Assalamualaikum, Alhamdulillah saya baru pulang daripada permatang pauh, tadi, saya berjumpa dengan Y.B. Zul yang berjalan secara low profile di hadapan MASJID KUBANG SEMANG, PERMATANG PAUH yang menyaksikan WAN AZIZAH dan beberapa pimpinan PAKATAN RAKYAT yang lain berkempen. Y.B. Zul sihat walafiat dan tidak ada apa yang dicanangkan KHAIRY JAMALUDDIN yang Y.B. Zul nak masuk UMNO..... no..... itulah katanya.
Namun begitu, di tempat yang lain di kawasan parlimen permatang pauh juga saya telah menyaksikan HAJI HADI dan DR HARON DIN serta AZMIN dan SAIFUDDIN NASUTION berucap di Taman Guar Perahu, Permatang Pauh dan diakhiri ucapan oleh DSAI pada jam 12. Sungguh terkejut, lampu hijau diberikan kepada ANWAR IBRAHIM dalam memacu negara MALAYSIA sekiranya PAKATAN RAKYAT mengambil alih kerajaan dan diucapkan secara kias dan jelas oleh AHLI MAJLIS SYURA PAS iaitu HAJI HADI AWANG dan juga Dr. Haron Din. Penerangan Dr. Haron Din dalam isu sumpah dan liwat amat jelas dan bersandarkan kepada ISLAM yang sebenar melalui AL-Qur'an dan kisah NABI.
InsyaALLAH, besok satu munajat akan diadakan di MASJID BANDAR BARU PERDA yang akan dihadiri oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT, walaupun beliau dalam keadaan kurang sihat, namun, beliau tetap mahu menghadiri di PERMATANG PAUH bagi menolong DSAI daalam kempennya di sana dan beliau sudah tidak tahan dengan permainan kotor, jijik dan segala kerosakan yang dilakukan UMNO.