BTC USD 42,104.1 Gold USD 1,777.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ada pemuzik yang menangis tiada duit beli makanan

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,138
Reaction score
2,780
Points
201
'Ada yang menangis tiada duit beli makanan'

Kepayahan lebih dirasakan penyanyi dan pemuzik berikutan larangan penganjuran acara persembahan, penutupan premis hiburan seperti kelab malam dan ‘lounge’ serta aktiviti ‘busking’ di pusat beli-belah.

- Gambar Hiasan
Kepayahan lebih dirasakan penyanyi dan pemuzik berikutan larangan penganjuran acara persembahan, penutupan premis hiburan seperti kelab malam dan ‘lounge’ serta aktiviti ‘busking’ di pusat beli-belah. - Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan ketidaktentuan bila penularan COVID-19 pulih, penggiat muzik seperti penyanyi, pemuzik dan pengkarya yang mencari rezeki dalam bidang ini hilang punca pendapatan.

Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (PAPITA), Datuk Malek Ridzuan, 62, mendakwa dihubungi ahli yang mengadu dan menangis berikutan tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan.

"Saya sedih mendengar keluhan ramai kawan-kawan seperjuangan. Ada antara mereka menelefon saya menangis kerana tidak tahu hendak buat apa lagi.

"Mereka mengadu tiada wang untuk makan, bayar sewa rumah, bil elektrik, air, pinjaman kereta dan sebagainya," katanya kepada BH Online.

Semalam, BH melaporkan, memasuki Julai 2021, hampir dua tahun penggiat seni di Malaysia menanggung impak penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan industri kreatif lumpuh.

Kepayahan itu lebih dirasakan penggiat muzik terutama penyanyi dan pemuzik berikutan larangan penganjuran acara persembahan, penutupan premis hiburan seperti kelab malam dan 'lounge' serta aktiviti 'busking' di pusat beli-belah.

Sejak menularnya wabak berbahaya itu, penyanyi, pemuzik dan promoter atau penganjur acara termasuk konsert terputus mata pencarian.

Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (PAPITA), Datuk Malek Ridzuan.
Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (PAPITA), Datuk Malek Ridzuan.
Malek berkata, PKP yang sudah tiga kali dilaksanakan memberi impak besar kepada anak seni terutama penggiat muzik.

Tambahnya, bantuan pelbagai bentuk yang dihulurkan kerajaan perlu mengambil kira nasib penyanyi dan pemuzik yang terjejas pendapatan.

"Sekurang-kurangnya berilah sumbangan barangan dapur... Jadi, bolehlah kami teruskan kehidupan," katanya.

Malek juga berharap wakil rakyat mengambil berat terhadap kebajikan penggiat seni yang hilang sumber rezeki.

"Janganlah pentingkan hal politik. Untuk calon wakil rakyat, jangan hanya mengutamakan kami ketika hendak bertanding dan sanggup buat apa sahaja.


"Namun, apabila sudah dapat jawatan, kami semua menjadi mangsa," katanya.

-bharian-
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,964
Reaction score
2,201
Points
206
kesian bro, den cadang pemuzik malaysia bueklah channel yutiup mcm alipbata kek bawah ni ha, hiburkan manusio dgn kemahiran muzik atau buek tutorial goreng gitar, nanti dh banyak viewers blh apply adsense yutiub & monetize channel tu

mamat alipbata ni subscribers ajo dh lebih 4 juta.... bayangkanlah income adsense dio sebulan brapo ekekekekeke

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,964
Reaction score
2,201
Points
206
sebagai pemberi semangat kpd pemusik malaysia, ni income adsense yutiub channel alipbata...

youtube-analytics-alipbata.png
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,338
Reaction score
897
Points
126
bukan pemuzik dan retis je.. pelukis² pun sesak .. xde income... dulu² bole lukis karikultur jual rm10-rm30 satu... skang xde permintaan..
mcm mana la member aku tu yg 2-3 org jd pelukis kartun
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,964
Reaction score
2,201
Points
206
bukan pemuzik dan retis je.. pelukis² pun sesak .. xde income... dulu² bole lukis karikultur jual rm10-rm30 satu... skang xde permintaan..
mcm mana la member aku tu yg 2-3 org jd pelukis kartun

pelukis2 mungkin bleh amik idea brader ni, dio rakam video lukis org dlm ketapi, pastu hadiahkan lukisan tu free, dapek jutaan views & suscribers buek duit adsense yutiub riban2

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,964
Reaction score
2,201
Points
206
apo ajo kemahiran & ilmu yg korang ado, share dlm blog @ yutiub free insyaAllah ado lah manfaat & ado rezki masuk
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,122
Reaction score
834
Points
171
"Janganlah pentingkan hal politik. Untuk calon wakil rakyat, jangan hanya mengutamakan kami ketika hendak bertanding dan sanggup buat apa sahaja.

lockdown la,wakil rakyat nak buat ape doh...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register