.

Ren juga memberi amaran bahawa tentera China memiliki keupayaan yang cukup untuk membalas sebarang ancaman atau cabaran daripada pemisah Taiwan.

Beijing menganggap Taiwan adalah sebahagian daripada jajahan mereka dan akan dimasukkan ke dalam tanah besar China secara paksa jika diperlukan.

Kepimpinan Komunis China menentang sebarang pengiktirafan terhadap Taiwan, yang diperintah secara berasingan dari China sejak perang saudara berakhir pada 1949. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,884
Reaction score
3,892
Points
201

In an interview with FRANCE 24, Taiwanese Foreign Minister Joseph Wu warned that China was ramping up its military pressure and that the threat of a military intervention against Taiwan had "intensified". Wu said that after China's crackdown in Hong Kong, "Taiwan might be next".
 
Sponsored Post
Top
Log in Register