- Joined
- Jun 17, 2012
- Messages
- 5,401
- Reaction score
- 635
- Points
- 151
Di zaman yang segalanya pantas dan sentiasa berubah ini, konsep tempat makan yang dikenali sebagai foodtruck ini semakin mendapat perhatian dan minat rakyat Malaysia.
Kondisinya yang mudah dan berlatar belakangkan konsep ‘to-go’ ini bersesuaian dengan kehidupan kota yang sentiasa sibuk dan memerlukan segala aspek yang pantas.
Berikut kami kongsikan antara lokasi foodtruck yang perlu anda cuba di sekitar Lembah Klang dan Selangor.
Diasaskan oleh beberapa individu dari bermacam latar belakang, mereka berganding bagi mewujudkan bisnes yang tidak kurang popularnya di kalangan penggemar foodtruck. Berbekalkan menu yang simple and sweet ini memastikan setiap hidangan disediakan dengan penuh ketelitian. Menu signaturenya ialah ‘The Boss’ pasta dimana gabungan carbonara yang berkrim bersama sos ala ersama menarik minat para pelanggan. Mereka beroperasi di beberapa Kawasan termasuk Damanasara Heights, Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama dan Seksyen 14 Petaling Jaya.
Tak makan atau tak suka daging lembu? Usah risau. Kita beralih selera ke foodtruck Mak Chick Yunai. Bersesuaian dengan namanya, mereka menghidangkan menu burger ayam goreng yang penuh nikmat di setiap suapan.Menu terhangatnya adalah Mak Chicken Burger Double di mana patty ayamnya disirami dengan sos cili, mayonis dan lada hitam. Orang PJ pasti gembira kerana mereka bertapak di Jalan SS24/8, Petaling Jaya.
Dah bosan dengan menu western? Mahu makan makanan Asia tapi yang special sikit? Dataglah ke foodtruck ini untuk rasa makanan Vietnam yang asli dan yang paling penting, halalan toyyiban! Menu terhangatnya adalah Vietnamese Spring Rolls yang mengiurkan bersama udang-udang yang merah menyala. Foodtruck ini bertempat di TAPAK, lokasi foodtruck yang tidak asing lagi bagi warga KL.
Makanan western sudah, burger sudah, makanan Vietnam pun sudah. Sekarang masanya untuk foodtruck yang menawarkan makanan ala Mexico mengikut citarasa Malaysia. Item popularnya adalah burrito dengan pilihan ayam atau daging. Mereka bertempat di PV16 Condominium, Danau Kota, Setapak. Meh orang Setapak kita pekena taco dan nachos!
Trend foodtruck ini semakin mendapat populariti di mana sahaja anda pergi. Menu yang simple dan makanan yang lazat adalah resipi kejayaan perniagaan-perniagaan ini. Maklumat di dalam artikel ini adalah benar pada masa pembikinannya. Sebarang perubahan dan maklumat lanjut boleh ditujukan ke platform media social setiap perniagaan tersebut. Selamat mencuba!
Sumber: Platform media social La Famiglia, Cowboy Foodtruck, Mak Chick Yunai, My Goi Cuon, dan Babarittos Delight.

- La Famiglia

- Cowboy Foodtruck

- Mak Chick Yunai

Tak makan atau tak suka daging lembu? Usah risau. Kita beralih selera ke foodtruck Mak Chick Yunai. Bersesuaian dengan namanya, mereka menghidangkan menu burger ayam goreng yang penuh nikmat di setiap suapan.Menu terhangatnya adalah Mak Chicken Burger Double di mana patty ayamnya disirami dengan sos cili, mayonis dan lada hitam. Orang PJ pasti gembira kerana mereka bertapak di Jalan SS24/8, Petaling Jaya.

- My Goi Cuon

Dah bosan dengan menu western? Mahu makan makanan Asia tapi yang special sikit? Dataglah ke foodtruck ini untuk rasa makanan Vietnam yang asli dan yang paling penting, halalan toyyiban! Menu terhangatnya adalah Vietnamese Spring Rolls yang mengiurkan bersama udang-udang yang merah menyala. Foodtruck ini bertempat di TAPAK, lokasi foodtruck yang tidak asing lagi bagi warga KL.

- Babarittos delight