BTC USD 63,794.6 Gold USD 1,776.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah amalan-amalan kita diterima? sebab apa amalan-amalan ditolak

AkuMamak

Active Member
Joined
Nov 9, 2008
Messages
1,448
Reaction score
794
Points
71
Assalamualaikum,

Semoga Allah Taala menjauhkan kita daripada perkara2 yang menyebabkan amalan2 kita ditolak ...

Info ini aku dapat daripada http://kisahteladan.info/sahabat/muaz-bin-jabal-dengan-kisah-amalan-yang-naik-ke-langit.html

semoga kita semua beroleh manafaat daripada nya

MU’AZ BIN JABAL DENGAN KISAH AMALAN YANG NAIK KE LANGIT

Mu'az bin Jabal berkata Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara...
Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda:

“Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!”

Jawabku, “Ya, Sayidil Mursalin.”

Sabda Rasulullah SAW, “Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak.”

“Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya.”

“Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah,

“Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang mengumpat”.

“Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata,

“Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain.”

“Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, “Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong.”

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya, “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,

“Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.”

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,

“Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.”

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,”Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu jangan melintasi langit ini.”

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah shalat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.

Tetapi penjaga pintu langit berkata, “Saya ini penjaga sum’ah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh
dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riya’. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang riya’.”

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni solat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadirat Allah SWT.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan,

“Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak bisa menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui.”

“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.”

“Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?”

“Laknat-Ku tetap padanya.”

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:

“Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.”
Dan semua yang di langit turut berkata,”Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat.”

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadist ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata,

“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan
ini?”

Sabda Rasulullah SAW, “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali,”Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah si Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan bisa lepas dari bahaya tersebut?”

Bersabda Rasulullah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.”

“Jangan riya’ dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyak perasaan orang lain dengan mulutmu, karena kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka jahanam.”

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,”Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia.”

Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah SAW, “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi
orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka.”
 
Sponsored Post

AkuMamak

Active Member
Joined
Nov 9, 2008
Messages
1,448
Reaction score
794
Points
71
Daripada link :http://cikgupj.blogspot.com/2010/12/teguran-kepada-cikgupj-berasas-kepada_06.html

Mengapa Amalan Kita Ditolak Oleh Allah?

Assalamualaikum....

Mengapa Amalan Ibadah Kita Ditolak Oleh Allah?
Kisah Mu'az bin Jabal menangis dengan hebatnya setelah mendengar

nasihat Nabi s.a.w. bilamana beliau menceritakan amalan-amalan yang

di bawa oleh malaikat Hafazhah tidak dapat diterima-Nya oleh beberapa

sebab seperti sikap perbuatan hamba-Nya yang tidak diperkenankan.


Kisahnya begini:

Pada suatu hari, seorang lelaki bertanya kepada Mu'az bin

Jabal: "Apakah hadith-hadith yang tuan pernah dengar daripada

Rasulullah s.a.w.?" Mu'az pun terdiam sebentar. Kemudian
Mu'az pun
dengan tiba-tiba sahaja menangis dengan hebatnya seolah-olah tidak
akan berhenti lagi. Setelah lama kemudian, Mu'az mulai reda
daripada
tangisannya dan berdiam seketika, lalu Mu'az pun berceritalah,
katanya: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Mudah-mudahan
akan
menjadi kebaikan kiranya bagi jika engkau selalu ingat dan sentiasa
awas". Demikianlah sabdanya. Lalu Mu'az pun meneruskan
kisahnya lagi.


"Allah telah menjadikan tujuh malaikat, sebelum Allah menjadikan

tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Pada setiap lapisan langit

ada pintunya, ditugaskan pada setiap pintu langit seorang malaikat

yang begitu besar dan tersangat cantik serta indah dan hebat".


1. Pengumpat

Naik malaikat Hafazhah kelangit pertama membawa amalan seorang hamba

yang dilakukan pagi dan petang, siang dan malam, bersinar-sinar

cahaya amalannya seperti matahari, lalu malaikat penjaga pintu langit
pertama berkata: "Bawa kembali amalan orang itu dan hempaskan
kemukanya! Aku Allah tempatkan di sini sebagai peneliti dosa orang-
orang mengumpat supaya tidak membiarkan amalan-amalan orang mengumpat
naik melintasi akuke atas".


2. Bermegah Dengan Kebendaan

Datang pula malaikat Hafazhah lainnya yang telah melepasi pintu

langit pertama yang membawa amalan soleh hamba Allah yang sangat

bersinar-sinar amalannya itu. Apabila sampai kelangit kedua, maka
malaikat penjaga pintu lagit itu pun berkata: "Berhenti! Ambil
amalan
itudan pukulkan kemuka orang yang empunya amalan itu, kerana
bersarang dengan kemegahan dunia, tidak boleh melintasi aku kerana ia
bermegah-megah dengan amalannya kepada manusia, mencari keredhaan
manusia (kerana pangkat, kerana jabatan, kerana wang, kerana nama,
dan kerana pujian dan sebagainya)".


3. Takabur

Naik pula malaikat Hafazhah yang lainnya lagi, yang telah melepasi

pintu langit pertama dan kedua yang membawa amalan hamba Allah yang

bercahaya dan cemerlang dari amalan sedekah puasa, sembahyang yang
menakjubkan malaikat Hafazhah sendiri. Apabila tiba dilangit ketiga,
ditahan oleh malaikat penjaga pintu langit ketiga.
Katanya: "Berhenti! Ambil amalan itu dan pukulkan kemuka tuannya,
aku
malaikat pengawas
sifat-sifat takabur, tidak membenarkan melintasi aku dengan perintah
Allah, kerana amalan ibadahnya mengandungi sifat takabur, selalu
takabur dalam majlis ramai".


4. `Ujub

Naik pula malaikat Hafazhah yang lainnya lagi kelangit yang keempat,

yang telah melepasi pintu langit pertama, kedua dan ketiga yang

membawa amalan hamba Allah yang bersinar-sinar cahayanya. Sungguh
hebat, berdengung bunyinya amalan itu yang berisi tasbih, sembahyang
haji umrah, tidak dibenarkan melintasinya, lalu berkata malaikat
penjaga pintu langit itu: "Berhenti di sini! Tidak boleh meliwati
dari sini, aku
malaikat penjaga pintu langit keempat, diperintah Allah amalannya itu
dipukul kebelakangnya dan diperutnya kerana aku malaikat peneliti
sifat `ujub, dia sangat `ujub (takjub/hairan) dengan amalan
sendiri
(merasa bangga kerana banyak amalan hingga menghairankan dirinya".


5. Hasad Dengki

Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu

langit pertama, kedua, ketiga dan keempat yang membawa amalan hamba

Allah, apabila tiba dipintu langit yang kelima, dilihat oleh malaikat
penjaga pintu langit kelima itu bahawa malaikat Hafazhah membawa
amalan seperti belarak pengantin perempuan dengan hebatnya. Lalu
malaikat penjaga langit itu berkata: "Berhenti! Pukulkan amalan
itu
kemuka tuannya, ketengkuknya, kebahunya, aku malaikat pengawas sifat
dengki manusia tidak akan membenarkan orang-orang yang hasad dengki
amalannya itu naik melewati aku dilangit kelima ini".


6. Rahim


Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu

langit pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima yang membawa amalan

hamba Allah, apabila tiba dipintu langit yang keenam, lalu ditahan
oleh malaikat penjaga langit keenam: "Berhenti! Ambil amalannya
itu
dan pukulkan kemuka tuannya kerana dia tidak bersifat rahim sesama
manusia seperti orang yang ditimpa bala/musibah dia hanya suka sahaja
melihatnya. Aku malaikat rahmat sentiasa meneliti sifat rahim
manusia. Allah perintahkan aku supaya jangan membiarkan amalan hamba
yang tidak bersifat rahim naik ke atas".


7. Riak


Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu

langit pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam yang

membawa amalan hamba Allah yang indah cemelang bersinar-sinar seperti
matahari diiringi oleh tiga ribu malaikat, apabila tiba dipintu
langit yang ketujuh, maka ditahan oleh malaikat pengawal pintu langit
itu:
"Berhenti! Pukulkan amalan itu kemukanya dan segala anggota
badannya
dan tutupkan pintu hatinya dengan amalan itu. Aku diperintahkan Allah
melarang orang yang begini amalannya meliwati dari langit ketujuh
kerana amalannya menghendaki pujian dari ahli-ahli ilmu (ulama'
fuqahah) supaya dia disebut termasuk ke dalam golongan ulama'
fuqahah
supaya mashur namanya (amalan riak: memperlihat-lihatkan, menunjuk-
nunjuk kepada manusia mencari pujian dari amalannya itu)- kerana
amalannya itu tidak ikhlas kerana Allah – riak kepada manusia
– Allah
tidak melihat amalan orang yang riak".


8. Tidak Ikhlas


Naik lagi malaikat Hafazhah yang lainnya, yang telah melepasi pintu

langit pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh

yang membawa amalan hamba Allah yang soleh dari sembahyangnya,
zakatnya, haji umrahnya, solehnya, waraknya, baik akhlaknya, berdiam
diri sentiasa dalam zikir. Diiringi oleh malaikat segenap petala
langit kerana kebesaran, kehebatan amalannya itu sehingga dapat
melintasi segenap
tujuh lapisan pintu langit dan menembusi segala hijab yang amat jauh
di atas dari langit ketujuh terus menuju kehadrat Allah s.w.t. lalu
mereka sekeliannya berhenti dihadapan Allah taala menjadi saksi atas
amalan orang soleh itu kerana ikhlasnya. Allah berfirma yang
bermaksud: "Kamu semua penjaga amalan hamba-hamba-Ku, Aku
pengawas
atas dirimu. Sebenarnya amalannya bukan kerana keredhaan-Ku, hanya
lain yang dicarinya, maka Aku laknatkan ke atasnya", dan semua
malaikatpun turut melaknat pula bersama Allah dan melaknatkan pula
oleh tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan segala isinya.

Moga-moga ianya menjadi tauladan dan sempadan buat diri ana dan buat
antum semua.
Wassalam.

Sama2 kita amalkan dan sampaikan kepada yg lain ...
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register