BTC USD 41,723.8 Gold USD 1,737.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ada siapa2 peserta dari pelaburan global yg telah pergi ke seminar ini?

satriahitam

Active+ Member
Joined
Oct 15, 2008
Messages
4,503
Reaction score
61
Points
30
test..test. saya masuk sini lepas tengok DDNK punya info di youtube. sebelum ni saya pernah cuba trade forex. ada la sekali untung, lagi 6kali rugi.hahaha.so nk try tgok saham global pulak macam mana.entah tak tahu lagi

Tuan.. bnyk kelas online free.. yg bagus cuba nengok stallion punya kelas, free jer... kat FB pun adr.. bukak akaun SAXO Bank singapore tuk demo akaun... demo akaun dia bagi 100k tuk 22 hari... lanyak jer... best gak akaun demo nie...x la rasa "miskin" nak beli tesla apple seme..
 
Sponsored Post

rafuzii

Active Member
Joined
Jul 5, 2009
Messages
1,461
Reaction score
31
Points
35
sy nk bg review atau pengalaman sepanjang join program saham ddnk. sy bayar yg pakej berharga RM 6990 iaitu meliputi swing trading dan gerilla ( daily trade) tp sebenarnaya lepas tuan2 akan di up sell lg jika nk jd scalper dgn RM 2k lbh bayaran kalau berminat.

DDNK di bantu oleh azizan osman dalam pelan marketing dan berjaya wujud kesedaran ramai org khususnya bumiputra dalam bidang saham global...yang mana seblum ini tak tahu bagaimana nak trade...dan nk mula

ini pandangan iklas saya;

KEBAIKAN
1) ddnk ni seorang trader yg ada track rekod dia ada dpt bebrapa anugerah la...dan dia bole trade live depan student dia utk buktikan dia bole untung walaupn ada jg beberapa kes rugi...tp tu ada adat dlm trading yg penting total untung lbh byk

2) kelas dia akan di buat secara berkala...dan tips2 yg dia bg utk jd seorang trader pro tu ada...kita byk bole belajar dari beliau

3) overall dia seorang trader yg baik dan banyak bole belajar darinya terutama dari segi mindset dan bebrapa secret dalam menjadi trader berjaya

4) dia ada support team di telegram yg sgt komited dan bole jawab soalan2 walaupn mereka ini bukan pro trader dan byk soalan2 di telegram berkait dgn teknikal2 dan cara penggunaan platfrom dan teknik2

5) kelas2 yang di buat selalunya tidak boring dan menarik dari pagi sampai ke petang...utk tarikh2 yang sudah di tetapkan

6) CST atau customer services di telegram selalunya mendapat pujian kerana mereka akan cuba sedaya upaya untuk bantu jawab soalan2 teknikal dan berkaitan2 kalau pelajar nak tahu sesuatu isu...di mana mereka ini jg merupakan bekas student ddnk dan lalui journey tu..jadi mereka akan mudah faham apa yang akan di tanya student2

7 ) semua pelajar akan dibekalkan buku silubus di mana sistem pembelajaran yang di ajar mengikut module yg tersusun dan ini akan membantu mudah pelajar nak faham di mana mereka sedang di ajar dan mereka bole buat ulangkaji dlu sblm kelas di mulakan.

KEBURUKAN
1) jumlah student terlalu ramai utk setiap batch di anggarkan sekitar 1000 lbh dan di bahagikan setiap telegram group 300 org lbh...dan ramai yang tak boleh ikut apabila di telegram....hanya segelintir saja yg akan aktif di room dan majority akan diam di belakang...dan kelas live akan dibuat di zoom dan ada recording utk kelas2 tertentu supaya bole tgk berulang kali

2) sesiapa yg tak tahu bole tanya cst atau suppport di telegram dan bukannya mentoring yg di war2kan...( iaitu mentoring mestilah ada report dan feedback barulah kita bole tahu perkembangan) tapi sebenarnya x ada pun...hanya bergantung siapa nak tanya di telegram kalau tak tahu sesuatu isu

3) student dr pelbagai level akan di mix sekali...jd ada yg pandai dan ada yg x ada basic langsung dlm dunia trade...akan wujud sindrom takut dan give up bila org2 yg pandai tanya soalan2 advance....

4) untuk advance options...didapati kami tgk..mostly akan guna single leg dan yg strategi options ramai yg blur....terutama yang tiada basic trading serta golongan berumur yang slow kena keja lbh kalau nk belajar....

5) hasil pool dalam group lepas kelas berakhir 3 bulan....60++% masih terumbang ambing dan 20%++ blow acct hanya 9% bole trade dan x pasti bole buat untung atau tidak secara konsistant

6) testimoni yg di buat di fb dan youtube mostly tak berapa tepat ( ianya lbh berbentuk show case utk tarik student baru yg mana sebenarnya trader yg dikatakan untung tu pn masih terumbang ambing...mereka kebanyykaan menceritakan detik2 untung dan x nyatakan ssama ada mereka sudah konsistant buat untung....

7) feedback dan komen di youtube dan sesetgh tempat " di OFF" orang tak boleh bertanya atau memberi makklumbalas ..dan orang ramai hanya mendapat news yang baik sahaja pasal ddnk dan tidak news atau komen2 sebaliknya di mana kalau kita tgk coaach oversea mereka tidak akan OFF komen di youtube official dan mereka akan menarik ramai student baru dr media sosial

kesimpulan

kepada yang berminat utk belajar ilmu trade profesional mgkin bole masuk jika ada kemampuan kerana ddnk ini seorang trader yg berpengalaman dan berkebolehan tetpi selepas 3 bulan belajar dan keluar nk buat duit mcm di omong2 dalam iklan tu mgkin tuan2 kena pikir byk kali sbb dari statistik pool ramai yg x berjaya konsistant dan pihak vega ( admin ddnk) tak akan ambil peduli sgt utk buat follow up secara serius utk bantu ramai yg kehilangan duit dan modal....tetapi info2 penting yg di dedahkan mgkin bg advantage kpd trader yang biasa dgn dunia trading di mana tuan2 akan lbh cepat belajar kesalahan2 lama dan betulkan dengan cepat...untuk ke next level trading

kalau nak berjaya kena usaha bersunguh2 dan program ini sebagai batu loncatan untuk pergi ke next level-- semuanya bergantung kpada kesunguhan dan tidak patah semangat diri sendiri!!

kebanyykan pelajar yg join jumlah modal mereka keluarkan

1) yuran kelas 6990
2) depo di saxo atau tastywork 2k usd ( RM 8k++--kepada yg mampu dan bole depo lbh rendah jika kurang mampu-- 2K tu lazimnya ramai yg buat)
3) kalau berminat join scalper tambah lg 2K lbh
4 ) subscribe software kepada yang mampu....bergntung kpd jenis software serta pelan

total lbh kurang RM 15k ( tak termasuk program scalper) jika join scalper tambh lagi 2.5K =17.5K) .....dan itu belum masuk subcribe software kepada yang mampu di mana sesetgh software tu bole dikatakan agak penting sbg seorang trader

untuk yg join private mandate di war2 kan pulangan lumayan saya syorkan check dengan kawan2 yang tengah join atau biasa join sbb sy sendiri x join private mandete beliau....

sekian arap membantu...kawan2 di luar sana untuk membuat keptusan....
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register